HomeTerkiniRupanya Isteri MK Anak Tiri Noniswara, Pelakon Terkenal Era 90an

Rupanya Isteri MK Anak Tiri Noniswara, Pelakon Terkenal Era 90an

Isteri MK Anak Tiri Noniswara

Pada 16 Jun lalu, penyanyi rap, MK K-Clique, 26, sah bergelar suami kepada wanita pilihan, Siti Hajar syeikh Nordin dengan sekali lafaz.

Perkahwinan MK menamatkan spekulasi bakal mendirikan rumah tangga selepas memuat naik gambar bersongkok di Instagram sebelum ini.

Dalam pada itu, dramatis terkenal era 90an, Datin Seri Noniswara berkongsi kegembiraan apabila anak tirinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap MK pada pagi Jumaat lalu.

Noniswara atau Noniswara Baharudin, turut berkongsi kegembiraan apabila Siti Hajaar akhirnya selamat bergelar isteri selain mengucapkan tahniah kepada suaminya, Datuk Seri Syeikh Nordin Sheikh Ahmad kerana menerima menantu.

” Alhamdulillah, tahniah encik suami dapat menantu. Tahniah buat si manis saya, anak tiri Hajaar dan MK,” katanya.

Noniswara berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Hasil pemerhatian mStar, Noniswara tidak hadir pada majlis resepsi Siti Hajaar dan MK yang diadakan di Hotel Wydnham Acmar, Klang pada malam Sabtu.

Sebaliknya Syeikh Nordin dan bekas isteri Sharifah Hasnah Syed Hussain tampil sedondon memakai baju berwarna maaron selain turut naik ke pelamin untuk menepung tawar pengantin.

Untuk rekod, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu.

Artikel berkaitan: Ibu Mentua Puteri Sarah Balas Mesej, Berderai Air Mata Baca, ‘Jangan Cakap Macam Tu Sarah…’

Artikel berkaitan: Syamsul Yusof Setuju Bayar Nafkah Anak RM6000 Sebulan, ‘Segala Perbelanjaan Anak Saya Tanggung’

Pada Julai 2022, Noniswara pernah berkongsi luahan rasa kecewa apabila statusnya dan gelaran Datin Seri dipertikaikan.

Tegas Noniswara, 53, dia bukan isteri kedua dan gelaran tersebut sah digunakan sepanjang tujuh tahun perkahwinan bersama suami, Datuk Seri Dr Sheikh.

” Zarina bermadu. Dan madu pun sangat baik. Saya tidak bermadu. Saya bukan gila title. Bukan syok sendiri macam dorang.

” Dari suami dulu pun saya dah Datin. So apa yang hairan sangat? Sememangnya perkara sebenar.

” Saya Datin Seri sebab dalam sijil ada nama saya seorang dan masa pergi ambil pingat saya yang bersama.

” Pergi istana dan majlis rasmi atau tak rasmi saya sentiasa bersama,” tegasnya menerusi hantaran di Instagram Stories pada Julai 2022.

Kata Noniswara lagi, suaminya sudah lama berpisah dengan bekas isteri terdahulu dan difahamkan hubungan mereka sudah sedia bermasalah sebelum mereka berkenalan.

” Yang sana dah lama pun berpisah. Cuma tak declare. Suami dari dulu cakap dah berpisah. Sebelum saya wujud pun katanya dah 10 tahun tak tidur bersama.

” Cuma anak-anak tak boleh terima hakikat. Kalau mereka ada gambar bersama pun sebab majlis kahwin anak-anak dan raya ketiga. Just ambil hati anak-anak. Suami saya serba salah.

” Anak-anak sengaja ambil gambar bersama kononnya mereka keluarga bahagia. Nak tunjuk pada kawan-kawan dan followers.

” Hakikatnya tidak. Nak saya cerita apa lagi. Suami saya pun pening dengan anak yang seorang dua yang degil dan suka melawan. Anak-anak lain baik saja,” ujarnya.

Sumber:awani dan mstar

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments