HomeSemasa'Apa Kurangnya Saya?' - Luahan Azri Iskandar Sekian Lama Takde 'Job' Hingga...

‘Apa Kurangnya Saya?’ – Luahan Azri Iskandar Sekian Lama Takde ‘Job’ Hingga Tak Mampu Bayar Sewa Rumah

Azri Iskandar

” Hairan dan nak tahu juga mana satu lakonan saya yang tidak bagus?”

Demikian luahan pelakon Azri Iskandar mengenai kesukaran dihadapi selepas sekian lama tidak mendapat tawaran lakonan.

Lebih mengejutkan banyak pihak, Azri menjelaskan keadaan itu menyebabkan dirinya  tidak mampu membayar sewa rumah.

Pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu bukan sahaja kecewa, malah pelik dan tertanya-tanya apakah kesalahan dilakukan hingga namanya sering ditolak stesen televisyen (TV).

Azri, 56, mendakwa setiap kali namanya dicadangkan oleh produksi sebagai antara pelakon, pasti stesen TV menolak dan meminta pelakon lain sebagai ganti.

Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir dan Pontianak Harum Sundal Malam itu berkata, dia ada terima tawaran, tapi bila produksi hantar nama ke stesen TV, selalunya tak lulus.

ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Dapat Duit Satu Sen Pun!’ – Aman Graseka Akhirnya Bersuara Isu Minta Bantuan Dari Rakan Artis

ARTIKEL MENARIK Pernah Tersenarai 50 Wanita Tercantik di Dunia, Peminat Terkejut Lihat Wajah Terkini Penyanyi Camelia

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Penyanyi Shawn Baharin? Digelar Ricky Martin Malaysia, Begini Kehidupan Dia Sekarang

Stesen TV tak lulus nama

” Sebenarnya ada tawaran, tapi bila hantar nama ke stesen televisyen mereka tidak luluskan.

” Saya hairan, apa kurangnya saya? Lakonan saya yang mana satu dirasakan tidak bagus, sedangkan saya boleh buat semua.

” Setakat ini, saya belum minta penjelasan stesen TV. Saya tidak berpeluang orang kuat stesen TV.

” Kalau jumpa, saya pasti akan tanya apa kriteria yang mereka pilih.

” Saya teringin juga nak tahu kenapa pelakon boleh dapat watak ‘ayah handsome’ dan lain-lain, tapi bukan saya.

” Saya pun tak adalah nak pilih watak. Apa sahaja watak menarik saya akan cuba berikan lakon yang terbaik,” katanya kepada BH Online.

Masih ada job lepas kontroversi dulu, tapi sekarang…

Mengulas adakah mungkin kontroversi menjadi punca nama panas dan ditolak, Azri menafikannya.

” Saya tak rasa sebab kontroversi kerana ia sudah lama berlalu sejak tahun lalu.

” Lagipun, saya ada sahaja ‘job’ selepas kontroversi. Cuma, saya pelik kenapa sekarang nama saya ditolak.

” Tapi, tak mengapalah. Kalau saya jumpa orang kuat stesen TV, saya akan tanya kenapa perkara ini boleh berlaku,” katanya.

ARTIKEL MENARIK ‘Hutang Keliling Pinggang, Aku Dh Tak Sanggup!’ – Pernah Putus Asa, Ini Profil Amir Jahari Yg Tak Ramai Tahu

ARTIKEL MENARIK Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Siapa Sangka Begini Keadaan Penyanyi Nadia Ali Sekarang

ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang

Ellie Suriaty sentiasa hulur bantuan

Katanya, dia bersyukur kawan-kawan industri tidak pernah menjauhkan diri ketika berdepan dengan situasi getir.

Mereka masih bertanya khabar walaupun tahu keadaannya.

” Saya tak perlukan bantuan pun. Kalau nak bantu, kena banyak pakai duit. Kalau setakat RM10, RM20, lebih baik simpan,” katanya.

Tambah Azri, anak-anak tahu masalahnya, tetapi bekas isteri, Ellie Suriaty buat masa sekarang tidak menghubunginya.

” Tapi, kebiasaannya kalau apa-apa, Ellie akan tolong kalau saya perlukan bantuan.

” Dia pun tiada tawaran pengarahan sebab itulah sekarang sedang berlakon dengan produksi orang lain.

” Saya memang tiada kerja lain. Lakonan adalah satu-satunya sumber pendapatan saya.

” Kalau tiada ‘job’ macam sekarang, saya buat benda yang saya suka seperti membaca dan bersenam.

” Buat apa yang saya suka. Ada juga tawaran berlakon, tetapi tawaran ditunda sebab Pantai Timur dilanda banjir, mungkin selepas raya nanti.

” Saya memang harap sangat dengan tawaran ini,” katanya.

Baru-baru ini, timbul dakwaan Azri ‘kaki kikis’ apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita.

Azri dan Ellie mendirikan rumah tangga pada 2003, namun bercerai talak satu pada 17 Mei 2022.

Hasil perkahwinan selama 19 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 20, dan Nur Azreen, 15.

ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai

ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja

ARTIKEL MENARIK Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Ini Wajah Dan Keadaan Pelakon Utamanya Selepas 18 Tahun

Sumber: bharian

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments