HomeSemasa'Bawa Bekas Duit Keliling Meja' - Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis...

‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang

Roy Ratnaku

” Nak tahu, dahulu saya pernah hidup susah. Hari-hari makan sardin dalam tin. Yang paling murah pula tu,”

Itu perkongsian penyanyi Roy Alwi yang menceritakan penglibatannya pada peringkat awal dalam industri muzik pada lewat 1980-an.

Mula mencipta nama pada dekad 1990-an dengan lagu Ratnaku, Roy menceritakan perit getir kehidupan bergelar penyanyi dan berkongsi kehidupannya sekarang.

” Dulu hidup miskin, miskin, sangat-sangat miskin. Pernah dihalau dari rumah sewa.

” Pernah satu ketika saya mencari rezeki berjalan 15 batu, bukan kilometer, dari Cheras ke Bangsar sebab nak buat show dekat nightclub (kelab malam).

” Paha terasa hendak tanggal sebab terlalu letih.” katanya.

Beliau bekerja di kelab malam secara sampingan pada waktu itu.

Bukannya tidak mahu cari kerja tetap namun rezeki lebih banyak datang melalui vokal miliknya.

ARTIKEL MENARIK Berketurunan Diraja, Dulu Terkenal Sebaris Siti Nurhaliza, Tak Sangka Begini Kehidupan Anis Suraya Sekarang

ARTIKEL MENARIK ‘Yang Kau Nak Rebut Benda Sama Itu Buat Apa? Kau Pun Dah Hilang Lama, Semak Betullah!’ – Dato’ Awie

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai

Roy pernah dihalau ketika mahu minta kerja sebagai pembantu stesen minyak.

” Saya ke sana (stesen minyak) minta kerja. Tapi kena halau.

” Sampai sekarang saya sendiri tidak faham kenapa dihalau,” katanya yang masih sedih mengingati kenangan pahit berkenaan.

Sewa bilik kecil

Ketika itu Roy atau nama penuhnya Mohammad Rauzan Alwi tinggal di Cheras, telah berkahwin dan memiliki seorang anak.

Mereka sekeluarga hanya menyewa bilik kecil di belakang rumah kedai. Tidurpun berlapik tilam nipis.

” Bila ingat kenangan dalam keadaan susah, saya sangat hargai. Sebab saat itulah yang mengajar saya erti hidup,” kata.

Selain kelab malam, Roy sering menjadi penyanyi sokongan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jadi vokalis Lefthanded

Memasuki dekad 1990-an, nama Roy kian dikenali, khususnya selepas keluar daripada kumpulan Lefthanded.

Ketika bergerak solo, album pertama berjudul Diari Mimpi (1989).

Pada 1990, dia pernah dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular (kini Anugerah Bintang Popular Berita Harian).

Album kedua, Nekad pula terbit pada tahun 1990 diikuti album bertajuk Roy pada 1993.

Ketika itu, lagunya Ratnaku melonjak sehingga melayakkan diri ke Juara Lagu 1993 (kini Anugerah Juara Lagu).

ARTIKEL MENARIK Wajah Seiras Arni Nazira, Dah Besar Tinggi Rupanya. Kecantikan Anak Sulung Dato’ Awie Buat Ramai Terpesona

ARTIKEL MENARIK Disangka Janda Sbb Tak Pernah Nampak Gambar Bersama Suami. Pelakon Dian P Ramlee Akhirnya Dedah Siapa Suami Dia!

ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja

Pemuzik jalanan

Pada 2012, Roy dilantik sebagai felo Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tugasnya sebagai guru vokal dan mengajar teknik menyanyi terhadap pelajar dan kakitangan universiti.

Selain diberi tanggungjawab mengajar, dia juga perlu menghasilkan buku. Terlintas di hati, untuk membukukan kisah penyanyi jalanan.

Jelasnya, ramai beranggapan pemuzik jalanan bertaraf rendah. Ada juga keliru mengatakan kumpulan berkenaan umpama minta sedekah.

Ada juga pertikai adakah mereka benar-benar pejuang muzik.

Bagi membetulkan kembali tanggapan masyarakat, Roy mahu buku berkenaan dihasilkan. Malah dia sendiri nekad bermain muzik di jalanan bagi mendapatkan fakta lebih tepat.

Langit tidak selalu cerah. Pada 2018 kontrak Roy di universiti berkenaan tidak lagi disambung.

Tanpa berselindung, beliau mengaku ketika mula-mula membuat persembahan di jalanan memang terbit rasa malu dalam dirinya.

” Masa itu ramai confuse (keliru), sebab orang ingat saya artis besar.

” Tiba-tiba berubah nyanyi tepi jalan. Ada juga yang menangis bila nampak saya.

” Pernah selepas menyanyi, saya bawa bekas duit keliling meja. Mula-mula berat hati sebab tidak pernah buat macam tu.

” Tetapi sebab fikirkan keluarga dan ini tanggungjawab, saya tawakal sahaja. Asalkan saya tidak menipu orang,” katanya sambil tersenyum.

Kehidupan terkini, hidap masalah kesihatan sejak 2021

Meskipun diuji masalah kesihatan sejak 2021, Roy tetap aktif melakukan persembahan busking bagi mencari pendapatan menampung perbelanjaan harian.

” Setakat ni Alhamdulillah abang masih boleh cari makan macam biasa.

” Masih teruskan busking dan mengajar di UM sebagai pensyarah separuh masa. Selain tu ada la sikit-sikit show.

” Kesihatan abang sekarang naik turun, pasal abang ada masalah diabetes.. ada infection dekat kaki.

” Saya selalu kenangkan Allah, tanpa Allah saya tidak boleh hidup… saya dapat rasa cinta Allah pada saya.

” Allah bukan bagi saya senang atau banyak harta, Allah uji saya nak lihat saya reda atau tidak.

” Siapa yang tidak pernah buat dosa semua orang berdosa, tapi Allah maha pengasih dan maha penyayang,” katanya.

ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Hollywood, Begini Keadaan Pelakon Popular Era 80an Dharma Harun Sekarang

ARTIKEL MENARIK Terkenal Dengan Watak Pendekar ‘Musang Siguntang’, Tak Sangka Begini Keadaan Pelakon Ini Sekarang

ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun

Sumber: selangorkini, mstar

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments