Beberapa hari ini peminat bolasepak tanah air dikhabarkan dengan perpindahan pemain bintang Eropah, Radamel Falcao ke kelab Johor Darul Takzim pada masa akan datang.
Hal ini dilaporkan oleh media Sepanyol dengan menyatakan bahawa pemain itu sudah bersedia untuk berhijrah ke selatan tanah air.
Untuk makluman semua, pemain ini dibayar gaji sebanyak RM5.6 juta setahun atau 1.2 juta Euro ?oleh kelabnya, Rayo Vellecano. Jadi sekiranya JDT benar-benar inginkan pemain ini sudah pasti jutaan ringgit harus dibelanjakan setahun untuk menagih khidmatnya.
Kontrak pemain ini akan berakhir pada bulan Jun 2023 ini bersama kelab yang dibimbing oleh Esteban Solari.
Media Sepanyol turut melaporkan bahawa Tunku Ismail SUltan Ibrahim telah membuat tawaran dan sedang dinilai oleh pemain itu untuk menjadi pemain dan duta kelab tersebut.
Jadi antara peranan pemain itu adalah menjadi sebahagian daripada pengurusan kelab dan duta ke peringkat antarabangsa buat pasukan Johor Darul Takzim.
Sebenarnya khabar ingin TMJ ingin mendapatkan pemain ini bermula sejak 221 lagi. Perkara ini didedahkan oleh media Turki ketika pemain itu bersama pasukan Galatasaray sebelum berhijrah ke Vallecano.
Falcoa boleh dikatakan bintang berkelas dunia apabila pernah mewakili kelab besar di Eropah seperti Manchester United, Chelsea, Monaco, Atletico Madrid FC Porto, dan beberapa lagi kelab besar Eropah.
Kehadiran pemain ini ke Harimau Selatan sudah pasti meningkatkan lagi nama JDT di peringkat antarabangsa dan liga kita akan menjadi tumpuan di asia tenggara sebagaimana impak yang dibawa oleh Cristiano Ronaldi di Arab.
Johor Darul Takzim terus cuba melakar sejarah tersendiri dengan membawa beberapa nama bintang. Jika sebelum ini, Pablo Aimar antara pemain berkelas dunia berjaya dibawa Johor Darul Takzim ke Malaysia.
Jadi persoalan kini benarkah Johor DT inginkan pemain ini untuk bersama-sama kelab buat beberapa musim ? Dan sekiranya benar bilakah Falcoa akan bersama JDT>