Home Semasa Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun

Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun

0
Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun

Meskipun sudah hampir 18 tahun drama Sutun sejak mulai ditayangkan, nama drama serta gelagat pelakon utama drama tersebut masih lagi diingati ramai sehingga kini.

Memamparkan watak lelaki lembut serta kerap menggayakan pakaian dengan baju merah jambu, lakonan pelakon utama Ku Yusry yang ‘menjadi’ secara tidak langsung membuatkan orang tertanya-tanya mengenai keadaan beliau selepas dilihat tidak lagi berada dalam industri hiburan.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian di TikTok yang melihatkan wajah terkini Ku Yusry yang melakonkan watak Sutun yang dilihat sangat berbeza berbanding sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka dapat bertemu semula dengan pelakon yang menyepikan diri ini selepas hampir dua dekad.

Difahamkan beliau kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah.

ARTIKEL MENARIK ‘Kenapa Masa Reman Tak Tekan Dia Habis2!’ – Kakak Bella Persoal Polis Bebaskan Dan Beri Peluang Suspek Pergi Umrah

ARTIKEL MENARIK Anak Bella Dedah Hal Mengejutkan Dilakukan Suspek, ‘Uncle Selalu Pukul Mummy, Marah Mummy’

ARTIKEL MENARIK Akhirnya Terbongkar Motif Sebenar Kenapa Bella Dibunvh, ‘Ibu Bella Mengurut Dada Sambil Istigfar’

Menerusi video yang dikongsikan, para netizen juga turut tertumpu kepada meja bekas pelakon ini yang dilihat masih lagi mengekalkan warna merah jambu yang cukup sinonim dengan drama Sutun beserta kain alas berbulu.

Untuk pengetahuan, drama Sutun mulai ditayangkan pada tahun 2005 diikuti dengan drama Sutun 2 pada tahun 2006.

Menerima sambutan yang hangat, drama ini diteruskan lagi menerusi drama bersiri Sutun Kembali Lagi pada tahun 2008.

Bagaimanapun, Ku Mohd Yusri atau mesra disapa Adeq, 40, seakan tenggelam selepas kemunculannya dalam drama itu walaupun wataknya terus diingati sehingga kini.

Selepas sekian lama menyepi, Adeq kini kembali menjadi sebutan netizen selepas aktif di TikTok dan siapa sangka, beliau kini bergelar pendidik dengan mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara 2, di sini.

Bercerita lanjut, anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, beliau menceburi bidang perguruan sejak 2010 kerana minat dan galakan keluarga.

” Saya tak hilang ke mana pun… cuma tak aktif dalam dunia hiburan kerana sambung belajar dalam bidang perguruan.

” Tamat belajar, saya terus bekerja sebagai guru dan ditakdirkan jadi pendidik sehingga kini.

” Jika diikutkan, pelajar tak tahu sebenarnya latar belakang saya sebagai pelakon kerana saya merahsiakannya daripada mereka.

” Bagaimanapun, mereka (pelajar) dapat tahu melalui ibu bapa mereka sendiri selepas berjumpa dengan saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

ARTIKEL MENARIK Rating Dikatakan Menurun, Sekali Tyzo Tunjuk Data Sebenar. Mungkin Bakal Buat Bos Suria FM Terdiam Terus

ARTIKEL MENARIK Tiada Harapan Untuk Hidup, Takdir Allah, Saari Amri Mendapat Darah Yg Didermakan Sekumpulan Tentera

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Anak Yang Tak Diinginkan’ – Kisah Tragis Datuk Zainalabidin, Dipukul Dan Didera Waktu Kecil

Berkongsi perasaan apabila nama dan drama lakonannya masih diingati hingga kini, Adeq mengakui tidak percaya tetapi bersyukur dengan sokongan diberikan orang ramai terhadapnya.

Lantaran drama itu, dia juga mengekalkan nama Adeq yang sudah sebati dengan dirinya.

” Nama Adeq kekal kerana ia nama panggilan dalam dunia persembahan atau ‘stage name’.

” Saya sangat terkejut apabila masih ramai yang ingat dan kenal kerana saya tidak berapa aktif dalam dunia media sosial.

” Akaun TikTok yang ada pun masih baru tetapi mula bertambah hingga kini mencecah lebih 20,000 pengikut walaupun baru muat naik beberapa video saja,” katanya.

Ditanya kemungkinan untuk kembali aktif dan membuat kemunculan semula dalam industri seni tanah air, Adeq mengakui pernah terfikir mengenainya.

” Buat masa ini, tumpuan saya adalah menjadi pendidik kerana kerjaya itu memberi saya kepuasan lihat kejayaan anak didik di persada dunia.

” Cuma, ada juga terfikir untuk aktif semula tetapi persoalannya ada yang terima saya ke? Apa pun, syukur Alhamdulillah. Terharu dan sangat berterima kasih dengan semua.

” Semoga kita semua akan terus berjaya di dunia dan akhirat serta sentiasa berada dalam lindungan-Nya,” katanya.

Selain Sutun dan Sutun 2 yang ditayangkan pada 2005 serta 2006, Adeq pernah membintangi drama lain antaranya Paku Di Dinding Hati, Di Pintu Barzakh dan Jangan Hantar Aku Ke Neraka.

ARTIKEL MENARIK Kecoh Pasal Isu Tyzo Diberhentikan, Ramai Nak Tahu Berapa Sebenarnya Gaji Seorang DJ Radio

ARTIKEL MENARIK Siapa Sangka Bekas Juara AF Kini Bergelar Jutawan, Pendapatan Setahun Cecah RM50 Juta

ARTIKEL MENARIK Berkahwin Minggu Depan, Bakal Suami Atikah Suhaime Rupanya Bukan Calang-Calang

Sumber:hmetro