HomeSemasaSebak! Ibu Bapa Zulfarhan Meraung di Luar Mahkahmah. 6 Bekas Penuntut UPNM...

Sebak! Ibu Bapa Zulfarhan Meraung di Luar Mahkahmah. 6 Bekas Penuntut UPNM Akhirnya Dihukum Gantung

Zulfarhan

Kema-tian terbela. Itu yang dapat diungkapkan selepas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dijatuhi hukuman gantung sampai ma-ti.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini selepas mendapati tertuduh membu-nuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya kini berusia 28 tahun.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bu-nuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Kini Tiada Kerja’ – Dharma Harun Diberi Tempoh Hingga Hujung Bulan Ini, Tunggakan Sewa Cecah RM7500

ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search

” Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.

” Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak,” kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Sebelum ini keenam-enam perayu yang juga responden dalam rayuan itu dihukum penjara 18 tahun kerana menyebabkan kema-tian tanpa niat terhadap arwah Zulfarhan Osman mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Ibu bapa Zulfarhan sujud syukur

Sementara itu, ibu bapa kepada Allayarham iaitu Zulkarnain Idrus dan Hawa Osman dilihat mengalirkan air mata serta melakukan sujud syukur di hadapan bilik perbicaraan sejurus mendengar keputusan.

Pada 15 Mei lalu, pihak pendakwaan berhujah, tindakan enam bekas penuntut universiti itu mendera dan menyebabkan 80 peratus badan rakan mereka Zulfarhan Osman melecur akibat tekapan seterika wap adalah perbuatan yang melampau.

Timbalan Pendakwa Raya K Mangai berhujah terdapat keterangan menunjukkan lima bekas penuntut itu atas arahan seorang lagi rakan mereka bergilir-gilir menekap seterika pada anggota badan si ma-ti (Zulfarhan) kecuali pada bahagian muka dan belakang tapak tangan mengakibatkan beliau mengalami 90 kesan lecur yang menyebabkan kema-tiannya.

Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut itu kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kema-tian tanpa niat Zulfarhan.

ARTIKEL MENARIK ‘Dia Bkn Orang Senang, Susah Payah Dia Bina Karier’. Profil & Biodata Faisal Halim, Permata Bola Sepak Tanahair

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ainina Ahmad B? Patut Lama Tak Nampak, Lihat Keadaannya Sekarang

Hukuman penjara 18 tahun mengikut Seksyen 304(a) diberi oleh Hakim Datuk Azman Abdullah selepas melihat kepada pertimbangan pelbagai aspek termasuk semua pihak terjejas terutama kesan dialami keluarga mangsa.

Selain hukuman penjara 18 tahun, lima penuntut itu kecuali Mohamad Shobirin turut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun mengikut Seksyen 330 kerana mencederakan Zulfarhan yang mana hukuman berkuatkuasa serentak.

Sebelum ini keenam-enamnya menghadapi pertuduhan membu-nuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman ma-ti mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang ketika kejadian berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Zulfarhan kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja

ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai

ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang

Sumber: hmetro

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments