Anak awie
” Betul2 muka Arni masa muda, copy paste…lawa. Semoga menjadi anak yang solehah”
Demikian antara komen netizen yang tidak menyangka, vokalis band rock ternama Tanah Air, Wings, iaitu Dato Awie mempunyai anak perempuan yang cantik dan manis.
Gambar: Aleefa Antasha, Arni Nazira dan Aleeya Antasha
Terdahulu, perkongsian seorang gadis menggunakan nama akaun TikTok @.aleeyantasha telah menarik perhatian ramai apabila kehadiran seseorang yang sangat dikenali ramai dalam video bersempena hari bapa.
Puteri Aleeya Antasha merupakan Awie bersama bekas isteri pertamanya dan juga penyanyi yang popular dengan lagu berjudul ‘Cinta Antara Benua’, Arni Nazira.
Sebelum ini perkongsian ekslusif Arni Nazira bersama Majalah Nona, Puteri Aleeya Antasha, 24, dan Puteri Aleefa Antasha, 22, masing-masing melanjutkan pengajian di sebuah kolej yang sama sekitar Kuala Lumpur dalam bidang event management.
Disebabkan minat serta hubungan dua beradik ini sangat rapat, kedua-duanya memilih bidang pengajian yang sama.
ARTIKEL MENARIK ‘Yang Kau Nak Rebut Benda Sama Itu Buat Apa? Kau Pun Dah Hilang Lama, Semak Betullah!’ – Dato’ Awie
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Disangka Janda Sbb Tak Pernah Nampak Gambar Bersama Suami. Pelakon Dian P Ramlee Akhirnya Dedah Siapa Suami Dia!
Ramai nak jadi menantu Awie
Perkongsian tersebut membuatkan warganet agak terkejut kerana penyanyi rock terbabit sudah pun mempunyai anak gadis yang cukup cantik.
Malah, kebanyakkan netizen lelaki telah berseloroh dengan mencuba nasib menjadi ‘calon menantu’ kepada rocker tersebut.
Ada juga yang sempat bergurau mengatakan mahu mengurat gadis cantik itu namun membatalkan hasratnya kerana ‘gerun’ selepas mengetahui bapanya adalah Awie Wings.
Arni Nazira kongsi sikap Aleeya sebagai anak sulung
Sebagai ibu, Arni tetap melayani anak-anak sama rata dan sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik.
Arni turut mendedahkan, kedua-dua Puterinya itu memiliki karakter yang berbeza.
Namun begitu, perbezaan itulah yang membuatkan mereka lebih rapat dan saling melengkapi.
” Memandangkan Puteri Aleeya anak yang sulung maka kami menggelarnya Kakak.
” Dia seorang yang lembut, kakak yang penyayang dan sangat menjaga adik-adiknya.
” Memang terserlah karakter ‘anak sulung’ dalam dirinya.” kata Arni.
ARTIKEL MENARIK Suara Tetap Power di Usia 59 Tahun, Begini Keadaan Penyanyi Ijam Medicine Sekarang
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Hollywood, Begini Keadaan Pelakon Popular Era 80an Dharma Harun Sekarang
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
Aleeya tamat pengajian
Terdahulu, Arni turut berkongsi momen indah apabila anak selamat menamatkan pengajian baru-baru ini (2022).
Sambil menzahirkan rasa syukur, Arni yang sinonim menerusi penampilannya menerusi filem Bara dan Nafas Cinta itu memuat naik gambar konvokesyen anak sulungnya itu di Instagram.
Lebih istimewa, ia disusuli dengan kejayaan cemerlang apabila anaknya turut berjaya meraih pencapaian cemerlang di dalam bidang yang dipelajari.
” Alhamdulillah & tahniah Kakak Putri atas Konvokesyen tempohari.
” Syukur pada Yang Esa berkat usaha & ketekunan, Kakak berjaya beroleh ‘Anugerah Akademik’ bagi Diploma in Event Management,” tulisnya.
Arni pada masa sama turut menitipkan doa agar anak-anaknya terus berjaya dalam pelajaran dan bidang yang diceburi di dunia dan akhirat.
Imbas kembali, Arni pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi Dato’ Awie pada 10 Disember 1998 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.
Sementara Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar dan dikurniakan 3 anak iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 11, Wan Ayesha Maserra, 9, dan Wan Muhammad Mushrief, 6.
ARTIKEL MENARIK Terkenal Dengan Watak Pendekar ‘Musang Siguntang’, Tak Sangka Begini Keadaan Pelakon Ini Sekarang
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Lagu Bidadari, Ini Wajah Dan Keadaan Terkini Vokalis Kumpulan Lela
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun
Sumber: remaja