HomeSemasaBerkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

Teka-teki status pelakon Atikah Suhaime akhirnya terjawab selepas dia memaklumkan sudah mengikat tali pertunangannya dengan lelaki pilihan hati pada Disember tahun lalu.

Kata Atikah, 33, dia bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya seorang usahawan dikenali sebagai Datuk Lokman Teh yang akan berlangsung pada Ahad depan, 21 Januari.

” Ya, saya sudah bertunang bulan lalu di Singapura. Rumah ibu saya.

” InsyaAllah kami akan berkahwin pada Ahad depan,” katanya ketika ditemu bual mStar pada Jumaat.

Bersyukur hubungan mereka bakal berakhir sebagai suami isteri, Atikah turut memohon doa orang ramai supaya urusan perkahwinannya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

” Doakan saya semoga dipermudahkan,” ujarnya lagi.

ARTIKEL MENARIK ‘Kongsi Sebatang Berus Gigi, Tak Ada Duit Beli Susu Anak’ – Kisah Rosyam Nor Yg Tak Pernah Diceritakan

ARTIKEL MENARIK “Bayangkan Berlaku Masa Live, Nak Stop Tak Boleh” – Baggio Damasutra Takkan Lupakan Insiden Itu

ARTIKEL MENARIK “Saya Tiada Pilihan Lain” – Lan Zailan Jual Kereta Kesayangan Kerana Tiada Tawaran Berlakon

Pada pagi Jumaat, Atikah berkongsi satu hantaran di Instagram memaklumkan dia kini sudah bertunang.

Menerusi kapsyen, Atikah juga berkata dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga.

” Are you ready? Let’s go! Satu minggu lagi. InsyaAllah,” katanya.

Atikah sebelum ini ketika ditemui media berkata Lokman mempunyai segala ciri-ciri lelaki yang diingininya.

Atikah menyifatkan Lokman seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dia berasa tenang apabila berada di sisi tunangnya itu.

Siapa Datuk Lokman Teh, bakal suami Atikah Suhaime?

Dalam pada itu, para peminat sedia maklum berkenaan hubungan cinta pelakon kelahiran Singapura itu dengan Lokman.

Segelintir peminat memaklumkan Lokman bukanlah lelaki biasa sebaliknya mempunyai latar belakang keluarga yang berpengaruh.

Difahamkan, Lokman merupakan anak kepada ahli perniagaan disegani iaitu Dato’ Seri Mohd Kamal Eusuff Teh.

Manakala Dato’ Seri Mohd Kamal Eusuff Teh pula adalah anak kepada pengasas Zaitun Kosmetik Industri Sdn Bhd iaitu Allahyarham Dato’ Seri Dr. Hj Eusuff Teh.

Sementara itu Lokman pula memegang jawatan sebagai CEO Zaitun Kosmetik.

Bagi anda yang membesar sekitar tahun lewat 80an dan awal 90an pastinya masih ingat dengan iklan ubat gigi Zaitun yang menggunakan tagline ‘Gunakan Tanpa Was-Was’!

Namun, syarikat Zaitun tidak terkecuali daripada cengkaman kegawatan ekonomi pada krisis kewangan 1998. Banyak syarikat yang disenarai dalam Bursa Saham turut gulung tikar pada tahun tersebut.

Jenama ini juga mengalami kerugian akibat beberapa faktor seperti masalah pengedaran produk, serta perubahan tadbir urus korporat.

Kini, jenama Zaitun kembali selepas lebih 20 tahun menyepi dalam pasaran tempatan.

Dengan wajah serta formulasi yang diperbaharui, jenama ini bersedia untuk menawarkan produk penjagaan dan kecantikan berkualiti buat semua.

Atikah Suhaime tolong jual produk Zaitun

Terdahulu, Atikah Suhaime tidak menyangka niat hanya untuk cuba-cuba dalam dunia LIVE aplikasi TikTok telah membantu menaikkan hasil jualan ubat gigi Zaitun.

ARTIKEL MENARIK Pendedahan Wajah Terakhir Sifu Lentik Sebelum Dijemput Ilahi Raih 2 juta Tontonan

ARTIKEL MENARIK Pernah di Puncak Kegemilangan, Kenali Siapa Hamdan Senario, Kisah Yang Tak Ramai Tahu

ARTIKEL MENARIK Pencipta Lagu TokTi Dan Fauziah Latiff Dah 3 Tahun Jadi Gelandangan, Ini Keadaan Terkini Ross Ariffin

Bermula di bulan Oktober 2023, Atikah pada mulanya sekadar ingin mencuba alam dunia TikTok LIVE untuk berehat seketika dalam dunia lakonan.

Katanya, sebelum ini dia selalu mengadakan LIVE itu di akaun peribadinya di TikTok.

Beliau terfikir untuk eksperimen mengadakan LIVE di akaun Zaitun bagi mendapatkan maklum balas dan respon pengguna TikTok.

Pada hari pertama cubaan membuat LIVE TikTok itu, Atikah memberitahu, hanya 5 orang sahaja yang menontonnya.

Bagaimanapun, lama-kelamaan penonton TikTok di LIVE akaun Zaitun, meningkat dalam purata 100 hingga 200 audien pada setiap hari , dan pernah mencecah sehingga 2000 tontonan (views) setiap LIVE.

” Saya suka buat LIVE selepas solat subuh dalam jam 7 pagi. Tak sangka ada yang sudi menonton dan ada juga yang setia menonton LIVE-nya sehingga akhir”, tambah Atikah.

Atikah jadi duta Zaitun

Kesungguhannya menyerlah dalam TikTok LIVE ini dan menarik perhatian Pengasas Zaitun Industries Dato’ Seri Mohd Kamal Eusuff Teh yang mahukan Atikah menjadi Duta kepada Zaitun Beauty.

Menurut Atikah, perkara itu tidak menjadi penghalang buatnya kerana dia benar-benar teruja untuk membantu meningkatkan penjenamaan semula Zaitun dan juga memberikan kesedaran tentang produk Zaitun kepada rakyat Malaysia.

Dia juga menambah, dia suka berinteraksi dengan audien kerana telah membantu syarikat yang terkenal dengan tagline ‘Gunakan tanpa was-was’, menjawab persoalan-persoalan tentang perniagaan Zaitun terutama menyentuh syarikat ini yang menyepi dalam pasaran tempatan lebih 20 tahun.

Sumber:mstar, kinihalal

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments