HomeSemasa'Tak Mengapa Dia Sudah Dilepaskan Kerana Dia Lepas di Dunia, Esok di...

‘Tak Mengapa Dia Sudah Dilepaskan Kerana Dia Lepas di Dunia, Esok di Akhirat Menjawablah’ – Bapa Along Spoon

Along Spoon

” Saya sudah maafkan dia dari dulu lagi. Apa yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT,”

Itu kata-kata bapa kepada penyanyi, Allahyarham Along Spoon iaitu Shafiee Mohd Yusof, 75, ketika ditanya mengenai pembunuh anaknya itu.

Shafiee atau lebih mesra disapa Pak Engku berkata, pada mulanya, dia tidak boleh menerima hakikat berita mengenai kematian anaknya itu.

” Pada awalnya, saya sukar untuk menerima kenyataan dengan cara pemergian anak saya itu dan itu adalah kesilapan saya.

” Selepas sekian lama, saya cakap ‘Ya Allah, Kaulah berkuasa dan aku terima segalanya,” katanya.

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Kini Tiada Kerja’ – Dharma Harun Diberi Tempoh Hingga Hujung Bulan Ini, Tunggakan Sewa Cecah RM7500

ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search

Along Spoon

Shafiee meluahkan perkara itu ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan jalinan kasih prihatin, KPJ Healthcare & mStar Baek di sini, hari ini.

Ditanya sama ada dia mahu berjumpa dengan individu itu, Pak Engku tidak mahu berbuat demikian.

” Saya tiada keinginan untuk berjumpa dengannya. Hati ini sudah terluka, itu dia punya hal.

” Tetapi kalau dia datang nak minta maaf, saya terima. Tiada masalah pada saya.

” Kalau saya sendiri nak jumpa dia, mungkin tidak payahlah,” katanya.

ARTIKEL MENARIK ‘Dia Bkn Orang Senang, Susah Payah Dia Bina Karier’. Profil & Biodata Faisal Halim, Permata Bola Sepak Tanahair

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ainina Ahmad B? Patut Lama Tak Nampak, Lihat Keadaannya Sekarang

Pak Engku berkata, setakat ini individu terbabit yang dibebaskan dari penjara tahun lalu tidak pernah datang untuk memohon maaf kepadanya dan keluarga.

” Saya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah.

” Bagi saya, apabila pesalah sudah dilepaskan tidak mengapa kerana dia lepas di dunia tetapi esok di akhirat menjawablah.

” Lagipun, ajal maut ketentuan Allah. Kalau saya sihat dan gagah perkasa, saya tunggu dia depan penjara,” katanya.

Terdahulu, bekas anggota polis, Mohd Ya’cob Demyati yang menjalani hukuman penjara 33 tahun dibebaskan pada 16 November tahun lalu.

Dia didakwa membunuh Along Spoon atau nama sebenarnya, Sabi’ul Malik di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi, 26 Disember 1999.

Along Spoon

ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja

ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai

ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang

Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya sebelum itu dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.

Bagaimanapun, polis menemui rangka manusia yang dipercayai milik arwah yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Sumber: hmetro

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments