Tawaran Tunku Ismail Idris buat pasukan negara beraksi di Stadium Sultan Ibrahim diterima dengan baik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ini selepas Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Encik Firdaus Mohamed mengesahkan bahawa pasukan Harimau Malaya akan bermain dalam dua perlawanan persahabatan pada bulan 3 ini di stadium berkenaan.
Perlawanan yang dijadualkan di SSI ini berlangsung selepas Stadium Nasional Bukit Jalil dijadualkan ditutup bermula awal bulan Mac ini bagi memberi ruang penukaran rumput baru.
Dimaklumkan bahawa Stadium Bukit jalil akan menukar rumput sedia ada kepada rumput jenis Zeon Zoysia, iaitu rumput yang sama digunakan di Stadium Sultan Ibrahim.
Dalam ‘Friendly Match’ yang telah dijadualkan, pasukan Harimau Malaya akan bertemu dengan pasukan Turkmenistan dan satu lagi pasukan yang berada di ranking yang lebih baik, namun pasukan mana belum lagi disahkan sehingga ke hari ini.
Bukan itu sahaja, pihak FAM turut berhajat untuk membawa pasukan kebangsaan India dan Palestin bagi mengambil tempat dalam pertandingan Piala Merdeka 2023 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Oktober ini.
Sebagai informasi tambahan buat anda semua, pasukan Turkmenistan berjaya mengalahkan pasukan Malaysia di Stadium Bukit Jalil pada tahun lalu dengan keputusan 3-1 pada aksi Kelayakkan Piala Asia 2023.
Turkmenistan juga berada di ranking ke-135 Fifa dan ini sudah pasti memberikan saingan yang baik buat pasukan negara dalam persediaan menghadapi Piala Asia nanti.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada TMJ kerana sudi memberi pinjam Stadium Sultan Ibrahim sebagai tempat Harimau Malaya memanaskan badan untuk tahun ini.