HomeSemasa'Saya Tak Dapat Duit Satu Sen Pun!' - Aman Graseka Akhirnya Bersuara...

‘Saya Tak Dapat Duit Satu Sen Pun!’ – Aman Graseka Akhirnya Bersuara Isu Minta Bantuan Dari Rakan Artis

Aman Graseka

” Demi Allah saya tak pernah minta duit daripada sesiapa kecuali Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan rakan-rakan terdekat yang saya kenal rapat, tapi itupun menggunakan akaun bank lain.”

Itu kenyataan pelakon, Aman Graseka yang akhirnya tampil bersuara selepas didakwa sering meminta bantuan kewangan daripada rakan artis, baru-baru ini.

MenjeIaskan perkara sebenar, Aman atau nama lengkapnya, Aman Shah Baharom Shah berkata, dia bukanlah seperti individu yang didakwa ramai dan ia adalah satu fitnah besar buatnya dan isterinya, Reena Arina.

” Sebelum semua ini viral, ada pihak kata saya sudah dua tahun minta bantuan, tapi saya tak pernah hubungi Sharifah Shahirah (Shiera) dan tiada nombor telefonnya.

” Jadi macam mana boleh tuduh saya hubunginya, sedangkan saya tiada nombor dia?

Dihubungi Aedy Ashraf

” Mahu dijadikan cerita, pelakon Aedy Ashraf hubungi saya, bertanya sama ada saya memerlukan bantuan.

” Saya tolak sebab okay sahaja tinggal di Kedah ini.

” Dari situ, Aedy maklumkan ada orang gunakan nama, nombor telefon dan akaun bank saya.

” Mujurlah Aedy bijak terus hubungi saya dan tanya kenapa rakan lain tak hubungi saya sendiri,” katanya kepada BH Online.

ARTIKEL MENARIK Pernah Tersenarai 50 Wanita Tercantik di Dunia, Peminat Terkejut Lihat Wajah Terkini Penyanyi Camelia

ARTIKEL MENARIK ‘Hutang Keliling Pinggang, Aku Dh Tak Sanggup!’ – Pernah Putus Asa, Ini Profil Amir Jahari Yg Tak Ramai Tahu

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Penyanyi Shawn Baharin? Digelar Ricky Martin Malaysia, Begini Kehidupan Dia Sekarang

Bapa kepada dua cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Reena pada 2018 itu berkata, dia terus ke bank untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara yang terjadi.

” Saya cakap kepada Aedy semua ini tipu dan selepas isu tular saya terus ke bank. Bila pergi ke bank, pengeluaran duit ada, tapi duitnya tiada.

” Saya minta bank cetak senarai pemberi bantuan dan mereka maklumkan duit diterima ‘floating’.

” Saya pun tak faham salah siapa kerana akaun bank ini saya khaskan untuk bantuan seperti BRIM,” katanya.

Justeru, Aman berkata, ia kemungkinan kegiatan ‘scammer’, namun yang mendapat bahana adalah dirinya dan isteri.

Tak dapat duit satu sen pun

Katanya, sehingga kini, ramai memandang serong kepadanya dan isteri hanya kerana salah faham.

” Kami kena ‘scam’, tapi orang tak percaya, tak mengapalah. Saya juga buat laporan polis.

” Polis pun pelik ke mana duit ini pergi. Ada pihak mempersoalkan kenapa saya tak tampil buat penjelasan ketika itu.

” Kalau keluarkan cerita, ia akan berpanjangan dan bila begitu, mangsanya adalah kami.

” Tidakkah terfikir, kalau dalam masa dua tahun saya minta bantuan mungkin sudah dapat ratusan ribu, jadi buat apa saya minta lagi? Saya bukannya bodoh.

” Tapi masalahnya sekarang saya tidak dapat duit satu sen pun dan nama pula jadi buruk.

” Saya pergi mana-mana, orang pandang saya buruk.

” Tak mengapa, saya sudah tua, tapi adakah terfikir bila orang cakap kepada anak-anak saya.

” Saya bersumpah, tak terima duit yang disalurkan dalam akaun kecuali saya minta sendiri daripada rakan-rakan terdekat dan itu pun menerusi akaun lain,” katanya.

ARTIKEL MENARIK Biodata Dan 10 Profil Menarik Aina Abdul, Pemenang Anugerah Vokal Terbaik AJL 3 Tahun Berturut-Turut

ARTIKEL MENARIK Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Siapa Sangka Begini Keadaan Penyanyi Nadia Ali Sekarang

ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang

Dibuang keluarga

Aman berkata, dia berniaga, justeru mengapa perlu menagih duit daripada orang lain.

” Sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya berniaga dan kadang kala saya hantar sampai ke Kuala Lumpur, tapi selepas perkara ini terjadi, ramai pelanggan tak sokong lagi.

” Ada juga teman artis yang saya rapat, tetapi sekat nombor telefon selepas isu ini viral. Ada juga yang bercakap buruk soal kami.

” Saya kasihan pada Reena sebab kadang-kadang dimaki depan-depan.

” Kami bagaikan sudah tiada maruah kerana dicaci, tetapi mereka tak tahu keadaan sebenarnya. Lebih teruk keluarga juga buang kami.

” Kalau minta, saya tak malu nak cakap sebab hidup seperti roda, ada kala di atas, kadang-kadang di bawah,” katanya.

Terdahulu, Aman dan Reena tular berikutan dakwaan sering meminta bantuan kewangan kepada rakan-rakan artis.

Ia selepas penyampai radio Suria FM, Shiera pernah memuat naik dalam laman sosial Instagram berhubung Aman yang memerlukan bantuan kewangan.

Shiera sendiri menerima mesej Aman memohon bantuan kewangan daripadanya.

Justeru, Shiera minta bantuan rakyat Malaysia agar pelakon senior itu tidak perlu lagi meminta wang daripada rakan selebriti.

Bagaimanapun, ramai rakan artis dan pengikut menyuarakan kebimbangan atas kesahihan kesukaran hidup dihadapi Aman.

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai

ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja

ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun

Sumber: bharian

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments