Kelincahan dan kelajuan Arif Aiman bersama pasukan Johor Darul Takzim dan Harimau Malaya nampaknya menarik minat sebuah kelab Jepun untuk membawanya berkelana ke negara matahari terbit itu.
Ini selepas wartawan dan media sukan Jepun hangat memperkatakan nama pemain ini mendapat tempat di hati kelab Kashiwa Reysol. Pasukan tersebut tertarik dengan pemain muda ini selepas dia berjaya tampil cemerlang ketika di pentas Asia Champion League (ACL) sebelum ini.
Pemain sayap ini cukup cemerlang bersama pasukan JDT selepas beliau berjaya mendapat anugerah pemain paling bernilai (MVP) selama 2 tahun secara berturut-turut. Jadi tidak hairan aksi lincah pemain sayap ini dinilai oleh kelab luar untuk mendapatkan khidmatnya.
Untuk pengetahuan semua, Arif Aiman berjaya menjaringkan gol sebanyak tiga gol dan memberi bantuan gol sebanyak tiga belas kali dalam semua kejohanan domestik muslim lalu termasuk di ACL ketiak bertemu dua kelab Jepun.
Sebelum ini media Malaysia melaporkan bahawa Arif Aiman juga sedang dirisik oleh beberapa buah kelab Korea. Namun Arif nampaknya kini ingin focus terlebih dahulu membantu pasukan Johor Darul Takzim sebelum memikirkan tempat yang ingin beliau berhijrah.
Dalam perkembangan bersama pasukan Harimau Malaya, rata-rata peminat terkejut apabila nama pemain ini langsung tidak disenaraikan oleh pengendali negara dalam kesebelasan utama ketika bertemu pasukan Turkmenistan.
Bahkan nama pemain ini dikatakan sekali lagi tidak akan disenaraikan ketika bertemu pasukan Hong Kong. Arif Aiman berjaya membantu pasukan Harimau Malaya dengan mencatat nama sebagai penjaring gol sebanyak 3 kali dan beliau berjaya membantu pasukan negara dengan bantuan assist goal sebanyak 2 kali.
Sehingga saat ini tiada penjelasan rasmi dibuat oleh pasukan negara mengapa pemain ini tidak diturunkan. Arif juga dikatakan tidak turun berlatih bersama pasukan negara. Selain Arif Aiman satu lagi nama besar Safawi Rashid turut tidak bersama dengan pasukan Harimau Malaya.