Din Search
” Tiada masalah jumpa tapi ada syaratnya..”
Itu respon anggota kumpulan Search yang ditunjangi pemain gitar adik-beradik iaitu Noordin dan Kid sedia bersemuka dengan Datuk Amy Search.
Ia bagi berbincang isu royalti membabitkan album Rockology Search: Kid’Din Collection yang dipertikaikan vokalis utama Search itu.
Menerusi temubual bersama satu podcast, Noordin atau Din berkata, pihaknya bersedia untuk berbincang dengan Amy, tetapi ada syarat-syaratnya yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Curang, Ia Hanya Khabar Angin!’ – Isteri Bawa Diri ke Sekolah Pondok, Yusof Haslam Buka Cerita
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search
Orang yang bersalah, selalunya yang banyak cakap
” Bersemuka (dengan Amy) tiada masalah, tapi ada syarat-syaratnya.
” Saya juga pernah jawab isu royalti ini dulu dan benda ni dah lapuk kerana cakap benda yang sama juga. Saya pun dah malas nak ulas benda ini.
” Orang yang bersalah, selalunya yang banyak cakap.
” Peminat pun tahu tiada apa yang nak disorokkan pun dan mereka (peminat) pun boleh menilai benda tu,” katanya.
Gambar- anggota Search, line up Kiddin. Amir Masdi manjadi penyanyi jemputan.
Mengenai isu royalti lagi, kata Din, ia cerita selepas 40 tahun yang diungkitkan semula pihak terbabit (Amy).
” Itu belum masuk cerita 30 tahun dan 40 tahun ke belakang kerana ada banyak lagi cerita.
” Kalau banyak cakap nanti, cerita jadi berlainan.
” Saya pernah buat sesi ‘live’ (siaran langsung) di Facebook mengenai isu royalti album Rockology pada 2002 lalu, tetapi pihak sebelah sana (Amy) tidak balas balik ,” katanya.
Ditanya sama ada mereka mahu mengambil tindakan undang-undang (saman) dari segi tohmahan dilemparkan mengenai isu royalti pula, Din berkata, perkara itu sangat sensitif.
” Saman? Nak cakap benda itu sensitif, kalau yang faham, fahamlah,” katanya.
Pada masa sama, Kid pula berkata, pihaknya juga bersedia untuk menyelesaikan isu royalti yang dibangkitkan Amy itu mengikut saluran undang-undang.
” Negara kita ada mahkamah dan undang-undang.
” Jika tidak puas hati, ikutlah saluran undang-undang yang betul. Itu adalah jalan yang terbaik,” katanya.
ARTIKEL MENARIK ‘Dia Bkn Orang Senang, Susah Payah Dia Bina Karier’. Profil & Biodata Faisal Halim, Permata Bola Sepak Tanahair
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ainina Ahmad B? Patut Lama Tak Nampak, Lihat Keadaannya Sekarang
Apapun, menurut Kid, sokongan peminat sangat penting buat kumpulan rock legenda Search itu untuk terus berjuang dalam bidang muzik tanah air.
” Biarlah kami (anggota Search) saja yang bergaduh kerana yang penting peminat bahagia. Tanpa peminat siapalah kami?,” katanya.
Bakal perjelas selepas konsert
” Saya akan jelaskan segala-galanya selepas Konsert Search Gemuruh di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun depan.”
Itu janji anggota kumpulan Search, Din berhubung isu membabitkan pembayaran royalti penjualan album Rockology Search: Kid’ Din Collection seperti yang dibangkitkan vokalis kumpulan rock legenda itu, Datuk Amy Search, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Din atau nama sebenarnya, Nordin Mohd Taib, 61, menyifatkan perbuatan Amy sebagai keterlaluan.
” Itu semua tidak betul. Mereka sudah lebih dan melampau. Jadi, atas nasihat peguam, kami akan buat sidang media.
” Saya akan jelaskan segala perkara yang mereka ungkit. Saya juga akan tunjukkan bukti perkara yang ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan,” katanya.
Terdahulu, Amy mempertikaian tindakan Din dan Kid yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid’Din Collection tanpa sebarang persetujuan mahupun perjanjian hitam putih.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, perbuatan itu bukan sahaja menunjukkan mereka tidak menghormati Search, namun termasuk bekas pemain dram, Allahyarham Yazit, selain didakwa melanggar undang-undang.
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
” Itu (royalti) hak kami (anggota Search), hak anak isteri arwah Yazit, hak Nasir dan saya. Ketika mereka putuskan jual album Rockology Search, sekeping dokumen pun tidak ada.
” Sedangkan lagu yang diterbitkan dalam album itu, kami mainkan bersama.
” Banyak benda yang dilanggar dan mereka tidak menghormati kami walaupun mereka tahu apa yang mereka buat itu salah,” katanya.
Sumber: hmetro