HomeSukanTiada guna ada pemain Natrulisasi seperti ini - Safawi Rashid

Tiada guna ada pemain Natrulisasi seperti ini – Safawi Rashid

Kehadiran pemain natrulisasi buat Harimau Malaya sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak membantu pasukan negara ke arah yang lebih positif. Gandingan pemain tempatan dan natrulisasi berjaya membawa pasukan negara layak ke Piala Asia 2023 selepas lebih 40 tahun tidak berjaya.

Pelbagai reaksi telah diberikan oleh peminat bolasepak tempatan terhadap pemain natrulisasi. Tidak kurang juga pemain dan bekas pemain mempunyai pandangan yang berbeza terhadap kehadiran pemain natrulisasi ke dalam pasukan negara.

Terbaru pemain Johor Darul Takzim, Safawi Rashid berkongsikan pandangan beliau terhadap kehadiran pemain natrulisasi. Menurut Safawi beliau berasa gembira dengan kehadiran pemain natrulisasi dalam membantu skuad Harimau Malaya selama ini.

Kegembiraan ini diberikan terhadap pemain yang bermain dengan sepenuh hati dan mendengar setiap arahan yang diberikan oleh jurulatih pasukan negara. Menurutnya juga pemain natrulisasi yang bagus apabila mereka mendengar arahan jurulatih dan mampu mengikuti budaya tempatan.

Perkara tersebut membawa terhadap satu perkembangan positif dalam memperkuatkan pasukan negara untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Namun sekiranya pemain natrulisasi itu tidak mempunyai semangat, tidak mendengar arahan dan tidak mempunyai disiplin sudah pasti tidak ada gunanya untuk pemain tersebut dinatrulisasikan.

Kehadiran pemain natrulisasi juga sedikit sebanyak membantu menaikkan lagi kualiti pemain tempatan. Mereka harus menunjukkan semangat dan mutu permainan yang lebih baik agar mendapat tempat mewakili negara tercinta.

Untuk makluman semua, pemain Johor DT ini sedang dipinjamkan ke pasukan Ratchaburi FC. Safawi Rashid antara tonggak utama kejayaan Harimau Malaya sejak kebelakangan ini. Namun pemain ini kurang mendapat tempat untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan Johor Darul Takzim sebelum dipinjamkan ke sebuah kelab di Thailand.

Jika dilihat pandangan peminat bolasepak tanah air ramai yang bersetuju untuk Malaysia mengambil pemain natrulisasi yang muda dan tidak membenarkan negara membazir kuata kerakyatan dengan memberikan kepada pemain yang sudah berusia 30 tahun ke atas.

Ada dikalangan netizen mengatakan bahawa kesilapan negara membawa pemain berusia 30 tahun keatas dan tidak mempunyai semangat untuk membantu negara.

Skuad Harimau Malaya kini sedang rancak membuat beberapa persediaan untuk menghadapi Piala Asia 2023. Malaysia juga dijadualkan akan bertemu beberapa negara yang mempunyai ranking FIFA yang lebih baik untuk mendapatkan perlawanan yang berkualiti.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments