HomeSemasa'Kongsi Sebatang Berus Gigi, Tak Ada Duit Beli Susu Anak' - Kisah...

‘Kongsi Sebatang Berus Gigi, Tak Ada Duit Beli Susu Anak’ – Kisah Rosyam Nor Yg Tak Pernah Diceritakan

Rosyam Nor, pelakon yang tidak perlu diperkenalkan dan terkenal dengan sikap profesional beliau dalam bekerja.

Kalau sekarang kita lihat beliau sudah berjaya dan mempunyai syarikat produksi sendiri dikenali sebagai Suhan Movies, namun tersimpan seribu satu kepayahan dan cabaran untuk beliau mencapai kejayaan seperti sekarang.

Merupakan seorang anak setinggan satu ketika dahulu, pemilik nama sebenar Mohamed Noor bin Shamsuddin ini menceritakan kemiskinan dan pahit getir beliau sebelum bergelar artis dalam biografinya yang bertajuk Impian Jutawan Budak Setinggan yang dilancarkan pada 2016.

Video Rosyam Nor

” Pernah anda bayangkan bagaimana sulitnya kehidupan kami sebagai anak setinggan ketika itu?

” Realitinya, itulah yang kami sekeluarga lalui. Selain berkongsi sebatang berus gigi dan selimut, kami juga menggunakan kain karung guni selain turut berkongsi sehelai tuala mandi.

” Paling meruntun hati saya sehingga sekarang saat melihat sendiri bagaimana emak mengambil upah membasuh baju-baju jiran berbangsa Cina dan India dengan upah yang tidak seberapa demi menampung perbelanjaan kami sekeluarga.” kata Rosyam.

ARTIKEL MENARIK ‘Bayaran Lepas Duit Rokok Nak Buat Apa? Siapa Nak Bagi Saya Makan?’ – Luahan Terkini Salih Yaakob

ARTIKEL MENARIK “Bayangkan Berlaku Masa Live, Nak Stop Tak Boleh” – Baggio Damasutra Takkan Lupakan Insiden Itu

ARTIKEL MENARIK “Saya Tiada Pilihan Lain” – Lan Zailan Jual Kereta Kesayangan Kerana Tiada Tawaran Berlakon

Jelas Rosyam, beliau menerbitkan buku tersebut untuk memberikan motivasi kepada mereka diluar sana untuk tidak putus asa dengan cabaran serta dugaan yang dihadapi dan bangkit untuk mengubah hidup mereka.

Memetik artikel pada 2016, Rosyam Nor ketika itu menjelaskan beliau berniat untuk menulis buku sejak beberapa tahun sebelumnya.

” Kalau diikutkan, dari 10 tahun lepas lagi saya sudah berniat mahu menulis (buku) tetapi tiada kepakaran.

” Sehingga diberi peluang untuk mencoret di sebuah ruang khas di dalam sebuah akhbar, saya mula belajar menulis sehingga lahirnya karya ini.

Gambar: Rosyam Nor berlakon filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 pada usia 17 tahun.

” Saya pasti tidak ramai yang tahu di sebalik kejayaan dan populariti insan bernama Rosyam Nor hari ini, suatu ketika dia pernah bergelar anak setinggan yang sangat daif hidupnya.

” Jadi buku inilah yang akan menvisualkan perjalanan hidup saya. Bukan meraih simpati, tetapi sebagai perkongsian motivasi.

” Saya mahu berkongsi dengan masyarakat pengalaman saya yang lahir dari keluarga yang serba daif di kawasan setinggan di Bangsar, Kuala Lumpur sehingga mampu mengubah kehidupan dengan Izin Allah SWT serta bantuan kenalan rapat.

” Bagaimana saya melihat ibu saya pernah lihat mak saya ambil upah cuci baju dengan hanya dibayar RM15 untuk membesarkan anak-anak.

” Juga bagamana saya dan isteri saya sama-sama menjalani kehidupan susah sehingga ada suatu ketika kami tidak mampu beli susu anak,” katanya.

ARTIKEL MENARIK Pendedahan Wajah Terakhir Sifu Lentik Sebelum Dijemput Ilahi Raih 2 juta Tontonan

ARTIKEL MENARIK Pernah di Puncak Kegemilangan, Kenali Siapa Hamdan Senario, Kisah Yang Tak Ramai Tahu

ARTIKEL MENARIK Pencipta Lagu TokTi Dan Fauziah Latiff Dah 3 Tahun Jadi Gelandangan, Ini Keadaan Terkini Ross Ariffin

Tambahnya Rosyam lagi, buku ‘Kisah Impian Jutawan Budak Setinggan’ turut menceritakan individu seperti penerbit Filem, Encik Pansha dan Datuk Yusof Haslam antara orang penting yang banyak melonjakkan namanya dalam industri seni tanah air.

Gambar: Rosyam Nor bersama Amy Search ketika terbabit dalam filem Sayang pada tahun 1987.

Dalam pada itu, Rosyam Nor mengakui dia hanya berkongsi 40 peratus rahsia kehidupan peribadinya dalam biografinya.

” Ada banyak juga yang saya tidak ceritakan dalam buku ini tetapi rasanya cukup sebagai panduan kepada pembaca bahawa kehidupan sebenarnya boleh diubah walaupun kita datang dari keluarga miskin dan tidak mempunyai akademik yang tinggi,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber:gempak

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments