HomeSemasaPernah Popular Dengan Lagu Bidadari, Ini Wajah Dan Keadaan Terkini Vokalis Kumpulan...

Pernah Popular Dengan Lagu Bidadari, Ini Wajah Dan Keadaan Terkini Vokalis Kumpulan Lela

Bagi mereka yang lahir pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an pasti akan kenal dengan Kumpulan Lela kan? Antara lagu yang sampai sekarang tersemat dalam minda kita adalah lagu jiwang iaitu Bidadari.

Suara yang nyaring dan lirik yang tangkap leleh ini sudah semestinya menjadi siulan generasi ini dan menjadi pilihan utama di dalam bilik karaoke.

Bila terdengar lagu ni, mesti mengimbau kenangan zaman-zaman muda dulukan? Manakan tidak, mereka yang lahir awal 90-an umurnya dah mencecah 30 an dah pun.

Kenali sejarah kumpulan Lela

Biarpun kumpulan Lela muncul dalam industri muzik pada penghujung tahun 1991, namun hakikatnya sejarah awal penubuhan kumpulan yang berasal dari negeri Melaka ini ditelusuri sejak tahun 1987 lagi dengan barisan anggota yang jauh berbeza pada ketika itu.

Ditubuhkan di Bandar Hilir, kumpulan Lela pada awalnya dianggotai oleh Nik (vokal), Din (gitar), Azwan (bass) dan Zaharin (dram).

ARTIKEL MENARIK Dia Ambil Gambar Ella Dan Kemudian Campak Kepada Saya, ‘Budak Mana Kau Bawa Ini?’

ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun

ARTIKEL MENARIK ‘Kenapa Masa Reman Tak Tekan Dia Habis2!’ – Kakak Bella Persoal Polis Bebaskan Dan Beri Peluang Suspek Pergi Umrah

Namun begitu, vokalis Nash telah dibawa masuk untuk menggantikan Nik yang ketika itu sudah menyertai kumpulan Putra.

Bersama Nash, Lela kerap mengadakan persembahan di eskpo-ekspo dan pertandingan yang dianjurkan di negeri mereka termasuklah pertandingan Juara Rock Melaka pada tahun 1990.

Kejayaan mereka meraih tempat pertama dalam pertandingan Juara Rock Melaka ternyata membuahkan hasil apabila mereka telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman tempatan terkenal iaitu New Southern Records atau lebih dikenali sebagai NSR untuk merakamkan album.

Namun atas komitmen dan hala tuju yang berlainan, Din sekali lagi mencari anggota baharu untuk memenuhi kontrak rakaman dengan menjemput Ali sebagai pemain bass dan Rahman (Man) sebagai pemain dram.

Namun ketiadaan vokalis tetap Lela telah merencatkan seketika impian kumpulan tersebut untuk menghasilkan album.

Ketika inilah mereka bertemu dengan seorang remaja yang berasal dari Johor Bahru bernama Rifkee Benafe yang kebetulan pada ketika itu mendendangkan lagu Untukmu Ibu dari kumpulan Exist.

Dengan keunikan yang dimiliki Rifkee, dengan pantas Lela menerimanya sebagai vokalis baharu dengan izin ibu bapanya dan telah memulakan sesi rakaman album pertama mereka di studio Digitron yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

” Ketika itu era kumpulan Exists yang dianggotai pemuzik remaja popular dan kami terpaksa ikut trend ini.

” Kami bergerak secara ‘busking’ dan bertemu Rifkee yang turut melakukan aktiviti sama.

” Suka dengan suaranya, kami menawarkan dia menjadi penyanyi manakala saya beralih ke posisi pemain bass,” kata Ali menerusi artikel Harian Metro.

Namun disebabkan Rifkee masih bersekolah pada ketika itu, sesi rakaman vokal terpaksa dijalankan pada akhir tahun iaitu pada musim cuti persekolahan.

Setelah berhempas pulas dalam tempoh beberapa bulan, maka lahirlah album pertama Lela yang menggunakan nama kumpulan itu sendiri pada tahun 1992.

Dengan imej remaja yang ditampilkan Lela, mereka telah berjaya untuk meletakkan diri mereka sebagai pesaing kepada kumpulan Exist yang telahpun dikenali ramai pada ketika itu.

Album pertama mereka yang diterbitkan oleh penyanyi solo terkenal, Jay Jay telah berjaya terjual sebanyak 150,000 unit dengan majoriti lagu dalam album ini adalah ciptaan anggota Lela sendiri, terutamanya Din yang mencipta lagu hitnya, Bidadari.

ARTIKEL MENARIK Akhirnya Terbongkar Motif Sebenar Kenapa Bella Dibunvh, ‘Ibu Bella Mengurut Dada Sambil Istigfar’

ARTIKEL MENARIK Rating Dikatakan Menurun, Sekali Tyzo Tunjuk Data Sebenar. Mungkin Bakal Buat Bos Suria FM Terdiam Terus

ARTIKEL MENARIK Tiada Harapan Untuk Hidup, Takdir Allah, Saari Amri Mendapat Darah Yg Didermakan Sekumpulan Tentera

Menerusi satu perkongsian di sebuah akhbar, Rifkee turut pernah berkongsi pahit getir ketika mengejar impian bergelar penyanyi rock terkenal.

” Saya masih ingat kami pernah dua minggu tiada undangan persembahan dan duit kering.

” Kami mengikat perut selama dua hari, hanya mengharapkan ihsan pihak pengurusan.

” Nak mengaku dengan ibu bapa tidak berani kerana saya nak buktikan saya berjaya.” Kata Rifkee.

Di mana penyanyi kumpulan Lela, Rifkee Banafe sekarang?

Last pada Januari 2018, Ali dilaporkan bergerak solo sehingga kini.

Jadi, apa perkembangan Rifkee Banafe sekarang?

Satu video viral di TikTok memperlihatkan penampilan terkini Rifkee Banafe, dalam video tersebut dilihat Rifkee mendendangkan semula lagu Bidadari dalam sebuah majlis.

Menurut komen-komen daripada netizen dekat TikTok aerzman_aierrahman ini, ramai yang mengimbau zaman-zaman lagu ini dan sehingga sekarang lagu Bidadari ini menjadi pilihan ketika karaoke.

Adik pelakon, Betty Banafe

Untuk info, Rifkee Banafe yang kini berusia 46 tahun merupakan adik kepada pelakon, penyanyi dan pengacara Betty Banafe.

Difahamkan, Betty kini giat menguruskan perniagaan restoran Banafee Village di Johor Bahru.

Sementara Rifkee pula menguruskan perniagaan khidmat cuci kereta Car Wash Banafee bersebelahan restoran Banafee Village.

” Kebanyakannya sini memang kawasan yang mengharapkan pelanggan Singapura.

” Sebab mereka membentuk kira-kira 80 hingga 90 peratus pelanggan di sini” kata Rifkee yang kini bergelar ahli perniagaan berjaya.

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Anak Yang Tak Diinginkan’ – Kisah Tragis Datuk Zainalabidin, Dipukul Dan Didera Waktu Kecil

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

Sumber: hmetro

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments