HomeSemasa'Tak Logik Datang 2.30 Pagi Lapor Kes Cabul Dua Tahun Lalu' -...

‘Tak Logik Datang 2.30 Pagi Lapor Kes Cabul Dua Tahun Lalu’ – Kronologi Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Ulu Tiram

Siasatan insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi tadi yang mengorbankan dua anggota polis dan suspek m4ti ditemb4k, turut membabitkan dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan pelajar lelaki berusia 22 tahun dan pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan ser4ngan terbabit.

Gambar: gambar suspek tular di media sosial

” Mereka ditahan untuk siasatan lanjut kaitan dengan serangan itu.

” Adalah tidak logik untuk melaporkan kes cabul dua tahun lalu pada jam 2.30 pagi.

” Ketika laporan sedang dibuat pula, tiba-tiba balai diser4ng.

” Jadi kita akan siasat dengan rapi dua pelajar berkenaan,” katanya yang turut memperincikan kronologi serangan jam 2.54 pagi berkenaan.

2.30 pagi: Dua pelajar IPT, lelaki dan perempuan hadir ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kes cabul yang sudah berlaku dua tahun lalu.

2.35 pagi: Ketika dua pelajar berkenaan sedang membuat laporan polis, suspek masuk ke kawasan balai dengan motosikal dan terus ke bahagian belakang balai.

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Curang, Ia Hanya Khabar Angin!’ – Isteri Bawa Diri ke Sekolah Pondok, Yusof Haslam Buka Cerita

ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search

Seorang anggota polis pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa, tetapi diser4ng dan ditetak m4ti oleh suspek.

Suspek kemudian merampas senjata api anggota berkenaan.

Dua anggota polis dimaklumkan mengenai serangan itu bergerak ke belakang balai untuk memeriksa dan berlaku temb4k menembak dengan suspek.

2.54 pagi: Seorang daripada anggota polis berkenaan maut terkena temb4kan pada bahagian pipi yang tembus kepala. Seorang lagi anggota berjaya menembak m4ti suspek.

Suspek buat persediaan awal

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, membuat persiapan rapi sebelum ser4ngan dilakukan awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis juga percaya suspek, 21, mempunyai agenda lain berikutan tindakannya merampas senjata api anggota diser4ng.

” Siasatan kita mendapati suspek membuat persediaan rapi kerana dia memakai beg sebagai pelindung yang dilengkapi zink, kertas dan kain untuk bertempur dengan polis.

” Kita lihat bahawa mungkin suspek datang nak dapatkan senjata api untuk agenda yang kita masih tidak tahu lagi buat masa ini.

” Oleh itu, saya telah arahkan Cawangan Khas segera kenal pasti semua anggota JI di Johor untuk disiasat,” katanya.

Dalam pada itu, Razarudin mengarahkan semua balai polis dan kawasan tumpuan di negeri ini ditingkatkan pemantauan berkuatkuasa serta-merta.

” Semua balai polis diarahkan meningkatkan pemantauan serta-merta.

” Kes ini juga kita akan maklumkan secara rasmi kepada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan istana Johor,” katanya.

ARTIKEL MENARIK ‘Dia Bkn Orang Senang, Susah Payah Dia Bina Karier’. Profil & Biodata Faisal Halim, Permata Bola Sepak Tanahair

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ainina Ahmad B? Patut Lama Tak Nampak, Lihat Keadaannya Sekarang

2 anggota dikebumikan di Bidor, Gambang

Dua anggota polis yang maut diser4ng di Balai Polis Ulu Tiram, akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Bidor, Perak dan Gambang, Kuantan, selepas bedah siasat selesai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata seorang lagi anggota yang pa-rah kini stabil, selepas terkena temb4kan di bahu kiri dan pinggul dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

” Dua anggota yang terkorban masing-masing mula bertugas pada 2021 dan 2022 dan mereka masih bujang.

” Jenazah dua anggota terkorban akan dibawa balik ke kampung halaman mereka di Bidor dan Gambang, selepas semua proses bedah siasat selesai.

” Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota yang terkorban dalam sera-ngan awal pagi tadi.

” Bagaimanapun, kebajikan dan keperluan anggota, kita akan uruskan dengan baik termasuk keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di perkarangan Balai Polis Ulu Tiram, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Hari ini, Razarudin dilaporkan media berkata, sera-ngan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, disahkan dilakukan anggota kumpulan Jamaah Islamiyah (JI).

ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja

ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai

ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang

Beliau dilaporkan, berkata suspek yang dipercayai berusia 21 tahun itu berjaya ditemb4k m4ti di lokasi kejadian.

Terdahulu, media melaporkan, kejadian sera-ngan itu berlaku antara jam 2.30 hingga 2.54 pagi, hari ini.

Dalam kejadian itu, dua anggota polis maut diser4ng manakala seorang anggota pa-rah.

Sumber dilaporkan berkata, suspek bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

Sumber: hmetro

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments