Amir Jahari
” Subhanallah… Aku tidak tahu secara terperinci apa yang dia tempuh sebelum dan sepanjang bergelar seniman.”
Itu perkongsian pelakon terkenal Beto Kusyairy yang meluahkan rasa terharu atas kemenangan Amir Jahari di Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 malam tadi.
Kemenangan menerusi lagu Hasrat itu melayakkan Amir membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000, menewaskan lagu Sutera, Aisha Retno dan lagu Jangan Mati Rasa Itu, Aina Abdul.
Luahan Beto itu cumalah sebahagian dari puluhan perkongsian sahabat dan rakan artis yang memahami pahit getir Amir Jahari untuk bertahan dalam industri seni tanah air.
Malah, Amir pernah mengambil keputusan untuk mengundur diri setelah merasakan tiada harapan lagi dalam industri muzik.
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Penyanyi Shawn Baharin? Digelar Ricky Martin Malaysia, Begini Kehidupan Dia Sekarang
ARTIKEL MENARIK Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Siapa Sangka Begini Keadaan Penyanyi Nadia Ali Sekarang
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
” Ini Live terakhir aku sebagai Amir Jahari. Bermula 2011 hingga 2020, 9 tahun aku berada dalam industri. Satu perjalanan yang tidak disangka-sangka.
” Daripada jalanan, seorang busker di Kuching, sampai ke pentas AJL, sampai ada album sendiri.
” Sampai perform di luar negara dan album yang kedua, dan hari ini adalah hari terakhir untuk Amir Jahari.
Hutang keliling pinggang, aku rasa aku dah tak sanggup…
” Aku fikir tentang anak aku tiga orang.
” Apa akan jadi nanti dengan keadaan yang tidak stabil, pendapatan daripada muzik yang tidak stabil, dengan tidak ada insuran, dengan tidak ada simpanan, dengan hidup memang cukup-cukup sahaja.
” Aku dah taknak ‘gamble’ untuk industri ini, dan untuk anak-anak aku yang sedang membesar dan juga isteri aku juga.
” Sekarang ini Alhamdullilah, semua sihat tapi kalau apa-apa jadi pada salah seorang, aku tak tahu nak buat apa.
” Dengan tidak ada insuran, dengan hutang keliling pinggang, aku rasa aku dah tak sanggup,” luah Amir empat tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Setelah Lama Menghilang, Ini Wajah Terkini Dan Keadaan Pelakon Terkenal Era 90an, Deanna Yusoff
ARTIKEL MENARIK Disangka Janda Sbb Tak Pernah Nampak Gambar Bersama Suami. Pelakon Dian P Ramlee Akhirnya Dedah Siapa Suami Dia!
Tambahnya lagi, dia tidak mahu lagi menjadi seorang artis seniman yang bergantung harap kepada masyarakat untuk menyokong.
Mengakui sudah tidak menyimpan sebarang harapan kepada industri muzik, apa yang dipintanya kini adalah sentiasa melakukan apa-apa pekerjaan dengan niat kerana Allah.
Profil Amir Jahari
Mohamad Amirullah bin Jahari atau lebih dikenali sebagai Amir Jahari (lahir 31 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi, pemuzik, pelakon, dan penulis lagu Malaysia.
Beliau dilahirkan dan dibesarkan di negeri Bumi Kenyalang, Sarawak.
Pernah masuk AF musim ke-9
Kerjaya muzik beliau bermula pada 2011 apabila beliau diujibakat untuk musim kesembilan rancangan pencarian bakat baru dalam bidang nyanyian, Akademi Fantasia.
Namun pada konsert minggu ketiga beliau dan Ayda Jebat telahpun digugurkan daripada akademi melalui Ops Gugur berikutan tiada peningkatan dalam persembahan selama tiga minggu di akademi.
Amir Jahari melancarkan album pertamanya, Penghibur Jalanan pada 29 April 2013, album ini memuatkan sebanyak 9 lagu, termasuk 2 lagu akustik.
Beliau menggunakan permainan teka silangkata sebagai kulit album.
Single pertama dari album ini ialah Tanpamu, diikuti oleh single kedua, Penghibur Jalanan dan single ketiga, Gelisah.
Beliau menyertai kumpulan Go Gerila yang mana beliau ialah vokalis utamanya bersama Aizat Amdan dan seterusnya menubuhkan kumpulan muziknya sendiri, The Amir Jahari Project.
Pada 2016, beliau melancarkan single pertamanya yang bertajuk Ingga yang akan dimuatkan dalam album keduanya yang akan menjengah pasaran nanti.
Mengetengahkan bahasa Melayu Sarawak sepenuhnya.
Lagu ini menampilkan bunyian ‘sape, alat muzik tradisional Orang Ulu dengan alunan melodi Sarawak digabung bersama muzik Amir yang berentak folk rock kontemporari.
Beliau berkahwin dengan Kartini Sulaiman pada Oktober 2013 dan dikurniakan tiga orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki bernama Nur Izzah Amaani, Aqil Salim dan Asmaa Aisyaah.
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK Terkenal Dengan Watak Pendekar ‘Musang Siguntang’, Tak Sangka Begini Keadaan Pelakon Ini Sekarang
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun
Sumber: beautifulnara