Izo XPDC
Sebut saja koleksi lagu Nafisa, Aku Masih Di Sini, Titian Perjalanan, Hentian Ini dan Hijau Bumi Tuhan pasti kita akan ‘tangkap’ terbuai dengan keenakan intro dan solo gitarnya.
Dan pastinya kita akan terus terbayang dalam kepala nama Izo XPDC berserta wajah tenang serta gaya ‘cool’ beliau ketika mendendangkan solo tersebut.
” Apa yang paling menarik tentang Izo ini adalah dia mempunyai kreativiti. Idea dia sangat bagus..”
Itu perkongsian Eddy Badry, promoter dan penerbit Majalah Konsert yang berkongsi pengalaman bekerjasama serta melihat bakat unik pemain gitar terkenal, Izo XPDC.
Eddy Badry yang juga antara individu bertanggungjawab memperkenalkan kumpulan XPDC berkata, tidak ramai pemain gitar yang mempunyai identiti tersendiri.
Malah selain dari Joe Wings dan Kid Search, tiada gitaris mampu mencipta puluhan solo ‘berhantu’ dalam setiap album seperti Izo.
” Apabila dia dengar sesuatu lagu itu, dia terus tangkap, kemudian dia akan mencipta riff-riff menarik dan gempak untuk dimasukkan ke dalam lagu.
” Dalam setiap album XPDC, Izo main sendiri. Jadi apabila album dijual, Izo faham kehendak pendengar yang akan meneliti bunyi gitar.
” Peminat akan menilai petikan gitarnya, jadi disebabkan itu Izo akan menjaga kualiti setiap aspek dari segi solonya, riffnya, rhythm dan sebagainya.
” Disebabkan itu juga Izo akan cuba mengetengahkan suatu kelainan serta idea baru dalam setiap lagu.” kata Eddy.
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Terperanjat Umur Dia Baru 16 Tahun’ – Man Kidal Terkejut Dengan Kehebatan Shahrul Ekamatra
ARTIKEL MENARIK Pernah Berlakon Filem Ali Baba Bujang Lapok, Siapa Sangka A. Galak Penyamun Terakhir Yang Masih Hidup
ARTIKEL MENARIK ‘Saya Tak Halalkan. Itu Hak Kami Termasuk Anak Isteri Yazit, Kami Satu Sen Pun Tak Dapat!’ – Amy Search
Izo pakar trimolo
Tambah Eddy lagi, kekuatan pada Izo adalah kerana mampu mencipta lagu dan bunyi trimolo yang berkualiti jika dibandingkan dengan pemain gitar lain.
” Tak dinafikan Izo banyak dipengaruhi gaya permainan Metallica, Loudness dan Malmsteen tapi Izo juga sangat terkenal sebagai pakar trimolo.
” Setiap lagu ciptaan Izo mempunyai identiti sendiri, solo dan trimolo nya sendiri dan jarang sekali gitaris lain dapat mencipta bunyi trimolo yang begitu kemas dan cantik.
” Memang ramai pemain gitar di Malaysia yang bagus-bagus seperti Hillary, Man Kidal.. tapi identiti dan gaya permainan trimolo Izo berada di kelas tersendiri.” kata Eddy.
Izo berhak dapat perhatian
Jika diperhatikan, tiada publisiti dan tidak ada satu pun artikel menulis tentang kehebatan Izo sepanjang 35 tahun bergelar anak seni.
Hanya pemain gitar sama yang sering mendapat perhatian media seperti Joe Wings, Kid Search, Shah Slam, Hillary dan Man Kidal.
Malah kalau lihat temubual bersama gitaris terkenal, jika ditanya pemain gitar pilihan mereka, belum jumpa yang meletakkan Izo sebagai antara gitaris terbaik.
Siapa gitaris punya idea solo terbaik?
Namun jika kita memperkatakan tentang identiti dan idea penciptaan solo yang ikonik, berhantu dan dikenang sehingga ke hari ini, berikut pilihan admin berdasarkan pembacaan pilihan peminat di media sosial;
No 1 – Izo XPDC
No 2 – Kid Search
No 3 – Joe Branko
No 4 – Allahyarham Samad
No 5 – Mus Satira
No 6 – Hillary
No 7 – Shahrul Ekamatra
No 8 – Opie Bloodshed
No 9 – Man Kidal
No 10 – Awang BPR
Lain-lain mungkin termasuk dalam senarai adalah Shah Slam, Rosli Mohalim (Sweet Charity) dan Hassan Babylon.
ARTIKEL MENARIK ‘Dia Bkn Orang Senang, Susah Payah Dia Bina Karier’. Profil & Biodata Faisal Halim, Permata Bola Sepak Tanahair
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ramona Rahman? Ini Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan Ramai
ARTIKEL MENARIK ‘Tak Mengapa Dia Sudah Dilepaskan Kerana Dia Lepas di Dunia, Esok di Akhirat Menjawablah’ – Bapa Along Spoon
Biodata dan info menarik Izo XPDC
Nama sebenar Izo adalah Mohd Zulkifly bin Nik Hussin.
Izo dilahirkan pada 4 Februari 1967 di Tanah Merah, Kelantan dan dibesarkan di Batu Gajah, Perak .
Kini Izo dilihat akan mempunyai pewaris yang mempunyai gaya permainan gitar dan solo yang mirip sepertinya iaitu anaknya sendiri, Arif.
Arif dilihat selalu bersama Izo dalam bersama mejayakan persembahan pentas XPDC.
Menarik tentang Izo
Menarik mengenai Izo kebanyakan lagu, susunan muzik, riff dan solo gitar dalam album-album XPDC sebelum ini adalah ciptaan beliau dan JS Kevin sendiri.
Ini membuatkan XPDC mempunyai trademark sound dan identiti muzik mereka sendiri hingga digelar Metallica Malaysia.
Izo juga turut bertindak sebagai penerbit bersama untuk album-album XPDC.
ARTIKEL MENARIK Masih Ingat Pelakon Ainina Ahmad B? Patut Lama Tak Nampak, Lihat Keadaannya Sekarang
ARTIKEL MENARIK Wajah Terkini Rehana Yassin Yang Memegang Watak Suziana, Heroin Filem Gila Gila Remaja
ARTIKEL MENARIK ‘Bawa Bekas Duit Keliling Meja’ – Luahan Roy Ratnaku, Pernah Jadi Vokalis Lefthanded, Begini Kehidupan Dia Sekarang
Solo paling diingati
Buka satu atau dua, Izo berjaya menghasilkan puluhan solo gitar, namun paling ikonik adalah solo lagu Sentuhan XPDC, C.I.N.T.A, Aku Dan Sesuatu, Hentian Ini, Nafisa, Aku Masih Di Sini dan Hijau Bumi Tuhan.
Izo merupakan anggota tertua satu-satunya dan pengasas kumpulan XPDC paling lama kekal dan tidak pernah meninggalkan kumpulan XPDC dari awal penubuhan kumpulan ini.
Kini, XPDC sekali berpecah kepada dua sekali lagi iaitu XPDC Kita Pengyu (Ary, Jeff, Zuar, Amy) dan XPDC Militia (Ali, Izo, Ariff Izo, Lola).
Sumber: wikipedia, youtube