HomeSemasa'Saya Anak Yang Tak Diinginkan' - Kisah Tragis Datuk Zainalabidin, Dipukul Dan...

‘Saya Anak Yang Tak Diinginkan’ – Kisah Tragis Datuk Zainalabidin, Dipukul Dan Didera Waktu Kecil

” Tiga hari selepas dilahirkan, saya diserahkan kepada datuk dan nenek. Saya anak yang tak diinginkan. Datuk dan nenek saya pemuzik,”.

Itu perkongsian penyanyi, Datuk Zainalabidin ketika tampil di pentas Konsert Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy of Sound (Sound Spirit), yang berlangsung malam di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Center (KLPAC), malam semalam.

Zainal, 65, mendedahkan perkongsian itu di hadapan 500 penonton termasuk lebih 250 pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT), bagi menyuntik semangat kepada mereka supaya tidak mengalah dalam menjalani kehidupan walau seberat apa pun.

Tambah penyanyi kelahiran Johor itu lagi, proses membesar adalah satu proses yang sukar, namun dia menimba pelbagai pengalaman sepanjang perjalanannya itu.

ARTIKEL MENARIK Rating Dikatakan Menurun, Sekali Tyzo Tunjuk Data Sebenar. Mungkin Bakal Buat Bos Suria FM Terdiam Terus

ARTIKEL MENARIK ‘Biarlah Orang Nak Kata Apa’ – Bekas Gitaris Olan Kini Kerja Kutip Sampah, Tak Kisah Diperlekeh

ARTIKEL MENARIK ‘Kenapa Perlu Nak Sekat Rezeki kami?’ – Respon Awie Susulan Mufti Penang Minta Siti Nurhaliza Tunda Konsert

” Pada usia lapan tahun, datuk dan nenek saya meninggal dunia.

” Jadi, saya berpindah dari satu ke satu keluarga dan saya jadi kanak-kanak yang terkesan dari segi mental dan fizikal.

” Kehidupan sangat sukar. Saya bekerja di jalanan menjual ais kacang dan ada kalanya, bermain muzik dengan menggunakan kotak dan bangku sebab tak ada duit.

” Saya menyeberang ke Singapura dengan berjalan kaki.

” Saya pernah bekerja sebagai buruh binaan dan menjadi tukang basuh pinggan. Akhirnya saya di sini.

” Anda semua bertuah dapat belajar di universiti, mendapat sokongan kerajaan dan paling utama, sokongan keluarga. Industri muzik ini sebenarnya boleh menjana pendapatan,” katanya.

Di Sound Spirit, Zainal mempersembahkan sembilan lagu termasuklah lagu popularnya, Hijau, Ikhlas Tapi Jauh dan Manis.

Mengetengahkan konsep berhibur sambil mendidik, Sound Spirit turut menampilkan tiga panelis lain yang berpengalaman dalam bidang muzik iaitu maestro muzik, Michael Veerapen, pemain perkusi, Steve Thorton dan jurutera bunyi, Sunil Kumar.

Pelajar-pelajar IPT yang hadir adalah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Universiti UCSI dan Universiti Lim Kok Wing.

ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Jadi Hero, Setelah Lama Menyepi, Pelakon Ini Sekarang Jadi Pemandu Grab

ARTIKEL MENARIK ‘Dulu Gaji Saya Puluhan Ribu…’ – Sembilan Tahun Menyepi, Faizal Ismail Dedah Kisah Yg Ramai Tak Tahu

ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio

Dalam pada itu, pihak Sinar2u telah membuat carian dari beberapa sumber lain dan menerusi artikel Maskulin pada 10 Oktober 2023, Zainalabidin pernah berkongsi kisah serupa.

Apa yang lebih tragis, Zainalabidin mendedahkan beliau pernah menjadi mangsa dera ketika zaman kecilnya.

” Biasalah datuk dengan nenek mesti sayang cucu, saya ni cucu. Jadi timbul lah perasaan cemburu oleh bapa dan ibu saudara saya kerana perhatian itu diberikan penuh kepada saya.

” Selepas datuk dan nenek meninggal dunia, di situ bermula lah penderaan secara fizikal dan juga mental, di mana saya didera, dipukul, dijadikan sebagai budak suruhan di rumah”.

Lebih menyedihkan, Dato’ Zainal terpaksa bekerja sendiri untuk meneruskan persekolahan disebabkan tiada siapa yang menanggungnya.

” Siang saya pergi sekolah, malam saya bekerja sebagai pembantu di kedai-kedai menjual ais kacang sebagai pencuci pinggan.

” Saya juga bekerja sebagai seorang kontraktor. Umur saya 10 ke 15 tahun saya dah angkat simen yang berat lebih kurang 30 kilogram,” tambahnya.

Bakat beliau dalam bidang muzik dikesan oleh pemuzik terkenal, En. Tom, yang telah membawa beliau menganggotai kumpulan rock yang terkenal pada masa itu, Headwind.

Maka bermulalah perjalanan seni Zainal Abidin apabila beliau berhijrah ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan kumpulan Headwind, dan mengadakan persembahan di Kuala Lumpur dan di seluruh Malaysia.

Pada mulanya, Zainal Abidin diberi kepercayaan untuk bermain perkusi dan trombon, di mana akhirnya beliau diberi pula kepercayaan untuk menyanyi.

Bergelar penyanyi terkenal

Bermula dengan itulah Zainal terus mengorak langkah dan tidak lagi menoleh ke belakang dalam mengembangkan kerjayanya sebagai seorang penyanyi yang juga berkebolehan bermain alat muzik.

Akhirnya beliau telah diberi kepercayaan sebagai penyanyi utama kumpulan Headwind dan telah merakamkan 5 buah album bersama kumpulan tersebut.

Headwind telah berjaya menjadi sebuah kumpulan yang sangat popular di Malaysia, dengan beberapa lagu hits seperti “Suraya”, “Hanya Di Radio”, “Cinta Si Camar Putih”, “Pelangi”, “Segalanya Mungkin”, “Kasihku abadi”, “Berakhir Satu Percintaan”, “Kita Serupa”, “Meditasi” dan “Memori Luka”.

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

Sumber:hmetro, maskulin

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments