HomeSemasa'Kenapa Masa Reman Tak Tekan Dia Habis2!' - Kakak Bella Persoal Polis...

‘Kenapa Masa Reman Tak Tekan Dia Habis2!’ – Kakak Bella Persoal Polis Bebaskan Dan Beri Peluang Suspek Pergi Umrah

Kakak Bella Persoal Polis

” Oh tidak (suspek utama diberi layanan istimewa). Ia sebenarnya begini, siasatan dilakukan secara berperingkat.”

Itu penjelasan pihak polis yang memaklumkan telah melakukan siasatan secara telus dan menyeluruh bagi menyelesaikan kes pembunvhan Bella atau nama sebenarnya, Mila Sharmila Samsusah, 32.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis menafikan dakwaan keluarga mangsa yang mempersoalkan siasatan dilakukan polis termasuk lambat bertindak bagi menyelesaikan kes berkenaan.

” Pertama kita siasat menerusi Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang.

” Namun, apabila keterangan serta bukti tidak mencukupi, kita beri jamin dahulu, bukan lepaskan (suspek).

” Oleh kerana kita tidak berpuas hati dengan siasatan (awal), oleh itu siasatan diteruskan.

” Atas usaha Polis Johor khususnya Polis Batu Pahat, kita akhirnya berjaya menemui bukti-bukti yang baharu,” katanya.

ARTIKEL MENARIK Tiada Harapan Untuk Hidup, Takdir Allah, Saari Amri Mendapat Darah Yg Didermakan Sekumpulan Tentera

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Anak Yang Tak Diinginkan’ – Kisah Tragis Datuk Zainalabidin, Dipukul Dan Didera Waktu Kecil

ARTIKEL MENARIK Rating Dikatakan Menurun, Sekali Tyzo Tunjuk Data Sebenar. Mungkin Bakal Buat Bos Suria FM Terdiam Terus

Bebaskan suspek sebab beri peluang buat umrah

Katanya, penemuan bukti dan keterangan baharu membolehkan polis menahan semula suspek dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

” Bukan sebab kita bebaskan (suspek), (tapi) sebab nak beri peluang untuk dia mengerjakan umrah,” katanya.

Ahad lalu, kakak kepada Bella yang hilang sejak pertengahan bulan lalu dan dikaitkan dengan penemuan rangka di Tongkang Pechah, mempersoalkan beberapa tindakan polis dalam mengendalikan siasatan kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN Anak Bella Dedah Hal Mengejutkan Dilakukan Suspek, ‘Uncle Selalu Pukul Mummy, Marah Mummy’

ARTIKEL BERKAITAN Akhirnya Terbongkar Motif Sebenar Kenapa Bella Dibunvh, ‘Ibu Bella Mengurut Dada Sambil Istigfar’

Kakak Bella dakwa IO enggan berjumpa

Dalam hantaran sama, Norhisam mendakwa dia ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan balai polis untuk memaklumkan kehilangan Bella mempunyai unsur jenayah, bukan lagi kes orang hilang (OH) dan nyawa adiknya itu menjadi taruhan, selain mahu berjumpa pegawai penyiasat (IO) kes terbabit.

Norhisham turut mempertikai keputusan polis melepaskan suspek atas alasan lelaki itu menghidap penyakit ‘tiga serangkai’.

Mengakui keluarga sangat kecewa, Norhisham atau lebih mesra dipanggil Ayu, mencatatkan dia dan Bella sentiasa berkongsi semua perkara dan kali terakhir mereka berhubung melalui aplikasi sembang pada 11.38 malam, 14 Disember.

” Sy dan bella ni sntiasa share benda apa kami nak buat.. Bella takkan hilang mcm ni…

” Masa hari last chat 14.12.2023 pkul 11.38pm bella tanyakan sesuatu..sy dah jawab kmudian bella senyap…

” Mungkin masa tu last nyawa dia dhabiskan…,” tulisnya memaklumkan dia juga mengambil pelbagai usaha mencari bukti.

ARTIKEL MENARIK ‘Biarlah Orang Nak Kata Apa’ – Bekas Gitaris Olan Kini Kerja Kutip Sampah, Tak Kisah Diperlekeh

ARTIKEL MENARIK ‘Kenapa Perlu Nak Sekat Rezeki kami?’ – Respon Awie Susulan Mufti Penang Minta Siti Nurhaliza Tunda Konsert

ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Jadi Hero, Setelah Lama Menyepi, Pelakon Ini Sekarang Jadi Pemandu Grab

Dalam hantaran sama, Norhisam mendakwa, dia ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan balai polis untuk memaklumkan kehilangan Bella mempunyai unsur jenayah, bukan lagi kes orang hilang (OH) dan nyawa adiknya itu menjadi taruhan, selain mahu berjumpa pegawai penyiasat (IO) kes terbabit.

” Sy pergi naik IPK utk bagitahu benda ni unsur jenayah dan nyawa adik sy jadi taruhan…

” Sy sudah pergi balai utk bgthu io ini kes jenayah… io taknak jumpa sy… atas alasan siasatan OH sedangkan sy dh tukar pd jenayah.

” Ya kami tersangat2 kecewa…..,” tulisnya sambil mempersoalkan mengapa polis lebih percayakan suspek ada penyakit ‘tiga serangkai’ berbanding bukti dikemukakannya.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi dan setakat ini kes masih belum selesai walaupun ada rangka ditemukan polis di sebuah rumah sewa di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah.

Rangka tidak sempurna di rumah sewa terbiar itu ditemukan selepas polis dipandu oleh salah seorang suspek. Keluarga Bella juga dimaklumkan, namun polis belum dapat mengesahkan sama ada ia wanita yang dilaporkan hilang itu.

Kenapa masa reman tidak tekan dia habis2!

Dalam hantarannya lagi, Norhisham menulis seolah-olah rangka ditemukan itu ada kaitan dengan adik perempuannya.

” Sekarang selepas 38 hari… Apa yg saya dan keluarga dapat.. Kami cuma dapat rangka..

” Kenapa masa reman tidak tekan dia habis2… Kalau tahu awal mana bella disorokkan..

” Mesti keluarga dapat body bukan rangka… walaupun body dh tak bernyawa tapi masih boleh kami peluk cium utk kali terakhir,” tulisnya.

Sumber: hmetro, bharian

ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments