HomeSukanBerikut harga tiket perlawanan Harimau Malaya di Sultan Ibrahim

Berikut harga tiket perlawanan Harimau Malaya di Sultan Ibrahim

Umum mengetahui bahawa Harimau Malaya akan mengadakan perlawanan persahabatan dalam bulan Mac ini. Aksi tersebut adalah antara persediaan awal pasukan negara untuk Piala Asia 2023.

Bukan itu sahaja, perlawanan ini akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim. Tidak menggunakan Stadium Bukit Jalil akibat naik taraf yang sedang dilakukan.

Sudah pasti ramai tertunggu-tunggu berapakah jumlah harga tiket untuk perlawanan persahabatan kelas A ini selepas menggunakan ‘home ground’ Kelab Harimau Selatan, Johor Darul Takzim.

Persoalan dan tanda tanya ini akhirnya terjawab, apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa harga tiket untuk aksi persahabatan antara Malaysia vs Turkmenistan berharga RM30 dan Malaysia vs Hong Kong juga berharga RM30 untuk tiket terbuka.

Manakala harga RM5 buat kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun. Untuk penjualan tiket perlawanan, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia mengatakan bahawa penjualan hanya dijual secara dalam talian dan tiada sebarang penjualan fizikal.

Peminat bolasepak Malaysia boleh membeli tiket menerusi laman sesawang Ticket Hotline. Walaupun jauh bermain di selatan tanah air, kita berharap agar peminat bolasepak tanah air datang memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya.

Kehadiran penyokong dan peminat bolasepak tempatan sudah pasti memberi suntikan semangat kepada pemain-pemain negara. Sepanjang kendalian jurulatih Kim Pan Gon, banyak perubahan berjaya dibawa oleh jurulatih dari Korea itu. Jadi kemenangan keatas pasukan Turkmenistan dan Hong Kong sudah pasti ditagih oleh para penyokong.

Untuk aksi perlawanan Malaysia vs Turkmenistan, perlawanan akan diadakan pada 23/3/2023 pada jam 10 Malam. Untuk perlawanan kedua pula bertemu Hong Kong akan diadakan pada Selasa, 28/3/2023.

Ayuh rakyat Malaysia sekiranya anda berkesempatan ayuh kita sama-sama turun ke Stadium bagi memberi sokongan padu kepada pasukan negara dalam persiapan ke Piala Asia 2023. Harimau Malaya layak ke Piala Asia selepas 42 tahun negara tidak pernah menjejakkan kaki ke Piala Asia.

Anak-anak buah Kim Pan Gon sudah pasti mahu kehadiran penyokong bagi memberi semangat dan menjadi pemain ke-12 buat mereka.

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments