Menjelang perlawanan ke-4 Liga Super 2023, penyokong pasukan Kelantan nampaknya telah mula membuat provokasi di media sosial dengan mengelar pasukan Johor Darul Takzim sebagai pasukan ‘penakut’.
Kelantan yang bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bharu pada 11 Mac ini menyatakan perkara tersebut selepas kemenangan besar pasukan Johor DT ketika bertemu pasukan Negeri Sembilan.
Menurut segelintir penyokong The Red Warriors, kejayaan JDT adalah disebabkan kehadiran pemain import berkualiti. Hal tersebut berjaya membantu pasukan JDT menundukkan pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan besar 7-0 di Paroi.
Menurut penyokong Johor Darul Takzim, JDT hanya menurunkan 2 orang pemain lokal sahaja ketika bertemu Negeri sembilan dengan pemain lain diisi oleh pemain berstatus natrulisasi dan import luar Johor Darul Takzim.
Jurulatih kelab Harimau Selatan dikatakan penakut untuk meletakkan pemain tempatan sebagai kesebelasan utama dalam aksi Liga Super. Dengan sinis penyokong Kelantan mengatakan bahawa sampai bila tiada pemain tempatan mendapat tempat, asyik naturalisasi dan import sahaja dibenarkan bermain dalam pasukan JDT.
Ada juga yang mengatakan bahawa 9 orang pemain naturalisasi dengan 2 pemain tempatan, sekiranya kita menang (Kelantan) sudah pasti Johor DT akan malu besar.
Johor Darul Takzim kini ungul menjadi pendahulu Liga Super selepas 3 perlawanan dengan 9 mata dan 9 jaringan gol. Manakala pasukan Kelantan FC nampaknya sedikit bergelut apabila hanya memperoleh 1 kemenangan dalam 3 perlawanan sebelum ini.
Walaupun ramai menjangkakan pasukan ini akan ditundukkan JDT di tempat keramat Johor Darul Takzim, masih ada segelintir penyokong mengharapkan keajaiban dengan Kelantan FC berjaya memperolehi 1 mata dalam perlawanan tersebut.
Namun yang lebih menarik adalah, sejauh mana dakwaan penyokong Kelantan FC ini dengan menyatakan 9 orang pemain import diturunkan pada perlawanan tersebut. Atau JDT bakal menurunkan pemain tempatan mereka sahaja untuk menundukkan pasukan Kelantan yang kini berada dikedudukan pertengahan liga.