Ainina Ahmad
Nama pelakon senior Ainina binti Ahmad sememangnya tidak asing lagi dikalangan peminat seni hiburan tanah air.
Anak kedua kepada pelakon veteran Allahyarham Ahmad B (gambar bawah) ini merupakan seorang dramatis yang cukup terkenal pada era 90an dan 2000an.
Mula menceburi bidang lakonan seawal umur 18 tahun, lakonan pertamanya adalah dalam filem Mr. Os pada tahun in 1987 sebagai pelakon tambahan.
Kemudian, Ainina banyak berlakon drama seperti Denak, Pendekar, Jaguh-jaguh, Sepakat dan berpuluh drama lain.
ARTIKEL MENARIK ‘Dia Bkn Orang Senang, Susah Payah Dia Bina Karier’. Profil & Biodata Faisal Halim, Permata Bola Sepak Tanahair
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
Di mana Ainina sekarang?
Sekitar tahun 2018, nama Ainina hangat diperkatakan apabila timbul gosip kononnya beliau sudah berkahwin kali kedua selepas bercerai dengan penyanyi Rahmat Mega pada 2011.
Tidak cukup dengan itu, Ainina dikatakan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dan menjadi isteri kedua.
Mengaku terkilan dan ‘letih’ apabila orang ramai seolah-olah percaya dengan perkahwinan yang tidak wujud itu, Ainina jadi bosan untuk menjelaskan hal sebenar.
Meskipun sudah beberapa kali dia menafikan, gosip itu seolah-olah sudah ‘sebati’ dengan masyarakat.
Menurut Ainina, sehingga ke hari ini masih ramai yang beranggapan dia sudah berkahwin sebagai isteri kedua secara senyap-senyap tanpa sebarang majlis.
” Saya belum berkahwin lagi dan solo.
” Selepas bercerai dengan Rahmat Mega, saya tidak pernah berkahwin walaupun banyak gosip bertebaran mengatakan saya bermadu dan menjadi isteri kedua sedangkan itu tidak benar sama sekali.
Malah Ainina sebelum ini pernah bersumpah dia belum berkahwin buat kali kedua.
” Di sini saya ingin mengambil kesempatan mahu menjelaskan kepada semua, sumpah demi Allah saya belum berkahwin buat kali kedua.” kata Ainina.
Gambar- Ainina bersama rakan pelakon Nad Zainal dan Rahim Jailani
Mengakui dia tidak serik untuk berkahwin lagi, namun pengalaman silam berumah tangga mengajarnya untuk lebih matang dan berhati-hati dalam memilih pasangan.
” Apa yang saya lebih pentingkan adalah penerimaan bakal suami terhadap anak-anak saya. Mereka menjadi keutamaan saya ketika ini.
” Saya pun tidak mencari jodoh, biarlah ia datang sendiri. Saya bukan jual mahal atau cerewet, tetapi saya perlu berhati-hati,” katanya tegas.
ARTIKEL MENARIK Dah Umur 52 Tahun, Terkejut Tahu Keadaan Terkini Melissa Saila, ‘Dulu Terkenal Drama Cili Padi’
ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun
ARTIKEL MENARIK Pernah Kahwin Dengan Pelakon Raja Ema, Keadaan Terkini Penyanyi Sheqal Raih Simpati Ramai
Jaga anak istimewa
Ainina mengaku masih bersemangat menjalani kehidupan kerana dua orang `nyawanya’ iaitu anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Nur Ariana Rahmat, 22, dan Nur Ara Elisha, 15.
” Saya banyak korbankan tawaran yang kurang bersesuaian kerana mahu fokus terhadap anak kedua saya yang juga orang kurang upaya (OKU), Ara Elisha yang mengalami Pradar Willy Sindrome.
” Dia mempunyai kecenderungan kuat makan dan tidak ada rasa kenyang.
” Ia agak berbahaya kerana dia sedang membesar. Saya perlu pantau segala apa yang dimakan olehnya.
” Dia boleh jalan seperti biasa tetapi kurang sempurna kerana tulangnya tidak kuat. Saya pun tidak boleh harapkan pembantu rumah sepanjang masa.
” Saya mahu dia lebih fokus kepada pelajaran demi masa depannya,” kata Ainina.
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Penyanyi Shawn Baharin? Digelar Ricky Martin Malaysia, Begini Kehidupan Dia Sekarang
ARTIKEL MENARIK Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Siapa Sangka Begini Keadaan Penyanyi Nadia Ali Sekarang
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
Bagi menampung kehidupan, selain berlakon dan berniaga barangan kosmetik, Ainina juga aktif bisnes makanan kering seperti peria rangup dan biskut-buatan sendiri.
Dia antara selebriti yang membuka perniagaan ketika acara perlumbaan kereta GT berlangsung sebelum ini di Sepang, Selangor.
Pelakon ini juga kini dilantik sebagai duta perabot Me Casa Interior yang menjual barangan rumah, dekorasi serta kraf yang dibawa khas dari Eropah.