HomeSukanHarimau Malaya palsu ? FAM lapor ke FIFA

Harimau Malaya palsu ? FAM lapor ke FIFA

Harimau Malaya kini terus mendapat perhatian antarabangsa selepas dikendalikan jurulatih daripada Korea. Kebangkitan pasukan negara ini mendapat perhatian antarabangsa apabila banyak negara sudah mula melihat kualiti pemain tempatan.

Diatas kebangkitan luar biasa pasukan negara ada juga pihak cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan nama pasukan Harimau Malaya untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Hal ini disebabkan oleh satu laporan didedahkan mengenai pasukan Gergasi MLS, La Galaxy telah dijemput mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya.

Pasukan LA Galaxy berjaya menundukkan pasukan Harimau Malaya (Palsu) dengan jaringan 4-1. Namun selepas kejayaan mereka tersebut, mereka baru sedar bahawa pemain Harimau Malaya bukanlah pemain-pemain yang terdiri daripada pemain kebangsaan Malaysia.

Pendedahan yang dibuat oleh Mark Stafford sampai ke pengetahuan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin. Beliau dengan tegas mengarahkan siasatan segera dijalankan.

Siasatan buat masa ini dikatakan oleh Datuk Hamidin melibatkan pihak SPRM dan pasukan PDRM.

Dalam satu temuramah, Datuk Hamidin memaklumkan kepada wartawan bahawa ada orang yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan dan hal ini menurut FAM tidak boleh dipandang remeh.

FAM teah menghantar surat kepada pihak FIFA dan AFC berkenaan dengan perkara tersebut. Tambah Datuk Midin lagi, negara tidak pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun apa yang merisaukan pihak FAM adalah sekiranya terdapat pembabitan booking dalam penganjuran perlawanan. Walaupun Stafford tidak mendedahkan bila perlawanan tersebut diadakan, tetapi bookie dikatakan boleh meraih wang pertaruhan bernilai jutaan ringgit untuk pertaruhan membabitkan 5 gol atau lebih.

Datuk Hamidin turut mendedahkan bahawa booking turut menyamar menjadi pegawai FAM bagi mengatur perlawanan bersama kelab di Amerika tersebut. Kononnya LA Galaxy dapat menjadi lawan untuk persediaan pasukan Harimau Malaya sebelum bermulanya Piala Asia 2023 pada bulan Januari tahun hadapan.

Untuk makluman anda semua, ini bukanlah pertama kali pasukan negara menjadi sasaran bookie. Sebelum ini, Harimau Malaya menjadi mangsa scammer dengan sebuah kelab yang mendakwa diri mereka sebagai pasukan Zimbabwe dan telah mengadakan perlawanan dengan skuad kebangsaan sebanyak 2 kali.

Bahkan perlawanan tersebut turut mendapat kelulusan FIFA, tetapi Persatuan Bolasepak Zimbabwe (ZIFA) mengatakan bahawa kedua perlawanan itu sebenarnya telah diatur oleh bookie Singapore, Wilson Raj Perumal pada ketika itu.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments