HomeSemasa'Kenapa Perlu Nak Sekat Rezeki kami?' - Respon Awie Susulan Mufti Penang...

‘Kenapa Perlu Nak Sekat Rezeki kami?’ – Respon Awie Susulan Mufti Penang Minta Siti Nurhaliza Tunda Konsert

” Kami juga berkeluarga. Ada anak-anak yang masih bersekolah dan belajar di universiti.

” Begitu juga buat rakan artis lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk M. Nasir. Seni kami adalah perjuangan untuk keluarga.”

Demikian luahan penyanyi rock lagenda, Datuk Awie yang meminta pihak berwajib agar memahami keperluan golongan artis untuk terbabit dalam aktiviti seni sebagai punca pendapatan.

Kata Awie, tanggungjawab menyara keluarga dan terikat dengan pelbagai komitmen lain menyukarkan golongan artis untuk menghentikan aktiviti hiburan termasuk penganjuran konsert.

Meskipun menyedari ada pihak berbeza pendapat, namun vokalis Wings, Datuk Awie berharap, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana mereka hanya mahu mencari rezeki dengan menggunakan bakat dikurniakan Tuhan.

” Malah, ada juga antara kami yang isterinya sedang hamil. Ini adalah tanggungjawab dan perjuangan saya serta rakan lain.

” Seni adalah perjuangan kami untuk keluarga. Secara kebetulan, kami dilahirkan dengan bakat seni.

” Ada kemampuan untuk menyanyi, berlakon, buat lagu dan sebagainya. Jadi, kami kena teruskan.

” Kerjaya ini juga Allah yang tentukan, bukannya kami,” katanya kepada BH Online.

ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Jadi Hero, Setelah Lama Menyepi, Pelakon Ini Sekarang Jadi Pemandu Grab

ARTIKEL MENARIK ‘Dulu Gaji Saya Puluhan Ribu…’ – Sembilan Tahun Menyepi, Faizal Ismail Dedah Kisah Yg Ramai Tak Tahu

ARTIKEL MENARIK ‘Gaji Saya Tak Sampai RM10k’ – Dedah Kisah Lama, Tak Sangka Begini Keadaan Linda Onn Sekarang

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 56, mengulas laporan media berhubung gesaan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor terhadap penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza agar menunda Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Gesaan itu sebagai menghormati ketibaan bulan penuh kemuliaan Ramadan Al-Mubarak yang dijangka disambut pada 12 Mac depan.

Bagaimanapun, Siti menerusi kenyataan dikeluarkan akan meneruskan konsert itu atas alasan berkonsepkan kebajikan, selain tiada tarikh ganti yang sesuai.

Tambah Awie, bergelumang dalam dunia seni tidak bermakna membuatkan mereka lalai dalam soal agama.

” Kenapa kena hentikan kerja anak seni, sedangkan kami berdoa setiap hari.

” Atas pentas pun kami boleh berdoa. Sebelum mulakan persembahan, kami buat solat hajat dan beri sedekah kepada Palestin.

” Cuma, perkara itu tak perlu diceritakan sebab nanti dituduh riak.

” Setiap kali persembahan kami akan buat perkara sama dan akan diteruskan dalam persembahan akan datang.

” Kami pun takut kepada dosa, semua pun takut pada dosa. Tapi inilah pekerjaan kami.

” Untuk mereka yang suruh kami hentikan aktiviti seni, itu salah. Kenapa perlu nak sekat rezeki kami?,” tegas penyanyi Di Penjara Janji ini.

Terdahulu, Awie ditemui pada majlis sidang media Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter di sebuah pusat hiburan, di sini, semalam.

Untuk edisi ketiga konsert, Awie bersama Eddie (bes), Black (dram), Sham (gitar) dan Edrie (gitar) akan menggegarkan SPICE Arena Penang pada 24 Februari ini, jam 9 malam.

Menariknya, selain tiket harga Rahmah diperkenalkan, seramai 700 pembeli tiket berharga antara RM95 hingga lebih RM300 berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk barangan peribadi anggota Wings menerusi peraduan Tonton, Gores & Menang yang diperkenalkan.

ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

Cerita bagaimana bakat menyanyi Awie mula dikesan.

Awie dikatakan punyai suara lemak merdu dan ‘tone’ rock sejati serta berkebolehan menggunakan teknik nyanyian falsetto pada tahap tertinggi.

Dalam satu temubual dgn DJ Nazz, Awie berkata bakat nyanyiannya dikesan ketika dia sedang menyanyi di depan rumah lepas balik sekolah (masa tu Awie duduk rumah setinggan).

Ketika itu seorang kakak depan rumah terdengar Awie menyanyi lalu menegur;

“Awie, masuklah bintang RTM, Awie boleh nyanyi lah”.. cerita Awie yg selama ini tak terfikir dia ada bakat menyanyi.

Sejak itu, Awie mula menubuhkan kumpulan Wings pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Seri Ampang Kuala Lumpur bersama lima orang anak muda.

Malah nama Wings itu sendiri dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegur otot dan lengannya kelihatan seperti ‘Sayap atau Kepak’

Awie turut memenangi pelbagai anugerah antaranya Penyanyi Lelaki Terbaik di Anugerah Muzik Singapura 1988, manakala Wings memenangi anugerah Kumpulan Rock Terbaik.

Selain itu Awie memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 97/98, 2000 dan Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album di AIM 1996 dan 1997.

Sumber: bharian, Muzik Jalanan

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments