Nampaknya ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan juara bertahan 9 tahun berturut-turut Johor Darul Takzim ketika mengadakan pre-season mereka di Emiriah Arab Bersatu.
Malah kemenangan bertemu pasukan Fursan Hispania Fc dalam perlawanan persahabatan ketiga bagi preseason dipersoal oleh segelintir peminat bolasepak Malaysia. Kemenangan 3-0 keatas pasukan yang bermain di divisyen satu UAE itu dipertikai kerana kelab itu berada ditempat tercorot.
Untuk pengetahuan semua, jika diikutkan kepada jadual yang disusun, pasukan ini bukanlah pilihan perlawanan persahabatan Johor Darul Takzim kerana sepatutnya JDT akan bertemu kelab Bulgaria, PFC Levski Sofia.
Namun terpaksa digantikan atas beberapa faktor. Sebelum itu, perlawanan JDT bertemu Levski Sofia terpaksa dihentikan lebih awal sebelum ini kerana ketegangan yang berlaku sehingga barisan pemain kelab tersebut keluar padang bagi memboikot perlawanan.
Berbalik kepada pertikaian wargamaya ke atas kemenangan pasukan JDT adalah disebabkan oleh pasukan Fursana Hispania berada di kedudukan 17 liga UAE dengan mereka merekodkan 16 kekalahan. Bukan itu sahaja, pasukan Fursana juga hanya mendapat 2 kemenangan sahaja selepas 18 perlawanan dalam saingan Liga UAE.
“Perlawanan JDT ini mungkin nak panas badan je. Lawan pun pasukan tercorot dalam divisyen satu” – ujar penyokong tanah air.
Peminat Johor DT tidak mudah melatah apabila pasukan mereka bertemu kelab bawahan kerana bagi mereka aksi tersebut adalah untuk mendapatkan keserasian diantara pemain JDT. Bahkan dalam aksi persahabatan yang diatur ada prospek baru mencuri tumpuan seperti Adam Farhan Mohd Faizal.
Peminat dapat melihat aksi bagus ditampilkan oleh pemain-pemain JDT, ini secara tidak langsung akan memberikan pilihan pemain yang lebih banyak kepada barisan kejurulatihan – luah peminat Johor Darul Takzim.
Selepas ini pasukan Johor Darul Takzim dijadulkan akan bertemu dengan dua kelab dari Russia iaitu FC Lokomotiv Moscow yang berada dikedudukan ke-13 Liga Russia. Seterusnya akan bertemu dengan pasukan Zenit St Petersburg.
Walaupun sudah berjaya sebanyak 9 kali berturut-turut di Liga Super Malaysia, Johor DT tetap ingin membuat persediaan dengan rapi bagi mengharungi saingan musim baru.