Mamat Exists
” Kami tidak pernah ketepikan Mamat, sebaliknya kita sentiasa sediakan pentas dan hanya menunggu dia saja sebagai penyanyi,”
Demikian kata-kata pemain bass Exists, Musa Radhi, 51, mengenai penyanyi kumpulan itu, Mamat, 47, yang masih bergelut untuk bebas dari masalah dadah.
Baru-baru ini, Mamat yang berdepan dua pertuduhan mengambil dadah pada 2019 berjaya dalam rayuannya, namun dijatuhi hukuman denda RM4,000 serta dua tahun pengawasan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang untuk rawatan dan pemulihan.
Musa berharap semua peminat Mamat dan Exists akan terus mendoakan kebaikan untuk penyanyi itu berubah dan insaf bagi menjalani kehidupan lebih baik di masa depan tanpa terus dibelenggu dengan masalah dadah.
ARTIKEL MENARIK ‘Siyes Lagi Mantap Dari Denden’ – Penonton Puji Vokal Padu Amir Masdi, Konsert Search Kiddin Memukau
ARTIKEL MENARIK Bersepah Gitaris Yang Lagi Power. Tapi Tak Ramai Gitaris Ada Identiti Dan Idea Luar Biasa Seperti Izo XPDC
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Terperanjat Umur Dia Baru 16 Tahun’ – Man Kidal Terkejut Dengan Kehebatan Shahrul Ekamatra
Anggota Exists sentiasa cari Mamat
” Kami di dalam Exists iaitu saya, Ajai, Along dan Ujang selalu juga berusaha mencari dia.
” Kadang-kadang kami rasa macam mana lagi nak bantu dia supaya dia ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ dengan kami.
” Sebab, kalau dilihat daripada anggota-anggota Exists yang ada ini, dia paling diuji dengan ujian agak berat dan berulang-ulang.
” Apatah lagi, kita semua sudah berhijrah menetap di Kuala Lumpur dan dia seorang masih menetap di Johor,” katanya kepada Harian Metro.
Mamat rosak sebab kawan di kampung
Musa berkata, kehidupan Mamat di sana sebenarnya makin merosakkannya.
” Ada seorang peguam pernah menasihatkan, kalau boleh bawa Mamat keluar dari kampungnya itu supaya ‘kawan-kawan lamanya’ tidak datang mencari lagi.
” Sebelum ini pun Ezad (penyanyi) pernah sama-sama dengan kita nasihatkan Mamat supaya dia sendiri kena kuat ‘melawan’ kalau ingin baik dan bebas daripada pengaruh benda itu,” katanya.
Musa berkata, Mamat sukar untuk pulih apabila ‘kawan-kawan lamanya’ datang mencari semula di saat dia mungkin mula bersedia mahu mengorak kehidupan baharu.
” Saya faham, Mamat mungkin memilih hidup di kampungnya kerana ada rumah pusaka peninggalan arwah ibu bapa, termasuk abang dan kakak yang tinggal berdekatan untuk menjaga dia.
” Tapi, sekarang rasanya sudah sampai masa untuk Mamat fokus kepada diri sendiri, kerjaya dan keluarganya.
” Namun, rumah tangga dia pun kita tahu sudah berantakan dan kasihan jugalah.
” Apatah lagi, Mamat yang saya kenal itu sudah aktif menyanyi sejak kanak-kanak untuk membantu menampung kehidupan keluarganya yang boleh disifatkan pengorbanan dibuatnya itu sangat besar,” katanya.
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
Mamat adalah penyanyi asal Exists ketika mereka tampil dengan album sulung pada 1991 dan popular dengan lagu seperti Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara, Langkah Seiringan dan banyak lagi.
Mamat meninggalkan Exists pada 1994 untuk bergerak solo dan dia digantikan oleh Ezad.
Mamat mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapha Kamal pada 2001 dan dikurniakan tiga anak. Namun, mereka bercerai pada 2009.
Mamat kata dah lama tinggalkan barang terlarang
Pada September 2023, Mamat tampil bersuara susulan video dirinya yang kelihatan kurus dan cengkung ketika di sebuah kedai makan di Johor Bahru tular.
Mamat atau nama sebenar, Mohd Ali Kamarudin, 45, mengakui gejala tidak sihat itu sudah lama ditinggalkan, selain mahu mencari kehidupan lebih baik yang menenangkan jiwa.
Bekas vokalis kumpulan Exist itu berkata, dia tidak terguris dengan komen negatif yang diberikan.
” Kesihatan saya baik sahaja, tak adalah teruk sangat. Kadang-kadang sahaja datang sakit, mungkin dalam tiga bulan hanya sekali sakit.
” Sakit pun yang biasa-biasa sahaja macam demam, bukanlah penyakit misteri.
” Itu video lama dan ditularkan sejak sebulan lalu.
” Ketika itu, saya dalam keadaan tidak bersedia, jadi disebabkan itulah orang lihat saya tak berapa sihat.
” Saya juga makan seperti biasa, cuma kadang-kadang tak makan sebab tiada selera.
” Saya pula duduk seorang, jadi makan memang tak ikut masa, hanya lapar barulah makan,” katanya
ARTIKEL MENARIK ‘Tak Mengapa Dia Sudah Dilepaskan Kerana Dia Lepas di Dunia, Esok di Akhirat Menjawablah’ – Bapa Along Spoon
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
Mamat Exists
Sumber: hmetro