Aina Abdul
Anugerah Juara Lagu, AJL 38 melabuhkan tirainya malam tadi di mana lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari diumumkan sebagai dan membawa pulang wang kemenangan RM100,000.
Selain anugerah utama itu, anugerah vokal terbaik turut menjadi perhatian kerana menampilkan penyanyi-penyanyi yang mempunyai bakat suara terbaik di Malaysia.
Namun seperti dijangka ramai, penyanyi Aina Abdul menggondol anugerah vokal terbaik buat kali ke-3 berturut-turut.
Ketua jurinya, Datuk Mokhzani Ismail menyatakan kawalan suara dan konsistensi yang baik pada persembahan Aina Abdul menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu melayakkan dia memenangi Vokal Terbaik.
Ketika ditemui, Mokhzani menyifatkan Aina sebagai seorang penyanyi yang bijak apabila dia berjaya menyesuaikan vokalnya dalam lagu tersebut yang telah digubah oleh komposer terkenal, Mac Chew.
Malah, Mokhzani memuji persembahan Aina yang dikatakan lebih baik berbanding versi asal lagu tersebut.
ARTIKEL MENARIK ‘Hutang Keliling Pinggang, Aku Dh Tak Sanggup!’ – Pernah Putus Asa, Ini Profil Amir Jahari Yg Tak Ramai Tahu
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Penyanyi Shawn Baharin? Digelar Ricky Martin Malaysia, Begini Kehidupan Dia Sekarang
ARTIKEL MENARIK Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Siapa Sangka Begini Keadaan Penyanyi Nadia Ali Sekarang
Aina mengkaji gubahan lagu tersebut, kerana dilihat vokal dalam lagu asal dan persembahan langsung berbeza.
” Kelebihan ada pada Aina, dia sangat konsisten daripada awal lagu sehingga habis. Dia mempunyai tenaga yang konsisten.
” Jangan Mati Rasa Itu digubah dengan bijak oleh Mac Chew dan Aina tahu bagaimana untuk menyesuaikan dengan gubahan itu.” luah Mokhzani.
Malah apa yang dipersembahkan Aina pada malam tadi lebih baik daripada vokal dalam album.
Konsistensi yang membawa Aina melebihi daripada penyanyi lain.
Selain itu, Datuk Mokhzani juga berkongsi Aina Abdul menerima Anugerah Vokal Terbaik kerana lagu itu sangat kena dengannya dan ianya menonjolkan kekuatan vokal Aina, manakala lagu Astana nyanyian Ernie Zakri dikatakan gubahannya terlalu overdo.
” Saya ingin beri teguran kepada pengubahan yang ‘overdo’ disebabkan ingin tampilkan kelainan.
” Ada yang buat gubahan terlalu advanced sehingga hilang keaslian melodi lagu tersebut.
” Juri mengharap tidak berlaku perubahan yang ketara. Sesetengah penyanyi menyanyi bagus tetapi terlalu overdo. Tidak konsisten.” katanya.
Beliau juga berkongsi top 3 pesaing bagi Anugerah Vokal Terbaik iaitu Aina Abdul, Ernie Zakri serta Marsha Milan dan markah antara ketiga-tiga penyanyi itu adalah agak jauh.
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Disangka Janda Sbb Tak Pernah Nampak Gambar Bersama Suami. Pelakon Dian P Ramlee Akhirnya Dedah Siapa Suami Dia!
Profil menarik Aina Abdul
1. Dilahirkan pada 25 Oktober 1993 di Kuala Pilah, Aina adalah anak bongsu dari lima beradik, bapanya bernama Abdul Ghani Abdullah dan ibunya ialah Zaini Abdullah.
2. Berkelulusan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari dari Universiti UCSI, KL, Aina memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi di kelab malam, restoran dan lounge termasuk No Black Tie.
3. Mula dikenali menerusi program realiti nyanyian, Mentor Legend 2014 (anak didik Ella) bersama rakan seangkatan Allahyarham Sandra Dianne dan Sarah Fazny
Aina berjaya meraih tempat kedua (naib juara).
4. Juara The Masked Singer Malaysia musim pertama, dengan memakai kostum Bunga Raya yang menutupi identitinya selama bertanding dalam acara realiti nyanyian tersebut.
5. Pada program Vokal Mania 2020, Aina meraih gelaran Juara Idol, manakala penyanyi muda Aisha Retno yang meraih gelaran Juara Rookie.
6. Pernah membintangi drama rantaian Seindah Takdir Cinta yang bersiaran di slot Akasia TV3 pada 2016.
7. Aina Abdul sinonim dengan pemakaian baju berfesyen ‘pelik’. Malah dia mengakui berhabis ratusan ribu ringgit untuk pakaian-pakaian itu.
8. Merangkul kemenangan di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 di Los Angeles menerusi kategori Vocalist of The World.
9. Sering dilaga-lagakan dengan Erni Zakri, namun Aina menjelaskan dia dan isteri penyanyi Syamel itu adalah ‘best buddies’ dan sering ke gym bersama-sama.
10. Pada tahun 2021, lagu cover bertajuk Easy On Me yang dinyanyikan oleh Aina berjaya menarik perhatian dari penyanyi asal lagu tersebut, Adele. Bintang antarabangsa terkenal ini berkongsi semula rakaman video yang dinyanyikan oleh Aina di ruangan Instagram (IG) Story melalui akaun rasmi kerjayanya, Adele Access.
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK Terkenal Dengan Watak Pendekar ‘Musang Siguntang’, Tak Sangka Begini Keadaan Pelakon Ini Sekarang
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun