Jo Branko
“Jika gabungan antara seseorang komposer atau penyanyi dengan seorang hero gitar itu cocok, maka apa yang mampu dihasilkan adalah sebuah karya yang boleh kekal sepanjang zaman.”
Itu yang ingin disampaikan oleh penulis portal Harian Metro, Saniboey Mohd Ismail yang memperincikan kehebatan gabungan gitaris lagenda, Jo Branko dengan penyanyi Yonnyboii menerusi lagu baru, Nadi.
Berikut adalah coretan beliau;
Saya akui, memang saya pernah dengar nama Yonnyboii, tetapi saya tidak mempedulikannya barangkali atas beberapa sebab.
Barangkali lagu nyanyiannya Takut (bersama Caprice) pada 2019 tidak ‘memanggil’ saya.
Tapi, saya ada beberapa kali kalau tak silap mendengar Salahku (2020) atau Sakit (bersama Zynakal pada 2020).
Cuma ketika itu saya masih rasa muzik Yonnyboii ini bukan untuk saya.
ARTIKEL MENARIK ‘Tak Mengapa Dia Sudah Dilepaskan Kerana Dia Lepas di Dunia, Esok di Akhirat Menjawablah’ – Bapa Along Spoon
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search
Kini, Yonnyboii muncul dengan lagu Nadi yang menampilkan pemain gitar ternama, Jo Branko. Ia boleh ditonton di saluran YouTube Yonnyboii sejak Jumaat lalu.
Saat saya menonton muzik video Nadi, ternyata saya teruja. Ya, saya menontonnya kerana Jo yang bermain gitar.
Memang muzik saya era Jo sekarang atau Jo ketika dia bersama Wings, malah Jo ketika dia bersama Scandals.
Kalau bukan kerana Jo, saya tidak akan menekan ‘link’ muzik video
Kalau bukan kerana Jo, barangkali saya tidak akan menekan ‘link’ muzik video Nadi yang lalu di Facebook saya kelmarin.
Hanya kerana adanya Jo dalam Nadi dengan petikan gitarnya yang luar biasa, saya rasa ia sudah membuka pintu lain buat Yonnyboii.
Tanpa perlu dia mencuba pun, melodi lagu itu berserta suaranya yang sangat berkesan buat saya terbang jauh sangat.
Anda katakanlah si Yonnyboii ini rapper atau apa pun, tetapi Nadi meletakkan dia di persada lain pula. Balladnya menjadi sangat.
Biarpun lagu ini terlalu pendek iaitu dua minit 57 saat, kesan yang diberikannya terlalu dalam.
Tone suara Yonnyboii terlalu ‘powerful’
Saya tidak tahu apa dalam benak budak berusia 26 tahun ini, tetapi tona suaranya terlalu ‘powerful’ dengan saya dapat rasa kepedihan menerusi lagu itu.
ARTIKEL MENARIK ‘Dia Bkn Orang Senang, Susah Payah Dia Bina Karier’. Profil & Biodata Faisal Halim, Permata Bola Sepak Tanahair
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ainina Ahmad B? Patut Lama Tak Nampak, Lihat Keadaannya Sekarang
Dia berdendang yang di bawah ini, saya dapat rasa perih jiwanya:
Hanya Tuhan yang tahu
Pertarunganku ini
Diriku bertarung
Dengan diri sendiri
Riak wajah sang penipu
Bawaku pergi
Bawaku jauh dari yang kukesali
Beribu batu aku cuba melarikan
Diriku
Oh Tuhanku
Hingga nadiku terhenti
Kemudian, Yonnyboii terus menyatakan sakit dalam dirinya dengan lirik di bawah ini:
Ngilu yang tak terkata
Bingit aku berbirat
Sakit aku di mataku
Cuba lupa yang ingat
Merah hati menitis
Jantung aku digilis
Perasaanku
Lagu balada terbaik 2024?
Lirik sebegini memerlukan lontaran vokal yang benar-benar menjiwai dan itu yang diberikan Yonnyboii manakala hirisan luka digambarkan menerusi lirik itu ditemani ‘tangisan’ petikan gitar Jo, sekali gus memberi gabungan yang saya mahu buat deklarasi sendiri bahawa Nadi ialah lagu balada terbaik 2024.
Lontaran vokal Yonnyboii untuk Nadi buat saya kembali mahu mendengar kehebatan penghayatan Adam Duritz (Counting Crows) dalam lagu American Girls (album Hard Candy pada 2002).
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
Walau apa pun, kini Yonnyboii sudah kekal selamanya dalam ‘playlist’ saya. Perjalanannya saya nampak penuh bercahaya.
Tahniah kepada Def Jam Recordings Malaysia yang berjaya menggabungkan gitaris handalan negara, Jo Branko yang berjaya memberikan sisi lain yang luar biasa terhadap bintang ini.
Hanya satu saja arah Yonnyboii. Terbang tinggi ke infiniti.
Sumber: hmetro
Kredit to editor: Saniboey Mohd Ismail