Arshad Nadeem
” Penduduk kampung dan saudara-maranya menderma wang supaya dia boleh pergi ke bandar untuk berlatih dan menyertai pertandingan pada awal pembabitannya,”
Itu kata-kata Muhammad Ashraf, bapa kepada pemenang pingat emas pertama dalam acara olahraga Sukan Olimpik Pakistan, Arshad Nadeem.
Gambar: bapa Arshad Nadeem ketika ditemubual wartawan.
Kisah laluan berliku Arshad Nadeem yang menghadiahkan pingat Olimpik pertama Pakistan selepas 32 tahun sangat menakjubkan sama seperti catatan 92.97 meter (m) dilakukannya dalam acara final rejam lembing di Paris 2024.
Perjalanan Nadeem diraikan bukan kerana sokongan institusi tetapi disebabkan kekurangan bantuan diterimanya.
Ketika menyertai perlawanan di Paris, Nadeem dilaporkan tidak mempunyai kewangan yang banyak dengan bapanya, Muhammad Ashraf mengakui orang ramai mengumpulkan dana untuk membolehkannya menjalani latihan.
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Kini Tiada Kerja’ – Dharma Harun Diberi Tempoh Hingga Hujung Bulan Ini, Tunggakan Sewa Cecah RM7500
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search
Sementara itu Shahid Nadeem, abang kepada Arshad mendedahkan, mereka membesar dalam keluarga miskin di mana bapa mereka bekerja sebagai buruh binaan.
” Dia dulu bermain di padang kampung. Tuhan membawanya ke Sukan Olimpik,” kata Shahid Nadeem.
Shahid berkata demikian selepas memberikan temu bual yang tidak putus-putus kepada media sejak kemenangan bersejarah abangnya di Paris.
” Jangan tanya tentang kesukaran,” kata abang atlet bintang itu kepada VOA dari rumah mereka di sebuah kampung di wilayah Punjab.
” Tiada hospital berhampiran, tiada fasiliti sukan atau gim.
” Tapi Arshad berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan membawa pulang pingat itu.” kata Shahid Nadeem.
Gambar: Arshad Nadeem di padang latihan yang serba kekurangan
” Dengan sumber yang terhad, keluarga Arshad membina kawasan simen untuk dia bersenam di rumah mereka.
” Untuk melontar lembing, kata abangnya, Nadeem akan pergi ke kawasan padang terbuka.
” Tuhan telah beri dia kekuatan fizikal. Sebab itu dia terus maju. Dia sangat kuat.” kata Shahid Nadeem.
ARTIKEL MENARIK ‘Dia Bkn Orang Senang, Susah Payah Dia Bina Karier’. Profil & Biodata Faisal Halim, Permata Bola Sepak Tanahair
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ainina Ahmad B? Patut Lama Tak Nampak, Lihat Keadaannya Sekarang
Semalam, Nadeem, 27, menjamin emas pertama Pakistan selepas negara berkenaan turut meraih pingat dalam acara gusti di Rom 1960 dan tinju di Seoul 1988.
Gambar: Neeraj Chopra kiri menang pingat perak
Awal tahun ini – ketika Nadeem merayu untuk mendapatkan lembing baharu untuk latihan – dengan seteru dari India, Neeraj Chopra menyokong perjuangannya di media sosial, sekali gus menonjolkan semangat kesukanan antara kedua-dua atlet berkenaan.
Karier Nadeem semakin menunjukkan peningkatan sejak detik itu, meskipun terpaksa mengharungi laluan penuh liku termasuk kecederaan siku, dan belakang selain menjalani pembedahan lutut pada tahun lalu.
Walaupun kekurangan kemudahan dan peralatan terbaik yang tersedia untuk atlet di negara lain, Nadeem begitupun berjaya mengalihkan tumpuan daripada sukan nombor satu negara berkenaan kriket kepada olahraga di Pakistan.
Puluhan penduduk berkumpul di luar rumah Nadeem untuk melihat aksinya di acara final dengan menggunakan projektor digital yang dipancarkan di skrin dipasang di belakang sebuah trak di kampung pertaniannya berhampiran Mian Channu di wilayah Punjab.
Gambar: penduduk kampung meraikan kemenangan Arshad Nadeem
Nadeem, anak kepada pesara buruh pembinaan dan ketiga daripada lapan adik beradik, pada Mac turut mendedahkan yang dirinya menggunakan lembing yang rosak sejak tujuh tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
Sumber: bharian, financialexpress