HomeSemasaWajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila...

Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja

Rehana Yassin

” Demi cinta Roy dan Suziana, kami akan lakukan apa saja.”

” Ya, kami semua akan berusaha mencarinya.”

” Kalau begitu di mana kita nak cari dia? Roy, Roy. Hati kau keras. Selalu berkorban untuk orang lain.”

Itu sebahagian daripada dialog dalam filem Gila-Gila Remaja lakonan Faizal Hussein, Datuk Rosyam Noor, Rehana Yassin, Kamarool Haji Yusoff dan ramai lagi yang ditayangkan pada 1986.

Filem yang diterbitkan pada 1985 arahan Hussein Abu Hassan nyata mendapat perhatian penonton meskipun sudah lebih 38 tahun berlalu.

Malah filem yang menampilkan lakonan Faizal Hussein sebagai Azroy dan Rehana Yassin sebagai Suzy berjaya mengangkat populariti dua pelakon terbabit.

Tidak dinafikan peranan Allahyarham Hussein Abu Hassan sebagai pengarah dan juga bapa kepada Faizal telah membolehkan Faizal memegang watak utama sebagai hero.

Namun, kebanyakan peminat merasakan Faizal layak memegang watak hero disebabkan wajahnya yang sangat kacak selain bakat semulajadi yang ada padanya.

Faizal yang memegang watak Azroy bergandingan dengan pelakon yang bernama Rehana Yassin yang ketika itu masih muda dan comel.

Walaupun lakonan Rehana yang memegang watak sebagai Suziana biasa-biasa saja namun filem tersebut mendapat sambutan yang hangat dari penonton.

ARTIKEL MENARIK Terkenal Dengan Watak Pendekar ‘Musang Siguntang’, Tak Sangka Begini Keadaan Pelakon Ini Sekarang

ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Lagu Bidadari, Ini Wajah Dan Keadaan Terkini Vokalis Kumpulan Lela

ARTIKEL MENARIK Dia Ambil Gambar Ella Dan Kemudian Campak Kepada Saya, ‘Budak Mana Kau Bawa Ini?’

Terdahulu, seorang pelakon yang turut membintangi filem itu yang memegang watak sebagai Liza Burung Hantu telah menganjurkan reunion Gila Gila Remaja di hotel Concorde Shah Alam.

Antara yang hadir adalah Faizal Hussein (Azroy), Rosyam Nor (Remy), Faisal Ahmad (Kuzi), Hamid Ali (Ravi), (Liza), (Intan) dan (Marini).

Arwah bapa Faizal offer berlakon kat kawan2 Faizal

Ketika pertemuan itu, mereka telah berkongsi kisah disebalik filem Gila Gila Remaja yang tak pernah dikongsikan.

” Sebenarnya kitorang dapat berlakon pun sebab Faizal Hussein. Masa tu kitorang satu sekolah.

” Faizal telefon, dia cakap datang rumah boleh tak. Saya tanya kenapa, dia cakap bapak ( Allahyarham Hussein Abu Hassan) nak jumpa. Bapak dia, kami pun panggil bapak juga.

” Masa jumpa, bapak tanya korang nak berlakon tak? Kami tanya betul ke, sebab macam tak percaya.” kongsi Faisal Ahmad (Kuzi).

Sementara itu, Rosyam Nor turut berkongsi kisah dan pengalaman beliau.

Kata Rosyam, jasa Faizal Hussein terhadapnya sangat besar sehingga namanya mula dikenali sebagai pelakon terkenal.

” Kalau takde sepupu aku ni (Faizal Hussein), aku takkan jadi pelakon macam sekarang.

” Terima kasih banyak-banyak kepada Faizal sebab ‘gosok’ arwah bapak dia ambil aku berlakon filem tu.

” Kebetulan masa tu aku pergi beraya kat rumah dia. Akhirnya dah 37 tahun berlalu kami berlakon dalam filem itu.” kongsi Rosyam Nor.

ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun

ARTIKEL MENARIK Akhirnya Terbongkar Motif Sebenar Kenapa Bella Dibunvh, ‘Ibu Bella Mengurut Dada Sambil Istigfar’

ARTIKEL MENARIK ‘Kenapa Perlu Nak Sekat Rezeki kami?’ – Respon Awie Susulan Mufti Penang Minta Siti Nurhaliza Tunda Konsert

Perkongsian Rosyam Nor dan Faisal (Kuzi) itu dibuat ketiak reunion Gila Gila Remaja pada 2022.

Ketika ramai barisan pelakon asal Gila Gila Remaja yang hadir sewaktu reunion itu, ramai peminat tercari-cari kelibat heroinnya iaitu Rehana Yassin.

” Mana Suziana? nak tengok suziana..dia tak datang ke?” tulis seorang peminat.

” Mungkin Rehana Yassin (Suzana) waktu sesi reunion kali ni tak berkesempatan untuk datang..insyaallah mungkin lepas ni mereka semua dapat sekali lagi berjumpa ramai-ramai macam ni lagi..” balas seorang peminat lain.

Tidak dapat dipastikan kenapa Rehana tidak hadir kerana Rosyam mahupun Faizal tidak memberi maklum balas berkenaan pertanyaan peminat itu.

Berdasarkan carian pihak Muzik Jalanan, tidak banyak yang dijumpai berkenaan dengan perkembangan terkini Rehana Yassin.

Bukan sahaja sudah tidak aktif lagi dalam industri seni tanah air, malah Rehana dilihat tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.

Rehana menetap di Amerika 

Namun, pihak Muzik Jalanan terjumpa satu perkongsian gambar oleh seorang personaliti tv popular iaitu Allahyarham Dato Mahadzir Lokman.

Menerusi perkongsian di Instagram, Allahyarham memuatnaik gambar beliau bersama Rehana Yassin dan memberitahu Rehana sebelum ini berpindah ke Amerika Syarikat.

” Bersama pelakon Rehana Yassin, popular dalam filem melayu “Gila-Gila Remaja”.. Dia menetap di USA sebelum ini dan kembali pulang di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas sehingga sekarang..” tulis Mahadzir.

Patutlah lama tiada perkembangan pasal Rehana, rupanya berhijrah ke luar negara sebelum kembali ke tanah air.

Kalau anda nak tengok inilah rupa terkini pemegang watak suzana heroin filem Gila Gila Remaja tahun 1985 tu, tetap cantik macam dulu-dulu.

ARTIKEL MENARIK Tiada Harapan Untuk Hidup, Takdir Allah, Saari Amri Mendapat Darah Yg Didermakan Sekumpulan Tentera

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

Sumber: gempak

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments