Faisal Halim
Sejak beberapa hari lalu kejadian tonggak Harimau Malaya Faisal Halim yang dipercayai disimbah asid sulfurik pekat hingga menyebabkan beberapa anggota badan melecur tahap empat hangat diperkatakan.
Bukan sahaja peminat bola sepak tanahair, malah kejadian itu telah mendapat perhatian media sukan di seluruh dunia.
Faisal ketika ini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam susulan disimbah asid pada Ahad.
Dia mengalami kelecuran tahap empat dan telah menjalani pembedahan kedua pada sebelah petang dan kini berada dalam keadaan stabil.
ARTIKEL MENARIK Dah Umur 52 Tahun, Terkejut Tahu Keadaan Terkini Melissa Saila, ‘Dulu Terkenal Drama Cili Padi’
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
Memetik perkongsian individu dikenali Afiq Rowley di Facebook, Faisal Halim atau Mickey mempunyai pengaruh besar terhadap peminat bola sepak tanah air.
” Besarnya pengaruh Miki ni bukan dekat aku, malahan jutaan peminat bola sepak lain dalam negara sebab sumbangan dia untuk Harimau Malaya.
” Pandangan aku sejak dulu, Miki merupakan pemain paling patriotik dan sentiasa sedia untuk berbakti bersama Malaysia.
” Umur dia sebaya aku. Aku membesar lihat dia dekat program Mykids, Mencari Ramli, sampai dia cipta sensasi besar buat Harimau Malaya kini.
” Dia bukan orang senang. Dia mula daripada pelbagai program pembangunan. Susah payah dia cipta karier yang mungkin sesetengah orang pun akan menyerah di separuh jalan.
” Bila dah ada nama, Miki tak pernah sombong. Percakapan dia kekal marhaen. Semua untuk Malaysia. Bangga ada sumbangan buat tanah air sendiri.
” Berapa puluh tahun lagi kita nak lihat bakat sebagus Miki pada masa hadapan? Maksud aku daripada segi hebatnya beliau di atas padang dan kekal marhaen di luar padang.
” Aku tahu, bila naiknya nama seseorang pemain, pembenci juga akan naik sekali. Tapi tak jangka sampai tahap ini sekali beliau akan terima.
” Apa dosa besar Miki buat orang lain? Bagi yang tiada kaitan atau rapat dengan beliau, aku nampak dia hanya sumbang sesuatu buat bola sepak negara.
” Dia wira. Nama Miki kini dah mula jadi sebutan dalam ramai anak-anak muda lain. Ikon anak muda dan ahli sukan Malaysia.
” Siapa pun pelaku atau yang terlibat, dia pengkhianat negara. ‘Mematikan’ aset penting Malaysia bukan satu benda yang boleh dimaafkan.
” Hilangnya seri bola sepak Malaysia selepas salah seorang pemain tumpuan kini tak akan beraksi di atas padang untuk suatu tempoh masa panjang.
” Rehatlah sebentar Miki, kembali selepas ini dengan lebih kuat.” tulisnya.
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun
ARTIKEL MENARIK ‘Bantulah Saya. Saya Betul-Betul Nak Kerja’ – Luahan Din Glamour, Siapa Sangka Keadaan Dia Sekarang
ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai
Biodata Faisal Halim
Nama sebenar Muhammad Faisal Bin Abdul Halim lahir pada 7 Januari 1998, berasal dari Mengkuang Titi Seberang Perai Pulau Pinang.
Merupakan seorang pemain bola muda berumur 23 tahun pada tahun 2021.
Menurut sumber, Faisal memulakan karier dengan menyarung jersi Penang U-19 pada 2015.
Kelincahan pemain ini mendapat kepercayaan jurulatih hingga diserap ke skuad senior Penang FC pada tahun yang sama.
Seterusnya beliau bersama pasukang Sri Pahang mula tahun 2016 hingga 2020.
Faisal Halim bersama skuad Terengganu FC TFC setelah menandatangani kontrak 2 tahun sehingga tamat 2022.
Faisal pada mulanya menyertai Soccer Kids dan seterusnya menyertai program realiti Mencari Ramli sebelum menyarung jersi sebagai pemain bolasepak penang U-19.
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Penyanyi Shawn Baharin? Digelar Ricky Martin Malaysia, Begini Kehidupan Dia Sekarang
ARTIKEL MENARIK Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Siapa Sangka Begini Keadaan Penyanyi Nadia Ali Sekarang
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
Kegigihan beliau ternyata membuahkan hasil, kini dianggap pemain profesional. Mula bermain untuk pasukan Malaysia sejak 2016 kategori bawah 21 tahun.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Mutiara Impian, Pulau Pinang bertubuh kecil tetapi mempunyai skill yang hebat.
Namanya kembali disebut-sebut sejak menyarung jersi Terengganu FC setelah berjaya menjaringkan beberapa gol dan menjadi tunjang kebangkitan pasukan pantai timur itu.
Faisal Halim mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dengan wanita pilihan yang dikenali sebagai Norsyazwani.
Hasil perkongsian hidup selama lima tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan berusia empat tahun.
Pada Disember 2022, Faisal mengesahkan dirinya berhijrah ke pasukan Selangor.
Sumber: Afiq Rowley, sinarharian