HomeSemasa'Juri Pun Tak Pernah Tahu Sebelum Ini Saya Pernah Bergelar Juara' -...

‘Juri Pun Tak Pernah Tahu Sebelum Ini Saya Pernah Bergelar Juara’ – Respon Padu Joey Daud Buat Mas Idayu

Joey Daud

” Tak mengapa yang penting kejuaraan kami di hati peminat!”

Demikian luahan pelawak dan pelakon Joey Daud yang memberi respon kepada ulasan juri sebagai mengulas penyingkirannya pada peringkat separuh akhir Famili Duo musim keempat (FD4) pada malam Ahad.

Joey sebelum itu menyangkal dakwaan dia terlupa lirik semasa menyanyikan lagu Terhangat Di Pasaran (KRU) dan Inilah Nasibku (Nico).

Walaupun terkilan dengan komen tersebut, Joey atau Zulkifli Daud, 51, bagaimanapun reda dan menghormati pandangan jurinya iaitu Mas Idayu yang menilai persembahannya bersama pasangan duo Naqiu.

ARTIKEL MENARIK Kisah Anak Ananda Krishnan Tiba Di KLIA Untuk Melihat Jasad Bapanya Dengan Hanya Membawa Beg Kain

ARTIKEL MENARIK ‘Penduduk Kampung Derma Duit Supaya Dia Dapat Berlatih’ – Kisah Di Sebalik Kejayaan Nadeem Menang Emas

ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup

” Mana ada lupa lirik? Kalau saya jawab itu akan jadi kontroversi. Saya menghormati pandangan masing-masing. Dah ini takdirnya saya kena reda.

” Saya kena lihat balik persembahan kami, di mana kelemahan dan kekurangan kami.

” Ketika berada di atas pentas saya tak tahu pandangan orang pada kami macam mana,” katanya kepada mStar.

Joey berkongsi perkara itu selepas tamat persembahan Famili Duo minggu ketujuh yang berlangsung di Gelenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

Tidak hanya itu, dia yang pernah bergelar juara Mega Spontan tahun lalu kecewa apabila kejuaraanya dipersoalkan Mas Idayu.

Joey berkata dia mengikuti pertandingan ini untuk menambah pencapaian dalam bidang seni namun tidak menyangka kejayaannya sebelum ini tidak diketahui juri.

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai

ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang

“Saya pernah bergelar juara..”

” Saya bersetuju mengikuti program ini untuk menambah pencapaian saya yang pernah bergelaran juara.

” Tetapi juri pun tak pernah tahu sebelum ini saya pernah bergelar juara tapi tidak mengapa mungkin setakat ini saja, yang penting kejuaraan kami di hati peminat,” ujarnya.

Dia juga mengakui terkejut dengan penyingkiran tersebut kerana merasakan sudah melakukan yang bersesuaian dengan kehendak FD4..

Menurut Joey, pihaknya sudah menggabungkan kepakaran yang dimiliki antara dia dan Naqiu dalam menghiburkan penonton.

” Saya amat terkejut dengan penyingkiran ini. Saya tertanya-tanya teruk sangat ke persembahan kami?

” Kalau teruk itu kami minta maaf kerana mengecewakan ramai pihak. Kalau tidak ambil ia sebagai satu hiburan.

” Yang saya tahu saya gabungkan kepakaran kami mengikut kehendak Famili Duo iaitu menghiburkan,” luahnya.

Mas Idayu menerusi komennya mengkritik Joey dan mendakwa dia lupa lirik dan tidak pernah bergelar juara dalam mana-mana pertandingan.

FD4 dihoskan oleh Janna Nick dan Sharif Zero manakala juri turut menampilkan Datuk Rosyam Nor.

Famili Duo peringkat akhir bakal berlangsung pada 16 Disember ini dan turut disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam.

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ainina Ahmad B? Patut Lama Tak Nampak, Lihat Keadaannya Sekarang

ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja

ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai

Sumber: mstar

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments