HomeSukanSyamer Kutty kembali, Ucap Terima Kasih buat TMJ

Syamer Kutty kembali, Ucap Terima Kasih buat TMJ

Syamer Kutty Abba dalam laman sosial miliknya mengucapkan ucapan terima kasih buat pemilik kelab Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan barisan pengurusan kelab JDT.

Hal itu diucapkan oleh pemain tengah Johor DT selepas Tunku Ismail (TMJ) dan barisan pengurusan kelab membantunya untuk kembali pulih daripada kecederaan sebelum ini.

Dalam media sosial miliknya, Syamer Kutty Abba sudah kembali menjalani latiha bersama rakan-rakan selepas berehat panjang akibat kecederaan lutut yang dihadapinya sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda semua, selepas Syamer Kutty mengalami kecederaan lutut, pasukan Johor Darul Takzim telah menghantarnya ke Barcelona untuk menjalani pembedahan bagi memastikan dia kembali pulih dan kembali beraksi.

Dalam kemaskini Syamer, dia mengucapkan terima kasih kepada baginda Tunku Ismail dan semua pengurusan pasukan Johor DT kerana telah memberikannya penjagagaan terbaik bagi memulihkan kecederaannya sejak hari pertama.

Syamer turut mengucapkan rasa syukur dengan mengatakan alhamdulillah selepas lebih 200 hari berusaha dan bekerja keras, kini dia mampu untuk kembali perkara yang disukainya iaitu bermain bolasepak.

Muatnaik tersebut mendapat perhatian pemilik kelab bolasepak Johor Darul Takzim selepas TMJ turut meninggalkan komen diinstagram milik Syamer Kutty.

Menurut TMJ, “Ingat apa yang saya beritahu awak. Projek baharu”, pesanan ringkas oleh Tunku Ismail.

Buat makluman semua juga, Syamer pindah ke Johor Darul Takzim dari Pulau Pinang pada tahun 2017. Syamer dikatakan sebagai pemain muda yang mempunyai potensi baik dan sudah pasti membantu pasukan Johor Darul Takzim.

Syamer merupakan prospek jangka masa panjang pasukan Johor Darul Takzim selepas dia beraksi cemerlang dengan pasukan bawah 22 tahun negara sehingga berjaya meraih perak pada Sukan Sea Kuala Lumpur

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments