Pernah menjalani latihan di Sepanyol Sikh Izhan antara prospek besar untuk menjadi penjaga gol skuad kebangsaan pada suatu masa nanti.
Mempunyai reflek yang cukup pantas dengan ketinggal hampir 6 kaki (183cm) penjaga gol Negeri Sembilan ini boleh dikatakan antara penyelemat buat pasukan Negeri Sembilan ketika bertemu pasukan Johor Darul Takzim baru-baru ini.
Walaupun bolos dengan jaringan cukup besar iaitu 7-0. Tetap melihat kepada statistik lebih separuh percubaan tepat Johor DT berjaya ditepis oleh penjaga gol muda ini.
Izhan dipuji oleh peminat bolasepak tempatan kerana berjaya menyelamatkan pasukannya dibolosi lebih 10 gol. Selain itu beberapa aksi berani dan tindakan reflek yang pantas membuat peminat teruja dengan pemain ini.
Berdasarkan statistik 15 percubaan tepat berjaya dibuat oleh Johor Darul Takzim terhadap gawang Negeri Sembilan. Separuh berjaya diselamatkan penjaga gol tersebut.
Kami mengharapkan agar pemain ini mendapat perhatian pihak kejurulatihan Harimau Malaya.Izhan dikatakan jelmaan Syihan bagi menjaga orang yang paling penting di benteng akhir pertahanan pasukan Negeri Sembilan.
Syihan yang kini beraksi bersama Johor Darul Takzim masih lagi ampuh dibarisan akhir pasukan dengan tiada sebarang gol dilepaskan selepas 3 aksi perlawanan.
Johor Darul Takzim berjaya menduduki tahta Liga Super selepas 3 perlawanan dengan 9 mata. Manakala pasukan Negeri Sembilan teraksi akur berada dikedudukan 12 dengan 2 kekalahan. Mereka masih lagi bergelut untuk mendapatkan mata pertama.