Tonggak utama Johor Darul Takzim Leandro Velazquez disahkan akan berehat selepas mengalami kecederaan yang agak serius ketika aksi Johor DT bertemu pasukan Negeri Sembilan pada Isnin.
Pemain yang beraksi dibahagian tengah itu antara tonggok penting JDT dalam merancang dan menjadi arkitek di bahagian tengah bersama-sama pemain ENdrick dan Hong Wan.
Menurut ketua jurulatih Johor DT, Tano Solari menjelaskan bahawa Leandro mengalami kecederaan koyak di bahagian bawah lutut. Jadi buat ini beliau dengan ringkas menyatakan bahawa pemain itu kemungkinan tidak dapat diturunkan dalam aksi berikutnya.
Musim ini agak mencabar buat pasukan Johor Darul Takzim apabila beberapa pemain utama mereka mengalami kecederaan. Hal ini bermula apabila pemain Bergson Da Silva mengalami kecederaan ketika bertemu KL City.
Johor Darul Takzim selepas ini akan melayan kunjungan pasukan Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim pada hari sabtu nanti. Johor DT kini berjaya menduduki tahta Liga SUper selepas menang besar dengan Negeri Sembilan dengan jaringan 7-0.
Ini menjadikan Johor DT mendapat 9 mata dengan 12 jaringan gol tanpa bolos selepas 3 perlawanan. Sementara itu Sabah terus memberi cabaran dengan menduduki tempat kedua Liga SUper dengan 9 mata 9 jaringan dengan 2 jaringan bolos.
Johor DT komited untuk menjadi kelompok 3 terbaik Liga SUper dengan impian memperbaiki rekod mereka di peringkat Asia pada kejohanan akan datang.