Pierre Andre
Bertahun-tahun lamanya menyepi dalam dunia seni lakon dan pengarahan, ramai tertanya-tanya ke mana perginya pelakon dan pengarah muda berbakat, Pierre Andre.
Soalan pernah diajukan kepada ibunya, Khatijah Tan terutama orang industri yang mencuba untuk mendapatkan kembali khidmat seni anaknya itu.
Antara jawapan yang diberikan Khatijah Tan adalah Pierre kecewa melihat perkembangan terkini industri seni tanah air.
” Tapi satu daripada puncanya kerana dia terlalu kecewa.
” Sebab, jangkaan dia terhadap industri ini terlalu tinggi dan dia orang yang sangat sensitif. Bila dia tak dapat, dia jadi merajuk dengan industri.” kata Khatijah Tan.
Pierre tampil dedah hal sebenar
Terbaru, Pierre Andre akhirnya tampil mendedahkan apa yang berlaku kepadanya selama 10 tahun menyepi.
Menurut Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 38, selepas berkahwin dengan Siti Nur Hidayah, dia tidak lagi menggunakan telefon bimbit dan tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.
Keputusan tersebut dibuat kerana mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada isteri dan dua anaknya.
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Senyap Terus Lepas Menang AJL, 13 Tahun Lalu. Rupanya Begini Kehidupan Ana Raffali Sekarang
ARTIKEL MENARIK Disangka Janda Sbb Tak Pernah Nampak Gambar Bersama Suami. Pelakon Dian P Ramlee Akhirnya Dedah Siapa Suami Dia!
Guna ‘public phone’
Tambah Pierre, pernah untuk satu tempoh yang panjang, dia hanya menggunakan telefon awam bahkan meminjam telefon isteri untuk mengetahui perkembangan dunia semasa jika perlu.
” Malah tidak ramai orang tahu nombor telefon isteri selain nombor perniagaan.
” Tapi kalau saya nak tahu isu semasa, saya pinjam telefon isteri dan belek sepintas lalu saja.
” Saya tiada media sosial. Saya tidak ada telefon, sudah 10 tahun saya tidak ada. Siapa nak hubungi saya, kena telefon isteri saya.
” Pernah satu masa, saya hanya guna telefon awam.
” Sebabkan tidak ada telefon, saya tidak pernah komunikasi dengan orang lain. Kalau nak hubungi saya, kena hubungi isteri saya.
” Saya rasa sangat bebas tidak menggunakan telefon.
” Berbeza dengan masa saya sebelum kahwin, telefon bagi saya tekanan,” katanya kepada mStar.
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Hollywood, Begini Keadaan Pelakon Popular Era 80an Dharma Harun Sekarang
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK Terkenal Dengan Watak Pendekar ‘Musang Siguntang’, Tak Sangka Begini Keadaan Pelakon Ini Sekarang
Terima tawaran mengarah dari David Teo
Pierre berkata demikian pada sidang media filem Jangan Pandang Belakang 2 “Aku Tahu Asal Usulmu” yang berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini.
Filem sekuel itu yang hadir selepas 17 tahun Jangan Pandang Belakang ditayangkan kini menampilkan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Cat Farish.
Fiem itu dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini.
Pierre berkata, dia mengambil masa yang lama untuk menerima tawaran daripada David Teo kerana bimbang untuk menghasilkan naskhah yang lebih hebat daripada filem pertama.
Katanya, dia juga sudah lama tidak duduk di kerusi pengarah.
” Sebelum ini saya tolak (tawaran mengarah) tujuh filem masa saya hilang.
” Sebenarnya, sampai sekarang saya masih fikir kenapa saya terima tawaran ini, mesti ada hikmah dan sesuatu yang Tuhan nak bagi,” katanya.
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Lagu Bidadari, Ini Wajah Dan Keadaan Terkini Vokalis Kumpulan Lela
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun
ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta
Sumber: maIaysiakini