HomeSukanIsu gaji, bintang JDT berharap ada sinar menjelang hari Raya

Isu gaji, bintang JDT berharap ada sinar menjelang hari Raya

Setiap musim ada sahaja peminat bolasepak tempatan dengar mengenai masalah gaji pemain. Kita pun tidak tahu sampai bila perkara ini berlanjutan.

Dalam satu artikel yang dibuat oleh majoriti.com.my mengatakan bahawa pemain Melaka United yang kini dikenali sebagai Harimau Melaka berdepan dengan isu gaji.

Kelab ini gagal untuk membayar gaji kepada pemainnya sehingga tunggakan kini dikatakan melebihi RM1 juta ringgit. Hal ini membuatkan persiapakan pemain untuk menyambut hari raya terganggu.

Apakan tidaknya para pemain tidak dapat merasai gaji mereka bermula Julai sehingga Disember musim lalu. 6 bulan tidak dibayar gaji bagaimana pemain-pemain Melaka ini ingin menyara keluarga ?

Tidak hanya kelab Melaka mempunyai masalah gaji, pasukan Sarawak United FC turut menghadapi perkara yang sama dimana kelab berhutang hampir 500 ribu dengan 20 orang pemainnya.

Untuk makluman semua, perkara ini didedahkan oleh bekas bintang Johor Darul Takzim, Syazwan Andik yang mengatakan dia dan rakan sepasukannya mengalami kesukaran untuk membayar komitmen dan menyara keluarga disebabkan kelab tidak membayar gaji mereka.

Syazwan berharap agar pembayaran tunggakan gaji itu mempunyai sinar. Buat ketika ini pemain itu bermain secara pinjaman ke Sri Pahang Fc dari kelab Johor Darul Takzim.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments