Nampaknya Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berdiam dengan pendedahan harga pembinaan Stadium Shah Alam. Menurutnya kos pembinaan Stadium tersebut dengan nilai RM700 juta adalah tidak logik.
Harga yang tidak masuk akal ini dipertikai oleh baginda dengan membuat pembandingan dengan sebuah Pusat Sukan yang berpangkalan di Singapura.
Baginda mengatakan bahawa di SIngapore pusat sukan yang berkeluasan 35 hektar sahaja berjumlah RM7.4billion.Baginda meminta agar rakyat untuk berpandangan pula dengan projek 76 hektar yang akal dijalankan dengan kos 700juta.
Bukan itu sahaja, baginda turut mendedahkan bahawa Stadium Sultan Ibrahim 400 juta lebih sahaja, dan sepatutunya Stadium Shah alam sekurang-kurangnya membabitkan harga RM2 billion. Ini kerana stadium tersebut bakal mempunyai teknologi aras tinggi.
Jadi harga RM700 juta lebih itu tidak logik menurut baginda. Untuk pengetahuan semua, selepas ini Stadium Shah Alam bakal dijenamakan dengan Kompleks Sukan Shah Alam.
Stadium tersebut akan menjadi satu mercu tanda baharu buat pasukan Gergasi Merah yang akan menjadikan Kompleks tersebut sebagai venue tetap pasukan ‘The Red Giant’.
Menurut sumber, stadium tersebut dijangkakan akan siap pada 2026 dan pasukan Gergasi Merah boleh merasmikan perlawanan pertama mereka pada tahun 2027.
Menurut KEtua Pegawai Eksekutif SElangor FC, Kompleks Shah Alam ini mempunyai padang boleh ubah sebagai salah satu teknologi tinggi yang akan dibawa dengan pilihan rumput Paspalum dan Zeon Zoysia.
Bukan itu sahaja, Stadium tersebut juga boleh memuatkan 35 ribu sehingga 45 tempat duduk.
Hal ini mendapat perhatian TMJ dengan terbaru beliau mengatakan bahawa “Dengan nama Allah saya tidak cemburu, namun saya musykil dan tidak mahu rakyat diperbodohkan”.
Perkara itu diluahkan Tuanku selepas berpandangan bahawa sepatutnya harga Stadium itu melibatkan kos yang tinggi dengan teknologi yang cuba dibawa oleh mereka.
Walau apapun kami mendoakan agar pembinaan stadium ini dipermudahkan, dan semoga semua pihak telus menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan.
Semoga tiada sebarang yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Sekiranya ada penipuan kos harap pihak berwajib memainkan peranan agar semua rakyat tahu perkara sebenar.