Ibu Mentua Puteri Sarah Balas Mesej, Berderai Air Mata Baca…
” Sarah tahu mama dan papa sedih, apa pun terjadi mama dan papa tetap ibu bapa buat Sarah. Tidak akan berubah. Sarah sayang anda berdua sampai akhir,”
Demikian luahan pelakon, Puteri Sarah Liayan yang berkongsi perasaannya menerusi Instastory pada pagi Khamis yang memaparkan tangkap layar perbualan dengan ibu mentua, Datin Patimah Ismail.
Menerusi perbualan tersebut, Puteri Sarah meminta izin untuk pergi ke sebuah tempat bagi urusan kerja dan memaklumkan akan menginap di rumah mereka.
Perbualan itu disambut baik Patimah dan memberitahu hubungan mereka akan terus kekal baik walaupun dia sudah berpisah dengan anaknya.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, berkata, sebagai menantu dia memahami perasaan ibu bapa mentuanya dan berjanji akan menjaga silaturahim dengan mereka meskipun sudah tiada ikatan dengan Syamsul.
” Jangan cakap macam itu, Papa kata tak ada apa yang berubah antara Sarah dengan keluarga mama. Kami tetap sama seperti dulu,” kata Patimah dalam mesej berkenaan.
Jelas sekali Datin Patimah antara paling terkesan dengan penceraian itu.
Patimah yang bersedih dengan berita tersebut dan masih berharap Syamsul dan Puteri Sarah kembali berbaik.
Sebelum ini, Patimah beberapa kali menzahirkan emosi dengan menujukan luahan pilu terhadap individu yang didakwa sebagai punca anak serta menantu kesayangannya itu bercerai.
” Sedarkah dosa kamu yang telah menghancurkan sebuah masjid dan membuat air mata seorang ibu mengalir tanpa henti,” tulisnya dalam hantaran Instagram menggambarkan perasaannya ketika itu.
Patimah sebelum itu turut memuat naik petikan daripada sebuah majalah berkenaan poligami dipercayai merujuk pernikahan anaknya, Syamsul Yusof dengan Ira Kazar.
” Islam tidak menyuruh berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarkannya dengan bersyarat.
” Poligami yang memecahbelahkan itu bukan mengikut sunnah,” tulis paparan tersebut.
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Setuju Bayar Nafkah Anak RM6000 Sebulan, ‘Segala Perbelanjaan Anak Saya Tanggung’
Artikel Berkaitan: Tidak Dapat Diselamatkan, Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Sah Cerai Talak Satu
Dalam pada itu, Yusof Haslam pula menerima keputusan itu dengan hati terbuka sekaligus berharap penceraian itu dapat menutup kata-kata tidak baik terhadap kisah mereka sebelum ini.
” Ini perceraian secara baik. Mereka buat demi anak-anak. Jika dilakukan secara baik apa yang diharapkan ia tidak menyakiti hati sesiapa.
” Saya pun bosan orang asyik bertanya. Kisah mereka sebelum ini buat ramai orang resah dan wujud persepsi tidak baik.
” Jadi sekarang masing-masing boleh bawa haluan masing-masing dan lupakan apa yang berlaku,” katanya ketika dihubugi mStar.
Pada Rabu, Syamsul melafazakan talak di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup kira-kira pukul 12.25 tengah hari.
Susulan itu, mahkamah memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan penceraian mereka.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.
Sumber:mstar