HomeSukanTahniah 3 Pemain Malaysia layak ke Separuh Akhir Thai League Cup 2022

Tahniah 3 Pemain Malaysia layak ke Separuh Akhir Thai League Cup 2022

Perpindahan pemain negara ke Thailand memberikan satu kebaikkan untuk pasukan Harimau Malaya pada masa akan datang. Kehadiran pemain kita ke Thailand kini bukan lagi untuk mengisi slot dan bangku simpanan.

Pemain negara di Thailand diberikan tanggungjawab untuk membawa pasukan masing-masing menuju kejayaan dalam mana-mana saingan yang mereka hadapi. Pemain negara Malaysia kini menjadi tonggak utama dan watak penting buat kelab di Thailand.

Apa yang lebih membanggakan adalah apabila terdapat 3 pemain sensasi negara berjaya menempatkan diri di saingan peringkat separuh akhir Piala Thailand.

Ini sudah pasti memberikan impak yang positif untuk melihat lebih ramai pemain negara berkelana ke Thailand pada musim akan datang. Jadi berikut kami kongsikan kepada anda 3 pemain yang berjaya ke peringkat separuh akhir Thailand League Cup.

Pertama adalah kapten pasukan Negara, Safawi Rashid beliau terus menjadi pemain penting buat pasukan Ratchaburi selepas berhijrah dari Johor Darul Takzim secara pinjaman. Kehadirannya di Thailand banyak membantu pasukan Ratchaburi. Terbaru Safawi berjaya membantu pasukannya dengan menyumbang satu bantuan gol dalam menewaskan pasukan Samut Songkram dengan keputusan penuh dua satu.

Pemain berdarah kacukan Malaysia, Dion Coon pula terus kebal di benteng pertahanan pasukan Buriram United. Perpindahannya dari Eropah ke Asia mendapat kritikan sedikit dari peminat tanah air namun beliau berjaya mendapatkan lebih banyak minit permainan dengan pasukan Buriram United selepas berhijrah dari Club Brugge.

Dions berjaya mendapatkan beberapa perlawanan tanpa bolos. Kehadiran beliau ke dalam pasukan Buriram berjaya menjadikan pasukan itu terus kebal dari segi pertahanan.

Terakhir pemain negara yang berjaya menempatkan diri ke perlawanan separuh akhir Thai League Cup adalah bekas pertahanan Johor Darul Takzim, Junior Eldstal.

Pemain ini masih lagi bergelut dengan kecederaan namun ramai yang mengatakan sekiranya pemain ini pulih, tempat untuk menjadi pilihan utama jurulatih adalah tinggi.

Sama-sama kita mendoakan kesihatan Junior dan semoga beliau kembali ke padang dalam membantu pasukan PT Prachuap dan skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments