HomeLigaTahniah Safawi dipilih sebagai pemain Terbaik Liga Thailand

Tahniah Safawi dipilih sebagai pemain Terbaik Liga Thailand

Tahniah diucapkan kepada pemain sayap kelab Ratchaburi Fc yang dinobatkan sebagai antara pemain terbaik Liga Thailand pada minggu ke dua puluh empat. Safawi dipilih selepas menampilkan aksi yang cukup memukau pada perlawanan semalam.

Selepas tiba sebagai pemain pinjaman Johor Darul Takzim, Safawi banyak mendapat tempat dalam membantu pasukannya dalam saingan Liga Thailand. Safawi juga diberi peluang untuk menjadi kesebelasan utama pasukan Ratchaburi.

Ini secara tidak langsung menjadikan pemain ini merupakan antara pemain yang memberi impak besar kepada pasukan The Dragons itu. Dalam aksi semalam Safawi berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol.

Safawi berjaya membantu pasukkannya menundukkan Chonburi dengan kemenangan 2-1. Kemenangan ini berjaya membawa pasukannya berada dalam kelompok 5 terbaik Liga Thailand.

Gol tanduk Safawi itu sudah pasti menjadi momen indah buat anak kelahiran Terengganu itu selepas ketandusan gol sejak tiba di Thailand.

Semoga Safawi terus sukses di liga 1 Thailand. Minit permainan Safawi terus meningkat selepas meninggalkan pasukan Johor Darul Takzim.

Safawi kini sedang mencari rentak pemainannya semula untuk terus membantu pasukan Harimau Malaya dalam masa akan datang. Nama Safawi antara yang digugurkan dalam senarai 27 pemain utama yang telah dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia sebelum ini.

27 pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat di Johor Bharu bermula sabtu. Safawi Rashid antara pemain yang tidak berada dalam kem tersebut dengan dua orang pemain natrulisasi baru negara turut hadir dalam kem pertama skuad Harimau Malaya.

Untuk makluman semua, Safawi merupakan kapten Harimau Negara dalam saingan kempen Piala AFF 2022 dan kini namanya hanya berada dalam senarai menunggu bagi peralwanan antarabangsa kali ini bersama 12 pemain yang lain.

Ketua jurulatih dikatakan mengekalkan seramai 9 pemain daripada 23 pemain yang membawa pasukan Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala AFF 2022 yang lalu.

Ramai muka baru diberikan peluang untuk bersama pasukan Harimau Malaya. Namun untuk makluman semua juga, pemain natrulisasi Lee Tuck dan Segio Aguero antara pemain yang berada di senarai menunggu pada kali ini.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments