Awie
” Saya menyesal tulis status itu dan dah delete (padam) pun. Tak apalah lantak kamulah,”
Demikian kata-kata Datuk Awie Wings mengulas status Facebooknya yang menyentuh isu penggunaan nama kumpulan rock XPDC yang mencetuskan isu hangat sekarang.
Bagaimanapun Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, akhirnya bersetuju menyuarakan pendapat peribadinya sebagai ‘orang lama’ untuk mengulas perkara ini apabila dipujuk wakil media.
Kau pakailah huruf lain
” Untuk apa? Masalahnya sekarang untuk apa kau rebut? Dari A hingga Z ada 27 huruf abjad.
” Kau pakailah macam-macam huruf lagi ada.
” Yang kau nak rebut benda yang sama itu buat apa? Buat apa? Alamak sedihlah…industri kita ini tenat sebenarnya.
” Kita nampak saja meriah, tapi bila masuknya artis-artis luar, penyokong kita dah pergi kepada artis luar.
” Datang pula orang dalam ini nak hancurkan lagi yang dah tenat ini. Untuk apa ini?,” katanya kepada Harian Metro.
ARTIKEL MENARIK Suara Tetap Power di Usia 59 Tahun, Begini Keadaan Penyanyi Ijam Medicine Sekarang
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Disangka Janda Sbb Tak Pernah Nampak Gambar Bersama Suami. Pelakon Dian P Ramlee Akhirnya Dedah Siapa Suami Dia!
Menurutnya, dia sebenarnya tidak berminat masuk campur tetapi mahu memberitahu mereka yang berebut, untuk apa melakukan perkara ini.
” Yang dah dua ini dah cukup, tengah bekerja nak cari makan, tapi kau ini (individu yang mewujudkan XPDC ketiga) menjahanamkan periuk nasi mereka.
” Tak bestlah kau bubuhlah (gunakan) nama Stokin Hijau, Tempoyak dan lain-lain.
” Sedihlah… sepatutnya saya tak perlu campur. Saya tak nak masuk campur, sorrylah.
” Tapi kadang-kadang saya cakap, apalah nak jadi. Industri kita ini kecil sangat.
” Kalau letak nama lain pun diatas kapasiti yang dia ada, pengalaman yang dia ada,” katanya.
ARTIKEL MENARIK Hampir 10 Tahun Menyepi, Pierre Andre Akhirnya Tampil Buat Pendedahan Apa Sebenarnya Terjadi Padanya
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Hollywood, Begini Keadaan Pelakon Popular Era 80an Dharma Harun Sekarang
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
Awie berkata, individu terbabit sepatutnya memanfaatkan kebolehan yang ada padanya dengan membentuk sebuah band lain dan bukannya menumpang nama XPDC yang sedia ada.
” Janganlah kau sibuk claim konon kau pengasas. Janganlah! Benda ini nampak macam budak-budak. Kau merosakkan.
” Ini dua-dua band cari makan, yang dah lama yang tengah fight bekerja, kau nak kacau lagi,” katanya.
Rancak buat persembahan guna lagu hak milik XPDC
Terdahulu, Bro Yazid yang mewakili XPDC Kita Peng Yu dan Ali vokalis XPDC Militia mempersoalkan penggunaan nama XPDC oleh sebuah kumpulan lain tanpa kebenaran Life Records sehingga mengganggu periuk nasi mereka.
Gambar: Edry Badry (tengah) bersama kumpulan Real XPDC baru
Mereka (Edry Badry bersama Real XPDC baru) bahkan mengadakan persembahan di pelbagai acara dengan mendendangkan lagu-lagu milik XPDC tanpa sebarang kawalan.
Turut tampil bersuara ialah Pemilik Real XPDC, Azmey Mat Nasir yang mendakwa nama terbabit didaftarkan olehnya bersama Allahyarham Mael tanpa pembabitan pihak lain.
Dalam perkembangan berkaitan, Wings akan menjayakan Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter yang akan berlangsung di SPICE Arena Penang pada jam 9 malam, 24 Februari ini.
ARTIKEL MENARIK Terkenal Dengan Watak Pendekar ‘Musang Siguntang’, Tak Sangka Begini Keadaan Pelakon Ini Sekarang
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Lagu Bidadari, Ini Wajah Dan Keadaan Terkini Vokalis Kumpulan Lela
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun
Sumber: hmetro