” Kalau hari ini dapat RM10, setakat itu sahaja rezeki. Kalau esok dapat lebih pun, rezeki kita juga.”
Demikian luahan pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor, 44, yang mengakui masih meneruskan kerjaya sebagai pemandu e-hailing
Danny, 44, atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa yang mula menceburi profesion ini sejak 2017 berkata, selain mencari rezeki halal, dia juga mengamalkan sikap bersedekah terhadap golongan yang layak.
Menurut Danny, beliau turut mengambil pendekatan bersedekah kepada penumpang golongan pelajar sekolah atau golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
” Kadangkala ada golongan pelajar sekolah yang naik kereta saya mahu ke perpustakaan dan sebagai.
” Apabila nak bayar, saya suruh dia simpan wang dan beritahu saya niat sedekah dan minta mereka belajar rajin-rajin.
” Begitu juga kalau penumpang dari golongan OKU, saya takkan ambil wang kerana bersimpati dengan keadaan mereka.
” Yang penting ialah doakan saya murah rezeki. Itu pun sudah cukup,” katanya kepada Harian Metro.
ARTIKEL MENARIK ‘Dulu Gaji Saya Puluhan Ribu…’ – Sembilan Tahun Menyepi, Faizal Ismail Dedah Kisah Yg Ramai Tak Tahu
ARTIKEL MENARIK ‘Gaji Saya Tak Sampai RM10k’ – Dedah Kisah Lama, Tak Sangka Begini Keadaan Linda Onn Sekarang
ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio
Menurutnya, dia masih kekal bergelar pemandu e-hailing kerana rasa seronok dan kepalanya tidak berserabut dengan pelbagai masalah lain.
” Saya tak rasa ‘stress’ memandu. Ia ibarat terapi juga pada saya kerana saya boleh kenal lebih ramai orang.
” Tak dinafikan mulanya buat sekadar suka-suka, kemudian tengok rezeki pendapatan macam alhamdulillah.
” Ramai juga jumpa kawan-kawan artis yang tiada kerja dan saya cadangkan buatlah e-hailing.
” Mungkin ada yang malu dan ada sesetengah tiada kereta sendiri. Petuanya mudah sahaja. Kalau rajin semua benda boleh jadi.
” Sekarang, boleh katakan kalau ada tawaran berlakon pun, saya lebih pilih buat e-hailing. Pendapatan bergantung atas diri kita. Kena tahu masa yang sesuai,” katanya.
Pelakon filem Seri Dewi Malam ini berkata, bagaimanapun kadangkala pendapatan bergantung kepada rezeki juga.
” Bagi saya, apabila bawa kereta keluar, setiap minit adalah duit.
” Kalau hari ini dapat RM10, setakat itu sahaja rezeki. Kalau esok dapat lebih pun, rezeki kita juga.
” Yang penting saya gembira, ambil orang dan turunkan orang. Tak perlu jumpa kawan-kawan untuk dengar masalah. Yang penting penumpang selamat sampai ke destinasi.
” Apapun saya kena pastikan cukup rehat. Hari-hari duit dalam dompet tak kosong untuk berbelanja.
” Kadangkala ada sasaran untuk bayar contohnya pelbagai bil dalam bulan tertentu.
” Jadi saya tetapkan beberapa hari untuk bekerja bagi dapatkan jumlah yang dikehendaki,” katanya.
Apabila isterinya yang bekerja sebagai pramugari keluar bekerja, dia akan berehat dan mengambil alih tugas menjaga anak sulung mereka beberapa hari di rumah.
Selain memandu e-hailing, Danny turut bekerja sebagai penerbit penyelaras dan pengurus produksi di Double Channel Sdn Bhd milik pelakon Syed Aiman.
” Alhamdulillah… kami sudah berjaya menghasilkan filem pertama berjudul Janna Endoro lakonan Trisha Ooi dan Pekin. Ia filem aksi yang angkat wanita sebagai subjek utama.
” Filem yang mendapat Dana Kandungan Digital (DKD) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini akan ditayangkan pada Februari. Ceritanya berlatar kisah di Kelantan,” katanya.
ARTIKEL MENARIK Akhirnya Fathia Latiff Dedah Punca Sebenar Tak Puas Hati Sangat Dengan Aiman Sampai Dendam Hingga ke Hari Ini
ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta
ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang
Terdahulu, Danny memberitahu menjadi pemandu e-hailing menjadi penyelamatnya ketika pandemik Covid-19 lalu.
” Ada yang apabila masuk kereta bertanya, kau sudah tidak berlakon ke? Atau kau dah tiada tawaran dah ke?
” Itu adalah antara soalan yang membuatkan saya terasa. Apa salahnya kan? Janji dapat menyara keluarga saya pada ketika itu.
” Sebenarnya, saya bekerja pemandu e-hailing sejak 2017. Inilah juga kerja yang menyelamatkan saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
” Malah, isteri saya yang bekerja sebagai pramugari tidak ‘terbang’, jadi gaji pun tiada.” katanya.
Berlakon beberapa filem dan drama.
Untuk info, Danny pernah beberapa kali membintangi filem. Antaranya adalah Seri Dewi Malam (2001), Idola (2002), KL Menjerit 1 (2005), Budak Kelantan (2008), Maut (2009) dan Belukar (2010).
Selain itu Danny juga turut berlakon berpuluh drama antaranya Janji Diana (2006), Julia Juli (2009), Gerak Khas (2010-2011), Hotel Mania (2010), Maut (2009), Cinta Masam Manis (2016), Nasi Kerabu Untuk Che Abe (2020) dan Republik Gombak (2022).
Sumber: hmetro