HomeSemasaAnak Bella Dedah Hal Mengejutkan Dilakukan Suspek, 'Uncle Selalu Pukul Mummy, Marah...

Anak Bella Dedah Hal Mengejutkan Dilakukan Suspek, ‘Uncle Selalu Pukul Mummy, Marah Mummy’

Anak Bella Dedah Hal Mengejutkan Dilakukan Suspek

” Saya belum reda dengan pemergian arwah,”

Itu kata-kata kakak kepada mangsa bunuh, Mira Sharmila, 32, atau Bella, Norisham Samsusah, 36 yang begitu sebak dengan pemergian tragis adiknya.

Kerani sekolah itu berkata, ketiadaan adiknya itu suatu kehilangan besar buat keluarganya, terutama dua orang cahaya mata arwah.

Menurutnya, anak arwah termasuk Eusuf, 5, dan Maream, 2, masih bingung, bahkan anak arwah turut mengadu pengalaman pahit melihat ibu mereka dipukul teman lelakinya itu.

ARTIKEL MENARIK Tiada Harapan Untuk Hidup, Takdir Allah, Saari Amri Mendapat Darah Yg Didermakan Sekumpulan Tentera

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Anak Yang Tak Diinginkan’ – Kisah Tragis Datuk Zainalabidin, Dipukul Dan Didera Waktu Kecil

ARTIKEL MENARIK Rating Dikatakan Menurun, Sekali Tyzo Tunjuk Data Sebenar. Mungkin Bakal Buat Bos Suria FM Terdiam Terus

” Ini pengakhiran yang mengecewakan dan tragis bagi Bella yang sebelum ini memang mahu memutuskan hubungan dengan lelaki itu,

” Eusuf mengadu ibunya sering dipukul teman lelakinya ketika mereka keluar bersama-sama.

” Uncle (suspek) dulu selalu marah-marah mummy (panggilan anak Bella kepada ibunya).

” Dia (anak Bella) tanya kenapa mummy keluar kat TV (televisyen)? Mummy keluar dengan uncle, uncle dah kena tangkap.

ARTIKEL BERKAITAN Akhirnya Terbongkar Motif Sebenar Kenapa Bella Dibunvh, ‘Ibu Bella Mengurut Dada Sambil Istigfar’

” Dia (anak Bella) panggil saya umi. Umi, kenapa mummy tak balik?

” Umi dah cakap (beritahu) dengan polis ke belum uncle pukul mummy? Dulu uncle selalu pukul-pukul mummy, anak dia cakap dengan saya.

” (Suspek) kenal dia orang kerana selalu keluar bersama (dia) marah dan minta tolong jangan pukul mummy, dia cerita kepada kami,” katanya ketika ditemui di Jabatan perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Norisham yang tinggal di Johor Bahru berkata, selepas ini dia akan menjaga anak sulung Bella itu termasuk adik perempuannya yang kini bersama pengasuh.

Menurutnya, sebelum kejadian arwah ada menyatakan hasrat untuk tinggal bersama-samanya di sini bermula musim cuti sekolah akan datang.

ARTIKEL MENARIK ‘Biarlah Orang Nak Kata Apa’ – Bekas Gitaris Olan Kini Kerja Kutip Sampah, Tak Kisah Diperlekeh

ARTIKEL MENARIK ‘Kenapa Perlu Nak Sekat Rezeki kami?’ – Respon Awie Susulan Mufti Penang Minta Siti Nurhaliza Tunda Konsert

ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Jadi Hero, Setelah Lama Menyepi, Pelakon Ini Sekarang Jadi Pemandu Grab

“Saya dah jangka lelaki itu (suspek) tahu sesuatu”

Ditanya sama ada keluarga dapat menerima jenazah Bella yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna, Norisham berkata, keluarganya masih belum reda lagi kerana kejadian itu berlaku dengan cepat.

” Pengakhiran sangat kecewa, ia sebab benda ni dah cakap pada hari pertama dan kedua, saya dah jangka lelaki itu (suspek) tahu sesuatu, cara dia cakap nampak menipu.

” Tapi last (terakhir) ini kami dapat (tahu pengakhiran begini)…tak apa dapat juga (temukan rangka),” katanya yang bersyukur dengan penemuan mayat adiknya.

Jenazah Bella dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang selepas disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat hari ini.

Hari ini, teman lelaki kepada ibu tunggal dua anak itu, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan menyebabkan kematian Bella pada penghujung Disember lalu.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata hasil siasatan menyeluruh dilakukan polis mengenalpasti motif pembunuhan Bella adalah disebabkan cemburu dan sakit hati.

” Motif pembunuhan Bella ini adalah kerana kes cemburu dan sakit hati.

” Kes bunuh ini mesti mempunyai motif. Daripada motif itulah kita akan memulakan dan dapat bayangan siasatan kita.

” Jadi inilah motif yang kita dapat tahu menerusi siasatan dibuat,” katanya.

ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

Sumber: hmetro

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments