HomeSemasa'Saya Sanggup Cuci Tandas Dan..'- Anak Dharma Dedah Sebenar Punca Umur Dh...

‘Saya Sanggup Cuci Tandas Dan..’- Anak Dharma Dedah Sebenar Punca Umur Dh 35 Baru Nak Sambung Belajar

Anak Dharma

” Siang pergi kelas, malam bekerja. Begitulah rutin setiap hari..”

Itu luahan anak bongsu kepada pelakon pelakon veteran, Dharma Harun Al-Rashid yang menjelaskan beliau tak pernah duduk goyang kaki dan hanya membiarkan bapanya yang ‘terkapai-kapai’ berdepan krisis kewangan dan masalah kesihatan.

Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, berkata, beliau melakukan pelbagai kerja dengan mengetepikan perasaan malu demi menyara bapa yang diserang angin ahmar, manakala kakaknya, Siti Qurratu Aini, 36, masih menyambung pengajian.

Hinaan dan celaan hanya mampu ditelan selepas kisah kediaman keluarganya perlu dikosongkan kerana gagal membayar sewa tertunggak mencecah RM7,500 menjadi tular.

Namun, nasibnya dan keluarga dapat perhatian masyarakat apabila ramai mengasihani dan membantu memudahkan urusannya sekeluarga.

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Kini Tiada Kerja’ – Dharma Harun Diberi Tempoh Hingga Hujung Bulan Ini, Tunggakan Sewa Cecah RM7500

ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search

” Jujurnya, sayalah orang paling malu sebab ramai bantu saya dan keluarga.

“Dekan tahu saya ada masalah kewangan dan banyak bantu hingga saya rasa segan. Ini termasuk mendapatkan bantuan daripada ASWARA.

” Saya juga ada dapat kerja sampingan seperti model peragaan, tetapi gaji tidak besar, hanya RM500 untuk satu job.

” Selain itu, saya juga ada kerja lain, tapi gajinya juga tak seberapa. Apa sahaja tawaran diberikan saya ‘sapu’ sahaja.

” Saya pernah bekerja sepenuh masa di gimnasium ketika fasa pandemik COVID-19 secara sepenuh masa selama setahun setengah.

” Saya bukan sahaja jaga gimnasium, tapi saya sanggup cuci tandas dan lakukan semua kerja demi sesuap rezeki,” katanya yang merupakan penuntut jurusan Asasi Seni Kreatif, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Al Syafiq berkata, dia tak berkecil hati berikutan pelbagai persepsi dilemparkan hingga ada mendakwanya tak membantu bapa menyelesaikan masalah kewangan memandangkan sepatutnya sudah mampu bekerja.

” Saya sedih membaca komen, tapi tak menyalahkan sesiapa. Saya tak pernah hidup untuk orang, hidup dan mati kerana Allah SWT.

” Tak dinafikan menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki tunggal juga membebankan, apatah lagi, sedang menghabiskan pengajian.

” Saya sukar melakukan pekerjaan tetap dan menampung perbelanjaan keluarga seorang diri, namun sedaya upaya mencari ruang menjana pendapatan terutama bagi membayar sewa rumah RM1,300 sebulan.

” Saya penat, tapi tidak kisah dipersalahkan.

” Masalahnya saya bekerja seorang diri untuk menampung perbelanjaan tiga beranak,” katanya yang kini bekerja sebagai barista kedai kopi tepi jalan di Setiawangsa, KL.

Menjelaskan mengapa pilih sambung pengajian pada usia 35 tahun, Al Syafiq berkata, dia pernah sibuk menguruskan syarikat produksi dibangunkan bapanya, WWS Studios Sdn Bhd sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK ‘Dia Bkn Orang Senang, Susah Payah Dia Bina Karier’. Profil & Biodata Faisal Halim, Permata Bola Sepak Tanahair

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ainina Ahmad B? Patut Lama Tak Nampak, Lihat Keadaannya Sekarang

” Baru tahun lalu saya memutuskan menyambung pengajian kerana bercita-cita mempunyai pekerjaan tetap.

” Saya mula sambung pengajian pada Ogos tahun lalu dan insya-Allah, peringkat Asasi akan habis pada Ogos depan.

” Sebelum ini. saya membantu ayah menguruskan WWS Studios Sdn Bhd sejak 2007,” katanya.

Terus meluahkan perasaan, Muhammad Al Syafiq berkata, dia perlu kuat demi keluarga.

” Kami pernah dapat terima dana dari Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) dan menghasilkan program Deko Ibadah sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

” Deko Ibadah siaran TV Alhijrah. Dari situ, saya banyak belajar bagaimana kerja pengarahan dan program ini dapat rating bagus iaitu 1.2 juta tontonan untuk 13 episod. Itu antara program rating tertinggi di TV Alhijrah.

” Selepas program Deko Ibadah habis tayang, saya katakan pada ayah, kita sudah ada satu yang sudah siap, jadi boleh jual dan saya pula mahu sambung pengajian.

” Ketika itu, kakak terlebih dahulu sambung pengajian di ASWARA.

” Saya merasakan boleh ‘skor’, jadi saya ambil foundation dan niat nak lompat terus ke peringkat sarjana.

” Saya nak mengikuti Program Akredirasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL),” katanya.

Apa yang menariknya, katanya, dekan menawarkannya bekerja sebagai pensyarah sekiranya saya dapat sarjana, bermakna ada gaji tetap.

” Jadi sekarang walau macam mana pun saya perlu menghabiskan pengajian.

” Keputusan dua semester lalu sangat cemerlang dan mudah untuk saya sambung peringkat sarjana,” katanya.

ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja

ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai

ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang

Tambah Al Syafiq, dia berusaha bersungguh-sungguh mendapat keputusan cemerlang meskipun bekerja separuh masa.

” Sebelum ini, siang dan malam saya bekerja, tapi disebabkan jadual pengajian padat, saya hanya boleh bekerja pada hujung minggu.

” Jika ada masa terluang, saya akan bekerja. Siang pergi kelas, malam bekerja. Begitulah rutin setiap hari,” katanya.

Terdahulu, Dharma yang popular dengan watak Cikgu Azmi dalam filem Adik Manja terpaksa akur dengan arahan mengosongkan kediaman yang disewanya di Wangsa Maju kerana gagal membayar sewa tertunggak.

Sumber: bharian

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments