Sebelum ini, pihak pengurusan stesen radio Suria FM tampil memberi penjelasan berhubung penamatan kontrak Tyzo selepas seminggu ia berkuat kuasa.
Pengerusi Kumpulan Star Media Radio, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse menjelaskan, keputusan tersebut dibuat selepas menilai dua aspek utama iaitu dari segi jumlah pendengar dan juga kewangan syarikat.
Menurut beliau, segmen kendalian Tyzo sebelum ini iaitu Suria Petang tidak mencatatkan jumlah pendengar tinggi dan menunjukkan penurunan.
Justeru penamatan kontrak Tyzo juga bersempena pembaharuan yang dibuat untuk memantapkan lagi Suria bagi tahun 2024 ini.
Selain itu, Tyzo juga menolak kontrak setahun yang ditawarkan kepadanya sebaliknya memilih untuk ia disambung selama enam bulan selepas dia memenangi anugerah Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK ‘Biarlah Orang Nak Kata Apa’ – Bekas Gitaris Olan Kini Kerja Kutip Sampah, Tak Kisah Diperlekeh
ARTIKEL MENARIK ‘Kenapa Perlu Nak Sekat Rezeki kami?’ – Respon Awie Susulan Mufti Penang Minta Siti Nurhaliza Tunda Konsert
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Jadi Hero, Setelah Lama Menyepi, Pelakon Ini Sekarang Jadi Pemandu Grab
” Selepas ambil kira semua aspek, saya buat kesimpulan Tyzo tidak lagi berminat untuk meneruskan perkhidmatan dengan Suria.
” Keputusan ini saya buat dan arah telah diberikan kepada pengurusan.
” Kemenangan Tyzo di Anugerah Bintang Popular pada Julai tahun lalu juga tidak membantu menaikkan jumlah pendengar.
” Malah segmen lain lain lagi tinggi jumlah pendengar.
” Keputusan ini bukan bukan atas dasar peribadi,” katanya.
Ini respon ‘PADU’ Tyzo
Terbaru, bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xender, 47, menepis dakwaan ‘rating’ segmen Suria Petang menunjukkan penurunan, sebaliknya Suria Cinta yang dikelola oleh DJ Lin pada waktu malam berada di kedudukan terbawah.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Tyzo atau nama sebenar,Tuah Zolqarnain berkongsi carta ‘rating survey’ pertama dan kedua bagi segmen pagi, siang, petang dan malam di stesen radio itu pada tahun lalu.
” Kecoh sangat pasal ‘rating’, biarlah gambar berbicara.
” Ini data ‘rating’ jumlah pendengar,” tulisnya yang menunjukkan segmen petang mencatat 1.73 juta pendengar pada ‘survey’ pertama dan 1.56 juta bagi tempoh kedua.
Gambar dibentang dan ditulis tangan sendiri di whiteboard oleh GM
Tyzo bagaimanapun bersyukur segmen Suria Petang kendaliannya bersama Sharifah Shahirah atau Kak Rara juga menunjukkan peningkatan bagi tahun 2022 dan 2023 lalu sepanjang empat kali ‘rating survey’.
” Alhamdulillah bagi tahun 2022 hingga 2023, Suria Petang berada di tangga teratas segmen, sepanjang 4 kali survey berturut-turut.
” Gambar tersebut dibentang dan ditulis tangan sendiri di Whiteboard oleh GM (Pengurus Besar). Sekian,” tulisnya lanjut.
Melihat pada carta dikongsikan itu, memang jelas ‘rating survey’ segmen Suria Cinta oleh DJ Lin menunjukkan penurunan iaitu 1.47 juta pendengar pada ‘survey’ pertama dan 1.11 juta bagi tempoh kedua, tahun lalu.
Segmen pagi mencatat ‘rating survey’ sebanyak 1.70 juta pendengar pada ‘survey’ pertama dan 1.53 juta bagi tempoh kedua. Manakala, segmen siang pula sebanyak 1.68 juta pada ‘survey’ pertama dan 1.42 juta bagi tempoh kedua.
ARTIKEL MENARIK ‘Dulu Gaji Saya Puluhan Ribu…’ – Sembilan Tahun Menyepi, Faizal Ismail Dedah Kisah Yg Ramai Tak Tahu
ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio
ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta
Meninjau ke ruangan komen pula, pendedahan dibuat Tyzo itu amat menarik perhatian netizen yang menyifatkan dia bertindak berani kerana benar.
” Bagus. Jangan biar diri dipijak dan dihina,” komen warganet.
” Saya lebih percaya orang yang bercakap menggunakan data,” tulis netizen.
” Segmen paling tinggi yang kena buang,” komen wargamaya.
Pada sidang media baru-baru ini, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata tiada sebab untuk DJ Lin dipecat kerana dia menunjukkan prestasi yang bagus dan berjaya kekalkan ‘rating’ tertinggi setiap minggu.
Dalam masa sama Aminuddin turut mengulas tentang isu penamatan kontark Tyzo yang menjadi bualan hangat sebelum ini sehingga ramai meletakkan kesalahan kepada pihak Suria FM.
” Video kononnya Tyzo kata dia dianiaya menjadi tular. Ramai yang simpati kepadanya kerana hanya mendengar sebelah pihak.
” Ramai yang kecam dan menuduh. Semua kecam DJ Lin kononnya dia bertanggungjawab. Sebenarnya DJ Lin adalah mangsa.
” Saya harap isu ini ditamatkan. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang terus memberi komen yang dianggap fitnah,” tegasnya.
ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang
Sumber: mstar, hmetro, IG Tyzo