HomeSemasa'Laju Btul Declare Sakit Mental' - Ntizen Tanya Wanita Halang Ambulans Dh...

‘Laju Btul Declare Sakit Mental’ – Ntizen Tanya Wanita Halang Ambulans Dh Dihantar ke Hspital Sakit Jiwa Ke Belum?

Halang Ambulans, Wanita Perlu Dihantar ke Hospital Sakit Jiwa

Beberapa hari lalu tular satu video memaparkan tindakan seorang pemandu wanita menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2).

Namun apa yang paling mencuit hati masyarakat di seluruh dunia adalah apabila pemandu wanita tersebut dikatakan sebenarnya ada masalah sakit mental.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh setelah suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan.

” Pemandu kereta jenis Toyota Camry itu dibawa ke Balai Polis Trafik bagi tujuan siasatan.

” Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan didapati menghadapi masalah psikiatri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, terdahulu pihaknya mengesan video tular di tiktok memaparkan ambulans berkenaan dihalang laluannya oleh kereta berkenaN di Jalan Lingkaran Tengah II ( MRR2 ) dari arah Lotus Ampang menghala ke Hotel Flamingo.

ARTIKEL MENARIK ‘Kenapa Masa Reman Tak Tekan Dia Habis2!’ – Kakak Bella Persoal Polis Bebaskan Dan Beri Peluang Suspek Pergi Umrah

ARTIKEL MENARIK Anak Bella Dedah Hal Mengejutkan Dilakukan Suspek, ‘Uncle Selalu Pukul Mummy, Marah Mummy’

ARTIKEL MENARIK Akhirnya Terbongkar Motif Sebenar Kenapa Bella Dibunvh, ‘Ibu Bella Mengurut Dada Sambil Istigfar’

” Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semalam pada jam 5.35 petang, dimana ambulan dari arah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghala ke Ulu Kelang.

” Ambulans berkenaan memasang siren untuk penugasan kecemasan membawa pesakit dalam perjalanan dari HUKM menghala ke kediaman pesakit di Ulu Kelang,”katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) APJ 1987.

Netizen tetap tak puas hati, mahu pesalah dimasukkan ke Tanjung Rambutan

Bagaimanapun, perkara itu nampaknya tidak dapat diterima ramai kerana menganggap bahawa tindakan pemandu tersebut tetap membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berpendapat bahawa polis perlu bertindak lebih tegas dengan menarik kembali lesen memandu wanita berkenaan.

Mengulas lanjut, rata-ratanya tidak menafikan tentang kesahihan penyakit mental yang dihidapi oleh suspek.

Tetapi, pihak berkuasa juga dikatakan perlu mengambil tindakan seperti yang dicadangkan untuk memastikan kejadian sama tidak berulang kembali.

ARTIKEL MENARIK Rating Dikatakan Menurun, Sekali Tyzo Tunjuk Data Sebenar. Mungkin Bakal Buat Bos Suria FM Terdiam Terus

ARTIKEL MENARIK Tiada Harapan Untuk Hidup, Takdir Allah, Saari Amri Mendapat Darah Yg Didermakan Sekumpulan Tentera

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Anak Yang Tak Diinginkan’ – Kisah Tragis Datuk Zainalabidin, Dipukul Dan Didera Waktu Kecil

” Laju betul declare sakit mental, so sekarang ni dah hantar ke Tanjung Rambutan ke belum” tulis Sam.

” Okay, dia ada masalah mental. Tarik lesen dia,” tulis Saiful Awie.

” Ada masalah mental tapi ada lesen memandu. Sebelum ada yang jadi mangsa lebih baik tarik lesen dia balik,” komen Roslan Rashid.

” Batalkan lesennya. Bahaya kepada pemandu lain,” luah Abu Hamid.

” Skrip sama, episod berbeza..penamat cerita dh boleh agak, kliche sungguh haha” tulis Ekuds.

Dah sah sakit jiwa, hantar saja ke hospital sakit jiwa, tak perlu tunggu-tunggu lagi

Berdasarkan reaksi netizen, rata-rata sepakat mahukan pemandu wanita terbabit ditempatkan di hospital sakit jiwa, bukannya di jalan raya.

Ini kerana sekiranya dibiarkan pastinya kejadian sama akan berulang. Lagipun polis dah sahkan pesalah memang sakit mental, jadi tiada alasan lagi.

Takkan kita nak biarkan kejadian seperti yang berlaku di Sarawak sebelum ini di mana seorang pemandu menghalang ambulans sehingga menyebabkan pesakit dalam ambulans meninggal dunia akibat lambat dibawa ke hospital.

Justeru, masyarakat akan menunggu perkembangan kes ini dan mahukan pemandu yang dikatakan SAH sakit mental dihantar ke hospital sakit jiwa.

Terdahulu, kejadian dilaporkan berlaku ketika ambulans berkenaan sedang dalam perjalanan membawa pesakit dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ke Ulu Kelang.

Kejadian itu juga sempat dirakam dan tular di media sosial sebelum suspek berjaya ditahan polis sebelum disahkan mempunyai masalah mental.

Sumber: hmetro

ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments