HomeSukanFAM sasar ke Piala Dunia U-17

FAM sasar ke Piala Dunia U-17

Mampukah kita melihat anak bangsa kita bermain bolasepak di peringkat dunia ? Realistik perkara ini ? Apa tidaknya Piala Asia sahaja baru kita layak kembali selepas puluhan tahun.

Jika dilihat sejak kebelakangan ini mutu dan kualiti permainan pemain bolasepak kita cukup mengujakan. Mutu permainan semakin baik bermula di peringkat akar umbi lagi.

Dengan kejayaan Harimau Muda baru-baru ini membuktikan sedikit sebanyak kualiti negara kita diperingkat Asia buat masa ini. Jadi sasaran untuk kita layak ke Piala Dunia 2026 tidaklah seperti angan-angan mak jenin lagi.

Sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing hasrat kita untuk melihat negara tercinta di Piala Dunia adalah realistik.

Terbaru PErsatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang skuad projek bawah 17 tahun untuk layak ke Piala Dunia bawah 17 tahun adalah realistik. Mereka percaya dengan kemampuan pemain muda kita untuk bersaing di peringkat Piala Asia B-17 terlebih dahulu.

Untuk makluman semua, pemain bawah 17 tahun negara buat masa ini sedang rancak mengadakan persiapan menghadapi Piala Asia bawah 17 dengan membuat jelajah di Jepun, Arab Saudi dan Qatar. Dan seluruh peminat dan persatuan sudah pasti ingin melihat pasukan ini menjadi 4 pasukan terbaik bagi layak secara automatik di Piala Dunia.

Walaupun realistik ke Piala Dunia bawah 17 tahun, namun FAM secara lebih realistik meletakkan sasaran untuk pasukan muda negara ini layak ke suku akhir sahaja.

Peluang untuk menjadi 4 pasukan terbaik dalam kejohanan itu masih lagi 50-50 dengan syarat seluruh pemain dan pengurusan memberikan yang terbaik sepanjang sesi persiapan dan persediaan sebelum menghadapi kejohanan di bangkok itu.

Bagi pengetahuan semua, Piala Dunia bawah 17 tahun akan menampilkan 24 pasukan daripada enam benua. Antara pasukan yang telah layak ke dalam kejohanan remaja dunia itu adalah New Zealand, Amerika, Panama, New Caledonia, Kanada dan Mexico.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments